Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Mudah hamil pada usia 35 tahun ke atas

Mudah hamil pada usia 35 tahun ke atas

MUDAH HAMIL PADA USIA 35 TAHUN KE ATAS

 

Gambar hiasan

Gambar hiasan

 

 

 

“Salam doctor. Saya telah berusia 35 tahun dan suami pula 40 tahun. Kami telah berkahwin selama setahun dan belum lagi dikurniakan zuriat. Mohon penjelasan doctor mengenai masalah saya. Bolehkah doctor berikan tips agar saya mudah hamil? Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedkah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahi.

 

Antara tips yang mungkin boleh saya kongsikan ialah:

 

1. KETAHUI WAKTU SUBUR

 

Ramai yang menyangka bahawa seorang wanita itu sentiasa subur kerana mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan. Namun apa yang perlu diketahui iaitu seorang wanita itu benar-benar subur pada waktu tertentu dalam kitaran haid mereka.

 

Oleh itu jika mahu cepat hamil, harus mengetahui HARI SUBUR supaya lebih banyak usaha yang dapat diberikan sebagai persediaan sebelum melakukan hubungan seksual pada waktu itu.

 

2. JANGAN MENUNGGU UNTUK HAMIL

 

Berkahwin pada usia 35 tahun ke atas adalah perkahwinan yang harus segera mendapatkan zuriat. Jika mahu menangguhkan dulu untuk beberapa tahun kerana belum bersedia, ia adalah satu pertaruhan yang besar.

 

Ini kerana semakin seorang wanita itu berusia, semakin sukar peluang untuk hamil dengan mudah. Ini bukan bermakna tidak boleh hamil, tetapi usaha yang dilakukan haruskan berlipat kali ganda berbanding dengan wanita yang berusia lebih muda.

 

Dalam satu laporan statistic mengatakan bahawa kebarangkalian untuk seorang wanita berusia antara 35-39 tahun untuk hamil dalam masa setahun perkahwinan ialah satu dalam tiga wanita. Ini pun jika wanita itu tidak mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan system reproduktif.

 

 

3. LAKUKAN PEMERIKSAAN

 

Tidak dapat dinafikan bahawa semakin kita bertambah usia, semakin kita mengalami masalah kesihatan. Kekuatan kita melakukan suatu kerja semakin beransur kurang berbanding dengan kekuatan kita semasa muda. Kebolehan untuk hamil segera pun begitu.

 

Oleh itu jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, kerana apabila seorang wanita telah memasuki umur 35 tahun ke atas perbezaan dirinya dengan orang lain yang sama umur dengannya agak jauh berbeza.

 

Kebolehan untuk segera hamil ini bergantung kepada beberapa perkara, antaranya:

 

  1. Pemakanan
  2. Genetik
  3. Berat badan
  4. Masalah kesihatan yang kronik seperti diabetes mellitus, hypertension
  5. Keseimbangan hormone
  6. Masalah kesihatan reproduktif seperti endometriosis, ovarian cysts, dan fibroid

 

Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan tubuh bersedia untuk hamil.

 

Cara terbaik ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat,  senaman, cara hidup yang lebih yang sihat, kurangkan pendedahan terhadap toksin dan sering melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Kesimpulannya, setiap wanita mempunyai tubuh yang unik, dan mempunyai kebolehan untuk hamil berbeza dengan wanita yang lain. Jadi jangan berputus asa, dan terus berusaha untuk hamil.

 

Saya mencadangkan seorang wanita yang berusia lebih 35, agar segera mendapatkan pemeriksaan ujian kesuburan apabila mereka tidak berjaya untuk hamil setelah mencuba selama 6 bulan atau lebih.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu saya mencadangkan mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: