Misoprostol sebagai ubat pengguran janin

MISOPROSTOL SEBAGAI UBAT PENGGURAN JANIN

 

miso

 

Cytotec adalah nama pasaran yang digunakan oleh ubat yang mengandungi bahan aktif misoprostol. Ia keluarkan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer. Tujuan  adalah untuk membantu pesakit mengatasi masalah gastrik yang kronik. Ia adalah ubat terakhir yang diberikan oleh doctor kepada pesakit yang telah menjalani pelbagai rawatan gastric tetapi gagal. Ia dijual dalam dos  200µgram setiap tablet.

 

Namun begitu ia juga digunakan oleh pihak hospital bagi membantu memulakan proses kelahiran, terutama wanita hamil tidak merasakan akan memulakan proses kelahiran walaupun telah mencapai tarikh yang dianggar untuk kelahiran.

 

Malangnya ia disalahgunakan untuk melakukan pengguguran janin.  Misoprostol menyebabkan otot-otot rahem mengecut dan tisu pangkal rahim menjadi lembut.  Ini menyebabkan janin yang berada di dalamnya akan keluar secara paksaan. Inilah yang dinamakan pengguguran terancang menggunakan ubat.

 

Pengguguran bayi yang terancang ini harus dilakukan oleh doctor yang terlatih, setelah memeriksa wanita hamil ini dan percaya bahawa kehamilan itu akan menyebabkan nyawa ibu dalam keadaan terancam. Jadi bayi dalam rahem terpaksa digugurkan.

 

Waktu terbaik menggunakan ubat ini bagi tujuan pengguguran janin seperti ini harus dilakukan sebelum minggu ke 12 kehamilan. Tablet ini biasanya diambil melalui mulut, dengan cara menelan terus atau meletakkannya di bawah lidah; atau dimasukkan ke dalam faraj (bagi mendapatkan kesan yang optima).

 

Dos yang dicadangkan oleh WHO untuk pengguguran janin yang dilakukan di hospital ialah 800µcg dalam sehari, untuk usia kehamilan kurang dari 12 minggu. Bagi kes-kes tertentu, di mana usia kehamilan melebihi 12 minggu tetapi kurang 20 minggu, dos yang diberikan lebih tinggi, tetapi ia boleh menyebabkan risiko yang lebih bahaya.

 

Dos yang berlebihan dan usia kehamilan yang melebihi 12 minggu, boleh menyebabkan risiko yang tinggi kerana menyebabkan keadaan yang dinamakan sebagai “uterine hyperstimulation” apabila misoprostol menyebabkan otot rahem mengecut secara berlebihan, sehingga menyebabkan rahem menjadi koyak. Apabila rahem menjadi koyak, ia menyebabkan pendarahan yang banyak dan pembedahan terpakssa dilakukan bagi menghentikan pendarahan dan menyelamatkan nyawa.  Oleh itu, proses penguguran ini harus dilakukan di hospital oleh doctor yang berkelayakan kerana jika berlaku komplikasi, terdapat pelbagai bantuan yang boleh digunakan untuk menyelamatklan nyawa wanita tersebut.

 

Kesan sampingan yang lain ialah misoprosol menyebabkan rasa sakit perut yang melampau, rasa  loya, muntah, kembung perit, sakit kepala, sembelit  dan kadang kala mengalami cirit-birit.

 

Tidak semua proses pengguguran janin akan berjaya. Dianggarkan hanya 90% kes pengguguran yang berjaya, selebihnya pengguguran ini terpaksa diteruskan dengan melakukan prosedur lain seperti D&C atau vaccum.

 

Kegagalan ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya kehamilan tersebut adalah kehamilan luar rahem, atau  ubat tersebut tidak cukup untuk merangsang otot-otot rahem mengecut, kerana setiap wanita mempunyai sensitiviti yang berbeza terhadap ubat ini.

 

Apa yang membimbangkan bagi wanita yang membeli ubat ini secara haram (illegal) akan meneruskan kehamilan ini. Jika proses pengguguran yang dilakukan di hospital, selalunya doctor akan meneruskan pengguguran ini dengan kaedah D&C atau vaccum, seperti mana yang disebutkan tadi.

 

Bagi wanita yang meneruskan kehamilan ini, terdapat risiko melahirkan bayi yang cacat seperti kecacatan pada anggota tangan dan kaki.  (Rujuk: Costa, S. H.; Vessey, M. P. (1993). “Misoprostol and illegal abortion in Rio de Janeiro, Brazil”. The Lancet 341 (8855): 1258–61.)

 

Oleh itu sekali lagi saya ingin menyarankan agar proses pengguguran bayi ini harus dilakukan oleh doctor yang berkelayakan dan di hospital yang lengkap dengan bantuan kecemasan (termasuk bekalan darah).  Pengguguran bayi hanya boleh dilakukan, jika doctor pakar berpendapat bahawa kehamilan ini boleh menyebabkan nyawaibu terancam, bayi mengalami kerosakan genetic yang teruk dan dapat dikenalpasti,  dan dalam kes-kes rogol.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!