Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Merancang mendapatkan anak lelaki selepas dua kali cesarean

Merancang mendapatkan anak lelaki selepas dua kali cesarean

MERANCANG MENDAPATKAN ANAK LELAKI SELEPAS DUA KALI CESAREAN

 baby boys

“Salam Dr. Zubaidi, saya berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak berumur 8 tahun dan 5 tahun yang kedua-duanya perempuan. Saya juga terpaksa bersalinkan kedua-dua anak saya tersebut dengan kaedah ceaserean.   Saya ingin sangat untuk mendapatkan anak lelaki pula..dari aspek kesihatan & perubatan moden, apakah nasihat Dr.dari segi cara pemakanan mahupun lain-lain cara yang sewajarnya yg boleh Dr. berikan pandangan untuk saya mencapai matlamat saya ini.  Menurut kata pegawai perubatan semasa saya bersalinkan anak kedua saya..saya hanya boleh bersalin seorang anak sahaja lagi iaitu saya hanya boleh mempunyai 3 orang anak sahaja.  Jadi, hanya inilah satu satunya sahaja peluang yg saya ada untuk mencuba dan berusaha untuk mendapatkan anak lelaki. Terima kasih Dr. kerana sudi menjawab soalan saya yang tidak seberapa ini. Salam.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

 

 

Pertamanya saya mengucapkan tahniah pada puan kerana ALLAH telah menganugerahkan 2 orang anak perempuan sebagai suatu tanggungjawab untuk puan menjaganya.

 

 

Puan harus rasa bertuah kerana ramai lagi wanita yang tidak mendapat anugerah seperti mana yang puan perolehi, ramai yang hanya mempunyai seorang anak dan ada yang tiada anak langsung.

 

Dalam memenuhi keinginan puan untuk mengambil lebih tanggungjawab dengan mendapat seorang lagi anak, saya berharap puan dapat menyatakan kesyukuran dengan lebih banyak.

 

Puan boleh berusaha, tetapi jika ALLAH tidak mengizinkan, janganlah puan berduka kerana ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan apa yang dapat kita dapat kita lakukan secara yang terbaik. Itulah ketentuan yang telah ditentukan untuk kita.

 

 

Ramai yang bertanyakan soalan yang lebih kurang serupa seperti yang puan tanyakan.

 

 

Cuma apa yang boleh katakan secara saintifiknya belum ada kajian yang sahih mengenai hal ini. Belum ada kajian yang mengesahkan bahawa pemakanan akan MENENTUKAN jantina anak yang kita harapkan.

 

Namun ada kajian yang menunjukkan bahawa pemakanan MEMPENGARUHI jantina anak yang dikandung oleh seorang wanita.

 

 

 

Dalam kajian yang dilakukan oleh para saintist di Oxford and Exeter Universities terhadap 740 wanita, mendapati wanita yang mengambil makanan tinggi kalori ketika proses ovulasi cenderung untuk hamil anak lelaki.

 

Dalam kajian yang agak lemah, saintis melakukan kajian tersebut juga dapat membuktikan bahawa ramai wanita yang makan  pisang dalam kuantiti yang banyak, melahirkan bayi lelaki. Ini kerana pisang mengandungi jumlah kalori yang tinggi, jadi benarlah jika ada petua yang mengatakan jika mahukan anak lelaki, banyaklah makan pisang sebelum melakukan hubungan seks dengan suami.

 

Bahkan ada juga petua yang mengatakan bahawa banyak minum susu sebelum hamil juga boleh mendapat anak lelaki.

 

Begitu juga dengan petua yang mengatakan bahwa makanan laut besar boleh menyebabkan hamil anak lelaki. Tiada bukti dari segi sains perubatan, namun tidak salah mencubanya.

 

Untuk mendapatkan seorang anak, harus berlaku percantuman benih lelaki (sperma) dan perempuan (ovum).

 

Penentuan jantina pula bergantung kepada sperma yang bersenyawa dengan ovum kerana setiap sperma membawa kromosom Y untuk benih anak perempuan atau kromosom X untuk benih anak perempuan, manakala ovum pula hanya mempunyai dua kromosom X saja.

 

Sperma yang membawa kromosom Y selalunya lebih aktif dan bergerak menuju ke ovum dengan lebih cepat, tetapi ia hanya mampu hidup pada waktu yang singkat saja. Ia hidup lebih lama dalam suasana rahem yang beralkali.

 

Sementara sperma yang mempunyai kromosom X bergerak lambat tetapi hidup dengan lebih lama, terutama dalam suasana rahem yang lebih berasid.

 

Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH di dalam faraj wanita dapat diubah menjadi lebih beralkali, kebarangkalian untuk mendapat anak lelaki lebih tinggi.

 

Oleh itu mereka mencadangkan, setengah jam sebelum melakukan persetubuhan, si isteri harus membasuh kemaluan dengan sejenis cairan  yang mengandungi ‘sodium bicarbonat’  yang berifat alkali dengan menggunakan teknik ‘douching’.

 

Peluang untuk mendapat anak lelaki lebih tinggi. Namun saya lebih suka jika kita meletakkan segalanya pada takdir ALLAH setelah kita berikhtiar dan jangan kecewa dengan takdirNYA. Kita harus bersyukur jika bayi yang dilahirkan itu sihat dan cukup sifat, tidak kira sama ada  bayi lelaki atau perempuan.

 

WALLAHU A’LAM

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: