NANAH PADA PARUT SUNTIKAN BCG ANAK 

“Salam doktor. Anak saya baru dilahirkan seminggu dan doktor telah memberikan suntikan BCG.  Apa yang saya perhatikan parut suntikan BCG, ada nanah. bahayakah perubahan ini ?” 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Suntikan vaksin BCG diberikan di bawah lapisan kulit (intradermal) iaitu di antara lapisan epidermis dan dermis pada bahagian bahu kiri pada bayi yang baru lahir.

 

Suntikan ini akan mengaktifkan sistem pertahanan badan (cell mediated immune response). Selepas suntikan, kawasan yang disuntik akan membengkak dan akan surut dengan sendiri dalam masa beberapa jam.

 

Selepas itu, tempat suntikan akan membentuk bengkakan kecil (papule). Papule ini akan membesar dan akan pecah dan membentuk luka (ulcer) dan kadang kadang bernanah. Luka ini akan sembuh dengan sendiri dalam masa 4 minggu. Luka yang sembuh ini akan meninggalkan parut pada bahu kiri.

 

Ini adalah proses yang normal. Jika anak mendapat bengkak kelenjar di bahagian leher atau ketiak, anda dinasihatkan membawa anak untuk berjumpa dengan doktor.

 

Wallahu a’lam.

 

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!