Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Merawat kutu di kepala anak.

Merawat kutu di kepala anak.

 

kutu

 

Saya sudah lama tidak melihat kutu, apatah lagi mendapat pesakit yang mengalami jangkitan kutu  di kepala.

 

Namun baru-baru itu seorang kanak-kanak telah dibawa oleh ibubapa mereka kerana sering gatal kepala. Mereka telah mencuba pelbagai shampoo untuk mengurangkan kegatalan yang dihadapi oleh anak mereka.

 

Bila saya memeriksa rupanya terdapat banyak kutu dan telur kutu di pangkal rambutnya.

 

Kutu kepala sebenarnya adalah serangga parasite kecil yang menghisap darah dari kulit kepala manusia. Ia tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat.

 

Ramai kanak-kanak dijangkiti oleh kutu kepala tanpa disedari oleh ibubapa mereka kerana ia sukar dikesan.

 

Walau bagaimana pun kegatalan kepala bukanlah tanda utama seorang kanak-kanak itu dijangkiti kutu kepala kerana tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti kutu mengadu mengalami kegatalan di kepala. Kutu kepala boleh hidup di kepala sehingga tiga bulan dengan tidak menyebabkan kegatalan kepala.

 

Tanda-tanda jangkitan kutu kepala ialah:

 

1. terdapat telur putih berkilat yang melekat pada pangkal rambut terutama di kawasan belakang telinga dan belakang leher.

 

2. kelongsong kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut. Kelongsong kosong ini menunjukkan telur kutu kepala telah menetas.

 

3. kutu dewasa kelihatan di kulit kepala atau rambut.

 

3. kulit kepala atau kulit di belakang leher menjadi merah kerana radang akibat terkena najis kutu.

 

Cara terbaik untuk memastikan anak kita dijangkiti kutu kepala ialah dengan menyikat rambut si anak dengan penyikat rambut yang bergigi halus dan menadah sekeping kertas putih untuk melihat samada ada kutu hidup yang jatuh.

 

Kebanyakan kanak-kanak yang berada di sekolah rendah mengalami jangkitan kutu kepala. Jangkitan kutu kepala dari seorang kanak-kanak kepada kanak yang lain melalui sentuhan kepala di mana kutu kepala akan merayap ke kepala kanak-kanak yang bersentuhan itu.  Kutu kepala tidak boleh melompat, terbang atau berenang kerana ia tidak mempunyai sayap.

 

Kutu kepala boleh menyerang kanak-kanak yang mempunyai rambut pendek atau panjang, dan tidak merebak melalui perkongsian baju, tuala dan topi yang mengandungi kutu. Jadi barang-barang itu tidak perlu dibasuh atau dijemur.

 

Ada ibubapa yang mengadu anak mereka telah dishampoo dengan shampoo anti-kutu tetap masih ada kutu di kepala.  Ini kerana ada kutu kepala yang sudah mempunyai daya tahan terhadap shampoo anti-kutu yang mengandungi ubat kimia.  Nasihat saya, boleh gunakan kaedah shampoo anti-kutu disertai dengan rawatan sikat rambut anak yang basah.

 

Shampoo anti-kutu yang boleh digunakan ialah dari jenis ubat malathion yang dijual dengan jenama A-Lice, yang boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi doktor.

Ketika melakukan rawatan shampoo anti-kutu,  biarkan  selama 15 minit, kemudian bilas dan sikat basah untuk menghapuskan kutu-kutu yang sudah mati. Hanya kutu yang dewasa akan mati, sementara telur kutu mungkin masih melekat di pangkal rambut.

Jadi perlu mengulang semula selepas seminggu untuk menghapuskan kutu yang baru menetas.

 

Ulangi prosedur memusnahkan kutu tiga kali lagi, dengan membiarkan tiga hari penuh antara setiap sesi (dalam lain kata,lakukan pemusnahan kutu pada hari 1, kemudian hari 5, hari 9 dan hari 13). Ini akan melucutkan sebarang kutu yang menetas sebelum ia sempat membiak. Menjelang hari ke 17, rambut anak anda bebas dari semua kutu.

 

 

Dengan mengulangi prosedur tiga kali dalam tempoh 14 hari, kitaran hidup kutu diputuskan dan kepala anak akan menjadi bebas daripada kutu.   Ia tidak boleh diulangi lebih daripada tiga kali.

Rawatan shampoo tidak dapat mengelakkan si anak daripada dijangkiti semula kutu. Ia boleh berulang. Jadi kita perlu kerap memeriksa rambut anak secara menyikat basah secara berkala.

 

 

Bagi wanita hamil atau menyusu badan, rawatan shampoo anti-kutu mungkin tidak sesuai dan haruslah mendapat nasihat dari doktor dahulu. Begitu juga untuk bayi berusia bawah satu tahun atau untuk pesakit yang menghidap asthma atau alahan kulit.

 

Insya ALLAH.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!