Advertorial
Home » Diabetes Mellitus » Minum Air Kosong Secukupnya Mencegah Stroke

Minum Air Kosong Secukupnya Mencegah Stroke

 

Minum air yang mencukupi, bukan hanya dapat mencegah dehidrasi tetapi ia juga dapat mencegah serangan stroke. Dengan meminum sekurang-kurangnya dua liter sehari air kosong, ia dapat mengimbangkan mineral dan cecair dalam tubuh. Dengan ini dapat memberi kesan kepada kelikatan darah dalam tubuh. Darah tidak menjadi terlalu pekat atau terlalu cair.

 

Bagi mereka yang mempunyai risiko mendapat stroke yang tinggi seperti mereka yang mempunyai tahap kolestrole jahat (LDL) yang tinggi, masalah tekanan darah tinggi dan diabetes yang tidak terkawal, saya menasihatkan agar meminum air secukupnya.

 

Waktu yang terbaik untuk meminum air kosong ialah sebelum tidur (sebagai persediaan untuk ‘tidak makan dan minum’ selama enam jam sepanjang tidur) dan waktu sebaik saja bangun tidur.

 

Selain minum air kosong, meminum air buah-buahan tanpa dibuang seratnya juga dapat membantu seseorang mencapai keseimbangan air dan mineral dalam tubuhnya kerana selain air dan mineral, antioksida yang banyak dalam buah-buahan dapat membantu mencegah serangan stroke.

 

Selain itu, terdapat beberapa cara bagi mencegah serangan stroke. Antaranya:

 

  1. Melakukan Senaman Ringan

Salah satu cara terbaik untuk mencegah serangan stroke, terutamanya mereka yang berumur 45 tahun ke atas dan mempunyai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan diabetes adalah dengan cara melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, dan melakukan senaman regangan. lakukan sekurang-kuranganya 30 minit setiap hari bagi melancarkan perjalanan darah, memperkuatkan otot-otot jantung, dan mencegah pembentukan sumbatan dalam saluran darah.

 

  1. Berhenti Merokok

Semua orang tahu bahawa merokok bukanlah suatu amalan yang sihat kerana ia salah faktor yang menyebabkan masalah kardiovaskular termasuk serangan stroke. Nikotine dalam asap rokok menyebabkan sumbatan dalam saluran darah dan menyebabkan darah menjadi lebih pekat.Ini menyumbangkan kepada serangan stroke.

 

  1. Tidak Minum Alkohol

Alkohol juga mempengaruhi peredaran darah, kepekatan darah dan menyebabkan saluran darah terumbat. Ia meningkatkan risiko serangan stroke.

 

  1. Menjaga Pemakanan

Bagi yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat, risiko untuk mendapat serangan stroke meningkat. Sebagai contoh, jika kita sering mengambil makanan yang tinggi karbohidrat, mengambil makanan yang mempunyai tahap natrium yang tinggi, dan tdak mengambil serat yang mencukupi. Saya  juga menggalakkan pengambilan ‘minyak sihat’ seperti minyak zaitun bagi menghentikan proses keradangan dalam tubuh.  Serangan stroke juga mudah berlaku pada mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

 

  1. Cukupi Tidur Setiap Malam

Kurang tidur boleh menyebabkan masalah keradangan yang yang menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan saluran darah tersumbat, seterusnya meningkatkan serangan stroke. Tidurlah antara 6-8 jam sehari. Jika tidak mencukupi di waktu malam, tidurlah sebentar di siang hari sebelum zohor.

 

 

Semoga bermanfaat.

==============================================================

 

Saya mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap hari untuk rasa lebih sihat dan bertenaga.

Boleh dapatkan OLIVIE dari staf saya.

Puan Zaiha 01110040154
Puan Zurina 0193389668
Puan Hasnah 0126733955
Cik Fizah 0137046851
Puan Raudhah 0199800764

Atau klik ke http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=07d1877d-f27e-4e30-a8bf-88f05df0fae3

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: