Advertorial
Home » kulit » Minyak kelapa untuk kulit kering eczema, dermatitis dan psoriasis

Minyak kelapa untuk kulit kering eczema, dermatitis dan psoriasis

MINYAK  KELAPA UNTUK KULIT KERING

 

 

eczema2

 

Pesakit yang mengalami penyakit chronic dermatitis mempunyai masalah keradangan kulit yang menyebabkan kulit menjadi kering. Di samping masalah ketidaksempurnaan pada lapisan epidermis, sehingga tidak mampu menghasilkan pelembap semulajadi untuk kulit mereka sendiri.

 

 

Sebab itu kulit pesakit chronic dermatitis memerlukan pelembap yang natural, yang dapat melembutkan dan membaiki kulit yang berterusan dan perlu digunakan lama.

 

 

Kebanyakan produk yang dijual mengandungi minyak mineral atau produk yang diperbuat dari petrochemical yang menyumbangkan kepada keradangan kulit yang lebih teruk, dan dibimbangi boleh menyebabkan kanser apabila bahan-bahan ini diserap ke dalam tubuh.

 

 

Ini kerana tubuh kita tidak sesuai untuk menerima bahan-bahan sintetik terutamanya produk petrochemical.

 

 

Oleh itu banyak saintis di universiti dalam dan luar negeri menerbitkan kajian mereka di journal mencadangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti minyak kelapa, yang telah digunakan sebegitu lama oleh nenek moyang kita dan terbukti berkesan untuk merawat masalah kulit ini.

 

 

Mengapa kita perlu mengambil bahan-bahan sintetik yang asing pada tubuh kita dan baru saja diperkenalkan di pasaran, sedangkan kesan sampingan bahan-bahan petrochemical ini hanya diketahui selepas 15-20 tahun dari sekarang?

 

 

Malah penggunaan bahan-bahan natural atau semulajadi ini mula dibuktikan dengan kajian di dalam makmal.

 

 

Oleh itu bagi mereka yang mengalami masalah keradangan kulit seperti ATOPIC DERMATITIS, ECZEMA dan PSORIASIS yang kering dan mungkin sudah mulai berair (kerana cecair di bawah kulit mulai keluar kerana kulit tidak tidak berfungsi dengan baik sebagai penghadang (barrier)), saya mencadangkan penggunaan minyak kelapa untuk disapu pada kulit mereka.

 

 

Minyak kelapa juga boleh diambil dalam makanan, sama ada dengan menggunakannya sebagai medium untuk memasak atau mengambilnya terus sebanyak satu atau dua sudu sehari. Bagi mereka yang agak sukar menelan minyak kelapa, boleh ambil dalam bentuk softgel.

 

 

Walaupun bagaimana pun elok berbincang dulu dengan doktor jika tidak pasti masalah kulit yang dialami atau mengalami masalah kesihatan yang lain.

 

vco3

 

 

MOHON KE FARMASI ONLINE KAMI BAGI MENDAPAT SUPLEMEN NATURAL YANG TERBAIK DI  http://needsvenue.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top