Migraines tidak menyebabkan kegemukan

 

 

Wanita yang penghidap migraines tidak mempunyai risiko untuk mengalami risiko menjadi gemuk, walau pun secara teorinya, migraine menyumbangkan ke arah kegemukan secara tidak langsung. Antara sebabnya ialah kerap sakit kepala  menyebabkan seseorang tidak dapat melakukan riadah.

 

 

Satu kajian yang dilakukan oleh Department of Medicine, Brigham and Women’s Hospital, Harvard Medical School, Amerika Syarikat, mendapati wanita penghidap migraine mengalami peningkatan purata sebanyak 4.5 kg, sama seperti wanita yang tidak menghidap migraine selepas 13 tahun.

 

Kajian ini melibatkan 19,162 wanita yang bekerja sebagai ‘professional kesihatan’ yang berumur 25 tahun ke atas, dan mempunyai berat yang normal (BMI<25). Seramai   3,500 orang penghidap migraines. Selepas 13 tahun, 41 peratus wanita-wanita ini mengalami kegemukan (25<BMI >30 ) sementara 4 peratus dari mereka mengalami obesity (BMI>30).

 

Secara perbandingan wanita yang penghidap migraine tidak mengalami risiko kegemukan lebih dari wanita yang bukan penghidap migraine.

 

(rujuk: Cephalalgia. 2012 Aug 8. “Migraine, weight gain and the risk of becoming overweight and obese: A prospective cohort study”. Winter AC, Wang L, Buring JE, Sesso HD, Kurth T )

 

Kajian ini telah menolak kajian sebelumnya yang mengaitkan migraine dengan kegemukan.

 

Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!