Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Masa berpantang » merawat luka menggunakan kream

merawat luka menggunakan kream

KREAM MERAWAT LUKA
 
“Salam Doctor. Saya nak tanya, sebenarnya boleh ke kita pakai gel ini lepas bsalin.. nak sembuh kan luka jahitan.. saya baca ramai suggest ini. sebab nanti luka cepat kering n tumbuh daging semula. n ada kata doctor mereka juga suggest macam tu. tapi masa saya nak beli. saya terbaca ini. dan dekat kotak n tube gel ini juga dah mention ada gelatin dari haiwan itu.. atau ada ubat lain utk sembuhkan luka jahitan. terima kasih. “
 
 
Wa alaikum mussalam.
 
Cara penjagaan luka yang terbaik adalah dengan menjaga kebersihan luka tersebut. Oleh itu luka harus dibersihkan setiap hari.
 
Puan juga harus berikan perhatian pada masalah kesihatan yang sedia ada (jika puan mengalami masalah diabetes atau masalah autoimmune disease yang terpaksa mengambil rawatan steroid), kerana ia mungkin mengganggu (mengambil masa yang lebih lama) proses penyembuhan.
 
Penggunaan sebarang jenis kream boleh dilakukan setelah mendapat nasihat doktor. Tujuan menggunakan kream adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
 
Pada saya yang paling utama ialah membersihkan luka setiap hari. Penggunaan sebarang kream untuk merawat luka adalah pilihan (bukan kemestian). Jadi elok berbincang dengan doktor yang merawat.
 
Berkaitan dengan penggunaan kream yang puan tunjukkan. Kream ini biasa digunakan dalam merawat luka dan menunjukkan keberkesanannya.
 
Jika puan bertanyakan tentang soal halal dan haram, saya tidak begitu pasti. Untuk pengetahuan puan ia diperbuat dari darah anak lembu yang dibersihkan. (a protein-free haemodialysate from calves’ blood).
 
Ia tidak boleh digunakan jika puan pernah mengalami alahan pada bahan kimia parahydroxybenzoates (E210, E216, E218) yang bertindak sebagai bahan pengawet kream ini.
 
Semoga bermanfaat,

Lawati facebook kami dengan klik –> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!