Mudharatkan bayi dalam rahem jika ibu hamil muntah keterlaluan beberapa hari?

pregnant vomiting 2

 

Loya dan muntah ketika hamil tidak akan mengancam bayi anda jika ia tidak serius dan puan masih lagi dapat menyimpan sedikit makanan dan minuman yang dimakan dalam perut.

 

Jika puan tidak mampu menelan makanan yang seimbang kerana tidak berselera dan amat loya, puan boleh makan apa saja yang puan mampu.

 

Insha ALLAH bayi puan akan mendapat manfaat dari makanan yang puan makan.

 

Jangan terlalu risau kerana kebanyakan nutrient sebelum hamil disimpan sebagai stok dalam organ hati, dan akan dikeluarkan ketika puan mengalami masalah tidak ada selera dan tidak dapat makan dengan sempurna.

 

Jadi insha ALLAH bayi puan akan selamat dan tidak menjadi kemudaratan pada bayi puan.

 

Selain itu saya mencadangkan agar puan menambahkan vitamin folik asid kerana bagi membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi puan untuk terus berkembang dengan baik.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!