Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » NEPHROTIC SYNDROME DI KALANGAN KANAK-KANAK

NEPHROTIC SYNDROME DI KALANGAN KANAK-KANAK

 
Nephrotic Syndrome adalah satu keadaan di mana ginjal pesakit membenarkan tubuh kehilangan protein
melalui air kencing. Ini akan menyebabkan tahap protein dalam darah menjadi rendah, seterusnya menyebabkan pembengkakan (oedema) di sekitar mata, dan pergelangan kaki.
 
 
Punca penyakit ini tidak diketahui dengan jelas, berkemungkinan akibat tindakbalas autoimmune.
 
 
Rawatan yang diberikan oleh pakar nefrologi ialah prednisolone. Penggunaan ubat ini harus dipantau kerana ia memberikan beberapa kesan sampingan.
 
 
Antaranya:
 
1, Peningkatan selera makan.
 
2. Pengumpulan lemak di bahagian perut dan muka (menjadi bulat).
 
Kesan sampingan jangka panjang pula seperti:
 
1. selaput pada kanta mata (cataract).
 
2. Kulit menjadi nipis
 
3. Otot menjadi lemah
 
4. Ketinggian terbantut (pada kanak-kanak).
 
5. Tekanan darah tinggi.
 
 
Walau bagaimana pun kebanyakan pesakit menunjukkan respon positif dengan rawatan ubat prednisolone. Tiada lagi protein dalam air kencing.  Namun begitu ia boleh berulang (keadaan ini dinamakan relapse) dan protein muncul semula dalam air kencing.
 
Pemantauan penyakit ini dapat dilakukan dengan menggunakan dipstick di rumah. Ia juga dapat mengesan masalah ini berulang semula.
 
 
Nasihat kepada pesakit:
 
1. Pesakit harus mengambil diet yang mengandungi protein yang normal, kalori yang secukupnya dan
garam yang tidak berlebihan.
 
2. Pesakit boleh pergi ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak namun berhati-hati kerana mereka mudah diserang penyakit berjangkit.
 
 
3. Dapatkan nasihat doktor sebelum mendapatkan sebarang suntukan vaksin.
 
 
4. Hubungi doktor sekiranya ujian dipstick menunjukkan > 2+ albumin untuk 3 hari berturut-turut atau terdapat bengkakan pada pergelangan kaki dan muka.
 
 
Kesimpulan:
 
1. Dalam jangka masa panjang,keadaan pesakit lebih baik dengan rawatan prednisolone.
 
2. Rawatan steroid tidak mengakibatkan kegagalan ginjal jika dipantau pengambilannya.
 
3. Bagi mereka yang tidak menunjukkan respon kepada rawatan prednisolone dalam dos tinggi selama 4
minggu, mereka dikategorikan mempunyai “rintangan terhadap steroid” (steroid resistant). Pemeriksaan lebih lanjut harus dilakukan.
 
 
Semoga bermanfaat.
Info:  http://www.myhealth.gov.my (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: