Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » MINGAPA SAYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN SETIAP HARI

MINGAPA SAYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN SETIAP HARI

MINGAPA SAYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN SETIAP HARI

 

 

Ada rakan doktor yang bertanya saya, kenapa saya mengambil minyak zaitun sesudu pagi dan sesudu malam. Padahal mengambil minyak dalam makanan adalah sesuatu yang kontroversial dalam ilmu perubatan moden.

 

Rakan saya seorang doktor berusia 50an. Mempunyai penyakit diabetes dan kolestrol yang tinggi. Satu saluran darah koronari pada jantung telah tersumbat.

 

Kau fikir bagaimana?” tanya saya semula. Biasalah rakan baik, kami ber-kau dan aku saja.

 

Entahlah. Sungguh pun kita ni doktor tapi kita juga diuji dengan penyakit. Sudah lama makan ubat tapi belum mencapai tahap kesihatan yang bagus” jawab beliau.

 

Jadi kau nak tahu kenapa aku ambil minyak zaitun OLIVIE setiap hari?

 

Saya senyum. Mengharapkan dia akan faham dan membuka jiwanya. Saya menjawab dengan panjang lebar.

 

Minyak zaitun adalah minyak yang barakah. Disebut dalam Quran dan hadis banyak kali. Malah ada suruhan untuk mengambilnya. Tidak wajib. Tetapi kita sebagai umat yang mencintai susuk tubuh yang kita sayang dan rindui, kita ambil nasihat baginda rasulullah SAW sebagai tanda kita cinta dan agar kita selamat di dunia dan akhirat.

 

 

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang barakah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” ( An-Nur: 35)

 

Begitu juga dalam Surah Al-An’am ayat 99, Allah SWT, “Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.”

 

Allah SWT berfirman lagi dalam surah an-Nahl ayat 11, “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

 

 

Jika kita lihat dalam banyak hadis juga memberitahu barakah dan kebaikan mengambil minyak zaitun.

 

 

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.” (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

 

 

Bukan sekadar itu saja, banyak kajian sains terkini menunjukkan bahawa minyak zaitun adalah minyak yang baik untuk kesihatan. Ia disebut sebagai minyak sihat kerana ia tidak mendatangkan kemudratan tetapi memberikan kebaikan.

 

 

Pertama minyak zaitun kaya dengan lemak tidak tepu atau yang disebut sebagai “Monounsaturated Fat. Ini kerana minyak zaitun diperah dari buah zaitun yang segar dari pokok buah zaitun. Kira-kira 73% dari minyak ini adalah lemak sihat ” monounsaturated fat” yang dipanggil “oleic acid“.

 

Banyak kajian menunjukkan bahawa oleic acid dapat merendahkan keradangan dalam tubuh dan sangat bermanfaat  dalam merendahkan pengaktifan gene dalam DNA yang bertanggungjawab terhadap masalah penyakit kanser.

 

Kedua minyak zaitun mengandungi tahap antioksida yang tinggi.  Selain mengandungi vitamin E, tahap antioksida yang tinggi  dapat mengelakkan dari penyakit kronik. Ia dapat menghalangkan pengoksidaan dalam tubuh yang menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah.

 

 

Ketiga, minyak zaitun bersifat anti-keradangan. Banyak kajian menunjukkan bahawa keradangan dalam tubuh bertanggungjawab dalam pemebentukan penyakit kronik dalam tubuh terutama kanser, sakit jantung, Sindrom Metabolik, Diabetes, Alzheimer’s, penyakit sendiri (arthritis) dan malah kegemukan.

 

Minyak zaitun terutamanya minyak zaitun “extra-virgin olive oil” sebagai contoh OLIVIE dapat mengurangkan keradangan ini dan memberikan manfaat kesihatan.

 

Antara bahan antioksida yang bertanggungjawab memberikan kebaikan ini adalah sebatian “oleocanthal“, yang bertindak seperti ubat tahan sakit “ibuprofen” yang mengurangkan rasa sakit dan keradangan.

 

Pengambilan minyak zaitun sebanyak dua sudu setiap pagi dan malam, atau kira-kira 50ml sehari dapat mengurangkan rasa sakit sendi dan tubuh. Amalan ini bagus dan sesuai untuk mereka yang tidak boleh mengambil ubat tahan sakit akibat masalah gastrik atau alahan pada ubat tahan sakit.

 

Sebatian oleic acid juga dapat menurunkan penunjuk keradangan yang selalunya dialami oleh mereka yang mengalami keradangan dalam tubuh seperti ESR dan C-reactive protein (CRP). Ia juga menghalang pengaktifan gen dalam DNA yang bertanggungjawab merangsangkan keradangan.

 

 

Keempat ia mengelakkan dari penyakit stroke akibat sama ada disebabkan darah yang cair atau pembentukan darah beku. Di negara barat, malah di Malaysia sendiri, stroke adalah punca kematian yang terbesar selepas serangan sakit jantung.

 

Dalam satu kajian yang melibatkan 841,000 orang mendapati bahawa minyak zaitun adalah sumber minyak sihat ” monounsaturated fat” yang mengurangkan risiko mendapat serangan stroke dan sakit jantung.

 

 

Kelima, minyak zaitun mengelakkan diri dari serangan sakit jantung. Beberapa kajian menunjukkan pengambilan minyak zaitun dapat mengurangkan serangan sakit jantung bagi penduduk sekitar Laut Mediterranean.

 

Ini kerana minyak zaitun merendahkan keradangan dalam tubuh, merendahkan “kolestrol jahat LDL“, memperbaiki sel-sel dalam saluran darah (endothelial cell) dan menghalang pembentukan darah beku. Ia juga merendahkan tekanan darah.

 

 

Keenam, minyak zaitun tidak menyebabkan kegemukan, malah mungkin dapat mengurangkan masalah obesiti dalam kajian yang dilakukan terhadap 7 000 pelajar kolej di Sepanyol.  Malah minyak zaitun menyebabkan rasa cepat kenyang dan mengurangkan rasa cepat lapar.

 

 

Ketujuh, minyak zaitun juga dapat mengurangkan Penyakit  Alzheimer’s, iatu penyakit saraf dan otak yang sering berlaku pada wargatua berusia 70 tahun ke atas. Ini disebabkan akibat peningkatan usia, pembentukan sebatian protein “beta-amyloid plaques” dalam sel-sel otak yang menyebabkan kerosakan dan pembentukan Penyakit Alzheimer’s.

 

 

Kelapan, minyak zaitun dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes kerana ia merendahkan penyerapan lemak jika diambil bersama dalam makanan dan memperbaiki masalah kerintangan insulin.

 

 

Kesembilan, minyak zaitun dapat merendahkan risiko mendapat penyakit kanser terutama kanser payudara dan kanser prostate. Dalam banyak kajian menunjukkan mereka yang tinggal di sekitar Lautan Mediterranean kurang mendapat risiko penyakit kanser. Ini kerana mereka mengamalkan pengambilan minyak zaitun dalam makanan mereka. Minyak zaitun mempunyai sebatian antioksida yang merendahkan kerosakan akibat pengoksidaan akibat kesan radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan DNA dan menjadi punca masalah penyakit kanser.

 

 

Kesepuluh, minyak zaitun dapat membantu mengurangkan rasa sakit lutut akibat penyakit Rheumatoid Arthritis dan Osteoarthritis. Kedua-dua penyakit ini menyebabkan sendi lutut tidak boleh digerakkan dan apabila digerakkan ia menyebabkan rasa sakit yang terlalu kuat. Minyak zaitun dapat mengurangkan kerosakan sendi lutut dan rasa sakit apabila diambil bersama vitamin E dan minyak ikan Omega-3.

 

Dalam satu kajian menunjukkan pengambil minyak zaitun bersama vitamin E dan Omega-3 dapat menguatkan genggaman, mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan kekejangan sendi pada waktu pagi ( morning stiffness) bagi pesakit rheumatoid arthritis.

 

 

Kesebelas, minyak zaitun bagus untuk pesakit gastrik. Pesakit gastrik selalunya disebabkan oleh kuman bakteria Helicobacter pylori. Dalam sat kajian, pengambilan minyak zaitun sebanyak 30 ml sehari dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit gastrik. Ambillah sesudu di waktu pagi dan sesudu di waktu malam.

 

 

Sungguhpun pengambilan minyak zaitun bukan rawatan utama bagi merawat penyakit, ia membantu mengawal penyakit yang dialami dengan baik dan ia dapat mengelakkan penyakit-penyakit kronik.

 

 

Apa yang penting ialah ambillah minyak zaitun yang berkualiti kerana ia dapat membantu kita menjaga kesihatan dengan lebih baik. Selalunya barang yang berkualiti berharga lebih mahal tetapi ia memberikan manfaat yang besar.

 

Minyak zaitun yang berkualiti selalunya datang dari perahan pertama dan tidak dicampur dengan sebarang minyak sayuran yang lain.

 

Yang keliru dengan perkataan “extra virgin” pada label botol kerana mungkin minyak zaitun tersebut adalah minyak zaitun perahan pertama tetapi mungkin telah dicampur dengan minyak sayuran yang lain bagi mengurangkan kos. Bertanyalah kepada penjual bagi mendapat penjelasan sebaiknya.

 

Sekali lagi setiap pesakit mempunyai masalah berbeza. Berbincanglah dengan doctor yang merawat.

 

Semoga bermanfaat.

 

==============================================================

 

Saya mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap hari untuk rasa lebih sihat dan bertenaga.

Boleh dapatkan OLIVIE dari staf saya.

Puan Zaiha 01110040154
Puan Zurina 0193389668
Puan Hasnah 0126733955
Cik Fizah 0137046851
Puan Raudhah 0199800764

Atau klik ke http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=07d1877d-f27e-4e30-a8bf-88f05df0fae3

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: