Advertorial
Home » Diet Sihat » NUTRIEN UNTUK OTAK

NUTRIEN UNTUK OTAK

23 FEB 2019

 
 
Selalu kita bercakap tentang jantung sebagai organ utama tubuh. Namun otak juga sama penting seperti organ-organ lain. Ia memerlukan nutrisi yang banyak untuk berfungsi dengan secara maksima. Jika otak kita mengalami masalah, ia akan menjejaskan keseluruhan fungsi tubuh kerana fungsi organ yang lain dikawal oleh otak.
 
 
Otak kita memerlukan nutrisi dari makanan yang akan membuatkan otak ini menjadi semakin sihat. Ini adalah sebahagian dari nutrien yang diperlukan oleh otak.
 
1. Ikan laut berlemak
Ikan laut seperti salmon, sardin, markerel dan sejenisnya mempunyai kandungan lemak sihat Omega-3 yang cukup tinggi. Ia membantu membangunkan sel-sel otak dan saraf baru. Omega-3 juga mengurangkan risiko tubuh mengalami penyakit Alzheimer pada usia tua. Kekurangan omega-3 juga boleh menyebabkan seseorang lebih mudah mengalami kecelaruan emosi seperti kemurungan. Oleh itu bagi mereka yang berusia 40an dan mengalami penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, pengambilan Omega 3 dalam diet sangat penting bagi mengelakkan masalah seperti penyai Dementia.
 
 
2. Kunyit
Kunyit mengandungi bahan yang dinamakan sebagai cucurmin yang merupakan antioksida yang bagus untuk menjaga otak secara langsung.
 
3. Kopi
Kopi adalah salah satu minuman yang memiliki banyak manfaat untuk otak. Ia memiliki kafein dan antioksidan yang menjaga sel-sel otak dan menurunkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan ingatan. menurunkan memori. Ambil dalam kuantiti yang sederhana.
 
4. Biji labu
Biji labu juga baik untuk kesihatan otak kerana mengandung mikronutein yang banyak seperti zat besi, magnesium, dan zink. Mengambil biji labu sama ada dengan menggoreng atau membakarnya dengan kuantiti sederhana (segenggaman setiap hari) beberpa kali seminggu sangat memberikan bermanfaat.
 
5. Brokoli
Brokoli juga merupakan makanan untuk otak yang sangat baik. Ia adalah sumber antioksidan dan anti keradangan yang baik sekali untuk kesihatan otak.
 
6. Cokelat hitam
Cokelat hitam (melebihi 70% koko) mengandung sebatian flavonoid yang banyak. Ia digunakan untuk melindungi sel-sel otak. Ia juga baik untuk membantu meningkatkan daya ingatan dan menstabilkan mood.
 
7. Telur
Telur mengandung banyak nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan otak. Salah satu nutrisi yang bermanfaat itu adalah cholin. Ia berfungsi sebagai neurotransmitter yang membantu mengawal mood dan menguatkan ingatan. Telur juga mengandungi protein dan lemak sihat. Bagi mereka yang tiada masalah kesihatan yang kronik, ambil 1-2 biji setiap hari.
 
8. Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin yang sangat diperlukan oleh pesakit kronik terutama bagi mereka yang telah menghidap penyakit ini melebihi 10 tahun. Ia menghalang komplikasi seperti masalah saraf dan masalah ingatan.
 
Semoga bermanfaat.
 
Boleh dapatkan Omega-3 dan vitamin E tocotrienol dari staf saya.
 
Norlela 019-653 8484
Nur Afzan 013-771-4413

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: