Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?”

Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan.

Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi.

Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau.

Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan?

Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik yang lengkap dan sahih mengkaji hal ini. Namun begitu terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada di akhir kehamilan.

Ini kerana nenas mengandungi enzim bromelain yang dikatakan mampu melembutkan pangkal rahem (cervix) seterusnya mempercepatkan proses kelahiran. Walau bagaimana pun belum ada kajian yang lengkap mengenai dakwaan ini.

Jadi betullah memakan seulas nenas boleh menyebab keguguran?”

Saya tersenyum. Kuantiti enzim bromelain sebenarnya terlalu sedikit dalam sebiji nenas. Sebagai logik perbandingan, sebiji nenas tidak boleh menyebabkan keguguran, apatah jika seorang wanita hamil memakan seulas nenas yang dipotong.  Ia juga tidak memberi kesan mempercepatkan proses kelahiran.

Dianggarkan seorang wanita mahu mempercepatkan kelahiran, memerlukan tujuh biji buah nenas untuk dimakan.  Silap hari bulan, boleh mendapat sakit perut pula.

Doktor, mengapa bila saya makan nenas, perut saya akan meragam?”

Saya tidak menafikan, salah satu kesan memakan nenas terlalu banyak ialah boleh menyebabkan sakit perut dan ceret beret yang serius.

Saya ada juga makan nenas, tetapi jus nenas. Alhamdulillah, tak berlaku keguguran” kata seorang wanita lain pula.

Ini bukan satu yang pelik. Enzim bromelain sangat sensitif dan stuktur biokimianya boleh rosak dan termusnah dalam proses pembuatan jus nenas atau proses pengetinan.

Saya tidak berani mengatakan jus nenas dan nenas yang ditinkan selamat untuk wanita hamil. Saya juga tidak berani mengatakan memakan seulas nenas yang dipotong tidak mendatngkan bahaya  pada  wanita yang hamil, terutama di awal kehamilan.

Berwaspadalah.

Wallahu a’lam

Rujukan:

Tiran, D. 2009. Complementary therapies: your questions answered. Use of pineapple for induction of labour. Pract Midwife 12(9):33-4

8 comments

  1. Assalamualaikum Dr,

    Disini sy ingin berkongsi pengalaman perihal memakan nenas sewaktu datang bulan. saya bknla believer pada apa yg dinasihati oleh orang2 tua. namun satu pengalaman perit apabila sy mengambil sepotong nenas sewaktu hari puncak (hari ke2). kuantiti darah yg keluar sgt la berbeza berbanding pada waktu puncak bulan lain. jadi mungkin agak benar, nenas telah melembutkan dinding rahim sehingga darah keluar seolah2 bleeding yg teruk. apabila sy mengandung, sy agak berjaga2 utk pengambilan nenas, mungkin makan sepotong 2 sekadar menghilangkan terliur.

    wassalam.

    • Assalamualaikum Dr,

      Disini sy ingin berkongsi pengalaman perihal memakan nenas sewaktu datang bulan. saya bknla believer pada apa yg dinasihati oleh orang2 tua. namun satu pengalaman perit apabila sy mengambil sepotong nenas sewaktu hari puncak (hari ke2). kuantiti darah yg keluar sgt la berbeza berbanding pada waktu puncak bulan lain. jadi mungkin agak benar, nenas telah melembutkan dinding rahim sehingga darah keluar seolah2 bleeding yg teruk. apabila sy mengandung, sy agak berjaga2 utk pengambilan nenas, mungkin makan sepotong 2 sekadar menghilangkan terliur. wassalam.

      Dr Zubaidi: terima kasih atas perkongsian pengalaman. Semoga bermanfaat kepada rakan2 lain yang membaca.

  2. Assalammualaikum,
    Saya adalah pengemmar nenas waktu mengandung. Alhamdulillah kali ini mengandung kali yang kelima. Saya rasa badan saya boleh makan nenas sejak kandungan pertama lagi. Mungkin kerana alahan saya yang agak teruk saya memerlukan rasa masam manis nenas untuk melegakan tekak. Hampir setiap hari saya makan seulas dua nenas atau setin air nenas. Pagi tadi saya cerit-birit ssya sangkakan mungkin kerana ubat antobiotik untuk kencing kotor. Nasib baik saya baca entri ini. Baru saya teringat saya telah minum 2 tin air nenas semalam. Terima kasih Doktor kerana maklumat yang diberikan. Sekarang nie saya kena kawal kencing kotor saya. apakah risiko paling buruk yang boleh berlaku akibat kegagalan mengawal kencing kotor? Perlukah saya meninggalakan puasa utk memastikan air kencing seperti biasa? Adakah kencing kotor menyebabkan saya sukar bergerak pada bahagian punggung? pergerakan yang menyebabkan kesakitan ngilu. Terima kasih .

    • Assalammualaikum,
      Saya adalah pengemmar nenas waktu mengandung. Alhamdulillah kali ini mengandung kali yang kelima. Saya rasa badan saya boleh makan nenas sejak kandungan pertama lagi. Mungkin kerana alahan saya yang agak teruk saya memerlukan rasa masam manis nenas untuk melegakan tekak. Hampir setiap hari saya makan seulas dua nenas atau setin air nenas. Pagi tadi saya cerit-birit ssya sangkakan mungkin kerana ubat antobiotik untuk kencing kotor. Nasib baik saya baca entri ini. Baru saya teringat saya telah minum 2 tin air nenas semalam. Terima kasih Doktor kerana maklumat yang diberikan. Sekarang nie saya kena kawal kencing kotor saya. apakah risiko paling buruk yang boleh berlaku akibat kegagalan mengawal kencing kotor? Perlukah saya meninggalakan puasa utk memastikan air kencing seperti biasa? Adakah kencing kotor menyebabkan saya sukar bergerak pada bahagian punggung? pergerakan yang menyebabkan kesakitan ngilu. Terima kasih .

      Dr Zubaidi: saya ada menulis mengenai masalah kencing kotor di kalangan wanita hamil dalam blog ini. Puan boleh membacanya dan semoga ia bermanfaat. Puan juga tidak perlu meninggalkan puasa jika puan meminum air yang secukupnya 1.5-2 L antara buka hingga sahur. Mengenai sukar bergerak di bahagian punggung, saya kurang jelas dengan penerangan puan.

  3. Satu lagi yang saya dengar orang kata boleh sebabkan keguguran ialah air kelapa… which is bad news for me sebab saya suka air kelapa (TT__TT)

    • Satu lagi yang saya dengar orang kata boleh sebabkan keguguran ialah air kelapa… which is bad news for me sebab saya suka air kelapa

      Dr Zubaidi Hj Ahmad: Saya belum pernah mendengar air kelapa boleh menyebabkan keguguran.

  4. Mgkn setiap org yg pregnant ni berbeza..ms sy pregnant sy mmg amalkan minum air kelapa.
    Alhamdulillah baby saya lahir kulitnya sgt bersih, kulit kepalanya tiada daki dan rambutnya hitam berkilat.

  5. As salam Dr. Sy ingin bertanya isteri sy baru lepas melahirkan anak. Semasa hari ke 18 isteri sy termakan selulas buah nenas, apabila waktu malam isteri saya dapati bnyk.ketulan2 darah keluar tanpa rasa apa2. Adakah pekara ini Merbahaya pd isteri sy?

    Sekian
    terima kasih

Leave a Reply to elinaCancel reply

error: Content is protected !!