Advertorial
Home » Ezerex » Minyak lintah mampu memberikan kesan terhadap hubungan seksual suami isteri?

Minyak lintah mampu memberikan kesan terhadap hubungan seksual suami isteri?

SANYO DIGITAL CAMERA

 

Akhir-akhir ini produk minyak lintah mendapat perhatian yang besar dalam industri peningkatan syahwat lelaki.

 

Malah banyak dakwaan konon minyak lintah sangat berkesan untuk membesarkan saiz zakar dan meningkatkan kekuatan zakar, menyebabkan dapat bertahan lebih lama.

 

Tujuan saya menulis ini bukanlah untuk menutup rezeki sesiapa. Cuma menjawab soalan yang ditanyakan sama ada minyak lintah ini berkesan dan adakah ia boleh menjejaskan kesihatan?

 

Penelitian saya mendapati bahawa dakwaan-dakwaan ini hanyalah mengelirukan, bertujuan untuk melariskan produk.

 

Menurut laman web yang menjual minyak lintah, produk ini kononnya menggunakan cara Hirudo Medicalis (juga dikenali sebagai lintah perubatan) yang boleh membantu untuk membesarkan organ zakar lelaki, dengan cara menyapukan minyak lintah pada zakar dan urut selama beberapa minit setiap hari.

 

Ramai yang bertanya-tanya apakah keistimewaan minyak lintah ini sehingga mampu dapat membesarkan dan mengekalkan kekuatan zakar ketika melakukan hubungan intim dengan isteri.

 

Sebenarnya pada air liur lintah mengandungi enzim hirudin yang bertindak mencairkan darah mangsanya.

 

Ketika seekor lintah menghisap darah mangsanya, enzim hirudin ini membantu mengekalkan kecairan darah. Tanpa enzim ini darah cepat membeku dan dapat dihisap dengan dengan laju.

 

Enzim hirudin ini bertindak sebagai antikoagulan (pencair darah), perencat agregasi platelet (terutama sekali apyrase, collagenase, dan Calin), vasodilators, dan penyekat proteinase.  Ia juga mengandungi bahan bius, menyebabkan gigitan lintah biasanya tidak sakit.

(rujukan: Mory, Robert N.; Mindell, David; Bloom, David A. (1 July 2000). “The Leech and the Physician: Biology, Etymology, and Medical Practice with Hirudinea medicinalis”. World Journal of Surgery 24 (7): 878–883.)

 

Lintah digunakan berabad-abad lamanya, tanpa menyedari bahawa lintah mengandungi enzim hirudin yang sangat mujarab untuk rawatan keradangan (bengkak), dan masalah peredaran darah .

 

(rujukan: Wittke-Michalsen, E (14 March 2007). “2: The History of Leech Therapy”. In Michaelsen, A; Roth, M; Dobos, Gustav. Medicinal Leech Therapy. Thieme. pp. 4–12.)

 

Enzim ini juga digunakan dalam perubatan alternative menggunakan lintah untuk termasuk untuk merawat vena varikos, kekejangan otot, thrombophlebitis , dan osteoarthritis.

 

Keberkesanannya berbeza-beza. Ada pesakit yang berjaya dirawat dan ada yang tidak mendapat manfaatnya langsung.

 

Malah ada yang mendapat kemudaratan dan komplikasi dari rawatan sebegini, antaranya adalah pendarahan yang sukar dihentikan dari luka gigitan lintah, da nada juga yang mengalami alahan terhadap protein yang dirembeskan dari air liur lintah. Jangkitan bakteria juga boleh berlaku.

 

(rujukan: Wells MD, Manktelow RT, Boyd JB, Bowen V (1993). “The medical leech: an old treatment revisited”. Microsurgery 14 (3): 183–6.)

 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sejak tahun 1970an, enzim hirudin yang ada pada lintah digunakan dalam perubatan moden digunakan untuk microsurgery, terutamanya pembedahan untuk menyambungkan jari yang terputus, pembedahan rekonstruktif (membaiki struktur) telinga , hidung, bibir, dan kelopak mata.

 

Frodel Jr, JL; Barth, P; Wagner, J (December 2004). “Salvage of partial facial soft tissue avulsions with medicinal leeches”. Otolaryngol Head Neck Surg. 131 (6): 934–939.

 

Namun begitu, masalah utama bagi mendapatkan enzim ini ialah kuantiti enzim ini yang sedikit terdapat dalam setiap mililiter air liur lintah. Selain itu enzim ini perlu dibersihkan dari kuman  tanpa merosakkan struktur enzim ini yang mudah rosak.

 

Oleh itu agak mustahil enzim ini dapat diekstakkan dari lintah tanpa menggunakan cara yang betul.

 

Jika penyediaan ekstrak minyak lintah ini digunakan dengan cara yang tradisional iaitu dengan merebus lintah dengan beberapa herba lain, sudah tentu enzim hirudin ini akan rosak dan tidak berfungsi. Maka minyak lintah yang disediakan dengan cara ini bukan cara tidak berkesan malah berbahaya dan tidak selamat.

 

Maka saya berpendapat bahawa penggunaan minyak lintah bukan saja tidak berkesan tetapi juga tidak selamat.

 

Belum ada bukti saintifik bahawa minyak lintah memberi kesan kepada pembesaran saiz zakar dan menguatkan (bertahan lama) dalam hubungan seksual dengan isteri.

 

Enzim hirudin mungkin memberikan kesan vasodilator (pengembangan saluran darah), namun kesannya hanya dapat dilihat kepada saluran darah yang lebih kecil (microvascular) dan tidak memberikan kesan kepada saluran darah dalam zakar.

 

Selain itu factor keberkesanan dan keselamatan ketika menyediakan ekstrak minyak lintah juga harus diambil kira.

 

Ini kerana enzim hirudin akan rosak dan tidak memberikan kesan apabila dimasak atau direbus menggunakan cara tradisional. Yang tinggal hanyalah bangkai lintah yang hangus, boleh mendapatkan kemudaratan dan kerosakan pada kulit zakar dan faraj isteri.

 

Namun saya tidak menghalang sesiapa menggunakan minyak lintah ini.

 

Masalah ketegangan zakar dapat diatasi dengan mengamalkan suplemen Ezerex.

https://www.facebook.com/ezerexmalaysia 

 

WALLAHU A’LAM

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: