Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Merancang anak lelaki pada haribulan genap

Merancang anak lelaki pada haribulan genap

babyi lelaki

 

“Doktor, saya mendengar satu petua bahawa jika mahu mendapat anak lelaki, pasangan itu haruslah menahan diri dari melakukan hubungan intim sehingga pada tarikh tertentu, biasanya haribulan yang genap dalam kalender Islam. Adakah petua ini boleh dipakai?”

 

Banyak kaedah penentuan jantina sebelum kehamilan yang pernah saya dengar dan kebanyakannya hanyalah gurauan. Tiada bukti saintifik yang menyokong petua ini. Jika ia berlakupun, ia hanya kebetulan.

 

Paling penting, kita perlu terima apa yang dikurniakan ALLAH setelah kita berusaha dengan betul kerana apa saja yang terjadi bukan dalam kawalan kita. Inilah takdir yang ALLAH tetapkan kerana ia adalah sebahagian ujian yang dijanjikan untuk setiap manusia.

 

Cuba bayangkan jika satu pasangan cuba mengamalkan petua ini dengan membataskan hubungan intim mereka semata-mata kerana mahu isterinya hamil anak lelaki.  Tindakan mereka adalah salah dan menyebabkan hubungan intim tertekan mereka menjadi lebih tertekan. Akhirnya boleh menganggu kitaran ovulasi.

 

Tekanan sebegini juga boleh menyebabkan lelaki mengalami masalah kesuburan kerana mengganggu perjalanan sperma dalam salur reproduktif. Ia juga boleh menyebabkan masalah ereksi yang serius.

 

Pada pendapat saya, membataskan hubungan intim untuk mendapatkan anak lelaki adalah cara yang salah dan tidak betul.

 

Jangan percaya petua sebegini yang tidak diketahui kebenarannya.

 

Saya menasihati kepada pasangan yang mahu merancang kehamilan, berjumpalah pakar dalam bidang berkenaan dan dapatkan nasihat mereka.

 

Selain itu jagalah pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat.

 

Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: