Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » MENJAGA PUNDI KENCING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

MENJAGA PUNDI KENCING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

MENJAGA PUNDI KENCING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

 

 

Masalah pundi kencing semasa hamil, melahirkan anak dan semasa dalam pantang kerap berlaku. Dianggarkan 20% wanita yang sedang dalam pantang (selepas melahirkan anak) mengalami masalah ini.

 

 

Semasa hamil, terdapat peningkatan hormon progestrone dalam tubuh yang menyebabkan otot pada pundi kencing akan lebih rehat dan mengendur. Ia berlanjutan sehingga masa selepas melahirkan anak dan beberapa minggu dalam masa pantang.

 

 

Masalah pundi kencing yang tidak berfungsi sebaiknya ini lebih mudah berlaku pada ibu yang pertama kali hamil dan melahirkan anak, mempunyai masalah punding kencing sepanjang kehamilan atau mengalami masalah kesukaran melahirkan anak.

 

 

Penggunaan teknik tambah semasa melahirkan anak juga menyebabkan masalah ini bertambah teruk apabila :

 

  1. menggunakan teknik forcep dan vacum semasa melahirkan anak.
  2. mempunyai luka eipisotomy yang besar
  3. menerima bius epidural atau spinal anesthesia

 

 

Antara tanda masalah pundi air kencing adalah:

  1. sukar memulakan membuang air kecing
  2. terpaksa meneran untuk membuang air kencing
  3. mudah terasa penuh pada bahagian abdomen yang bawah

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah sukar membuang air kecil, saya mencadangkan:

 

  1. Latih semula pundi kencing kita. Cuba teran perlahan-lahan bagi memulakan membuang air kencing. Jangan tergopoh gapah kerana membuatkan lebih sukar membuang air kencing.

 

  1. Cuba buka paip air. Kadang kala bunyi air yang mengalir membantu wanita ini memulakan membuang air kecil dengan lebih baik.

 

  1. Tuamkan bahagian abdomen bawah dengan tuala yang direndam dengan air panas.

 

  1. Rendamkan tangan ke dalam air sejuk, kadang kala membantu untuk memulakan membuang air kencing.

 

  1. Cuba berjalan di sekeliling bilik.

 

  1. Hidu minyak peppermint sangat membantu. Ia menyebabkan wanita ini tenang. Semakin risau semakin sukar masalah ini diselesaikan.

 

  1. Jika tidak boleh kencing langsung melebihi 4-6 jam, minta bantuan jururawat untuk dimasukkan tiub catheter bagi memudahkan air kencing keluaar.

 

#HealthDrZubaidi

#postpartumdrzubaidi

 

===============================================================

 

Mengikut Perubatan Melayu Lama pengambilan herba seperti Kacip Fatimah membantu proses penyembuhan selepas melahirkan anak. Ia memberikan tenaga dan mengekalkan sekihatan tubuh bagi wanita dalam pantang.

 

 

 

Boleh dapatkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM dari staf saya:

 

Puan Zurina 0193389668

Puan Hasnah 0126733955

Cik Fizah 0137046851

Puan Raudhah 0199800764

 

Atau klik ke link : http://needsvenue.com.my/Product.aspx?sq=4661f106-f239-4e56-a869-c6651f278106

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: