Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Migraine di kalangan kanak-kanak

Migraine di kalangan kanak-kanak

MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

 

“Salam doktor Anak saya berusia 11 tahun kena migrain. Saya sudah jumpa doktor pakar dan dia bagi macam-macam  ubat termasuk ubat tahan sakit. Benarkah migraine boleh berlaku pada kanak-kanak. Mohon pencerahan. Terima kasih”
Sakit kepala pada kanak-kanak dan remaja sering berlaku dan masih kurang didiagnosis oleh doktor.

Saya masih ingat ketika saya menderita sakit kepala yang teruk selama seminggu ketika belajar di matrikulasi UKM ketika saya berumur 18 tahun. Saya tidak boleh membaca buku, sering rasa loya dan muntah dan rasa mahu tidur saja.

Ini sangat mengganggu pembelajaran saya dan akhirnya keputusan peperiksaan saya pada semester itu sangat teruk.

Ketika berjumpa doktor, beliau tidak membuat apa-apa pemeriksaan ujian, hanya dibekalkan panadol.

Badan saya menjadi lemah dan air kencing menjadi pekat kerana saya tidak selera makan dan minum, dan sering muntah.

Begitulah beratnya ujian, namun ALLAH berikan banyak hikmah dan pengajaran di situ.

Berbalik kepada masalah migraine di kalangan kanak-kanak dan remaja, sebanyak 75% kanak-kanak dan remaja yang mengalami sakit kepala terutama pada usia 15 tidak didiagnosa dengan baik doktor.

Apabila mereka mengadu sakit kepala, doktor hanya menganggap ia adalah sakit kepala yang biasa.

Pada hal migraine adalah gangguan sakit kepala yang kronik, sehingga boleh memberi kesan teruk aktiviti harian kanak-kanak dan remaja, termasuk prestasi persekolahan dan pergaulan mereka.

Oleh itu pemeriksaan yang lebih lengkap bagi memastikan ia bukan penyakit selain dari migraine, harus dilakukan. Rawatan yang lebih agresif dan sokongan ibubapa harus diberikan bagi mengurangkan kekurangan serangan sakit kepala akibat migraine.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: