Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Najis anak saya normal ?

Najis anak saya normal ?

 

baby toilet 

 

“Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai anak lelaki berumur satu  tahun. Masalahnya setiap kali anak saya membuang air besar saya dapati najis anak saya berwarna coklat kehitaman. Sebelum ini najisnya berwarna kekuningan. Ini membuatkan saya risau”

 

 Wa alaikum mus salam.

 

Saya berharap puan tidak terlalu risau dengan warna najis anak puan dan harus lebih memantau keadaan kesihatan anak puan secara keseluruhan.

 

Kebiasaannya jika anak puan boleh mengeluarkan najis berwarna coklat, hijau atau kuning gelap, ia adalah normal.

 

Tidak perlu puan risaukan. Warna najis bergantung kepada makanan yang diberikan kepadanya.

 

Walau bagaimana pun jika anak puan mengeluarkan warna merah, hitam dan warna kuning pucat, ia mungkin menandakan anak puan mengalami masalah.

 

Najis berwarna merah mungkin menandakan anak puan mengalami radang dalam usus besar. Namun begitu ada beberapa jenis makanan yang menyebabkan najis anak puan menjadi merah seperti pewarna merah dalam makanan dan minuman, tomato dan cranberry.

Najis berwarna hitam selalunya menandakan anak puan mengalami pendarahan usus kecil yang serius. Ada beberapa ubat dan suplemen yang  menyebabkan najis berwarna hitam ialah suplemen yang mengandungi iron (zat besi), dan ubat ‘charcoal’ untuk ceret beret.

 

 

Jika anak puan mengeluarkan najis berwarna kuning pucat atau putih, mungkin anak puan mengalami masalah saluran jus hempedu tersumbat  (biliary atresia) dan antara ubat yang menyebabkan najis berwarna putih ialah aluminium hydroxide.

 

 

Saya mencadangkan puan membawa anak puan berjumpa doctor untuk pemeriksaan, jika puan tidak pasti dengan kesihatan anak puan.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: