Advertorial
Home » Catatan Peribadi » MENIPU DIRI SENDIRI

MENIPU DIRI SENDIRI

lie

 

1. Ramai diantara kita yang berdusta terhadap diri sendiri untuk mengelakkan bebanan menerima kebenaran yang mungkin tidak menyenangkan kita.

 

Kita lebih gemar mengelakkan dari memikir masalah yang kita hadapi dan berusaha mengatasinya. Lalu kita cuba menlukan masalah yang tidak diselesaikan sehingga ia menjadi bertambah besar.

 

Ia selalu berpunca apabila kita menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa masalah itu tidak penting, boleh ditangguhkan atau akan selesai dengan sendiri.

 

Sebagai contoh, ramai yang mengalami sakit dada serta dalam keluarga (contoh ayah dan bapa saudara pernah diserang dengan serangan sakit jantung-myocardical infarction), namun kita menangguhkan pemeriksaan jantung dengan memujuk diri bahawa ia mungkin setakat sakit biasa, sehinggalah kita sudah tidak tahu sakit dan perlu ditahan di wad.

 

Sekali lagi kita menipu diri kita dengan bertangguh, mengatakan masalah itu kecil dan tidak penting, dan berharap masalah itu akan selesai sendiri.

 

Ironinya ialah dengan berbuat demikian, kita tidak boleh, sebenarnya, berubah kerana kita membazirkan terlalu banyak tenaga dalam mengelakkan.

 

2.Kami tidak mahu menerima hakikat bahawa ia berpunca dari kelemahan diri, lalu kita menyalahkan orang lain.

 

Ramai orang mendapati ia lebih selesa dan mudah untuk menyalahkan orang lain atas kegagalan diri sendiri.

 

Saya pernah dengan seorang usahawan yang gagal untuk berjaya, dengan menyalahkan susahnya mendapat pinjaman bank, menyalahkan pesaing peniagaannya, menyalahkan barang yang diniagakan, menyalahkan pelanggan yang membeli dan pelbagai lagi.

 

Masalah yang sebenarnya ialah beliau tidak mampu mengakui bahawa kegagalan itu disebabkan dirinya yang tiada ilmu dalam berniaga, tidak memulakan perniagaan dari awal (perniagaan kecil), ingin cepat kaya, tidak mampu berusaha dan tiada personaliti mesra pelanggan.

 

Begitu juga dengan masalah rumah tangga dan masalah pelajaran. Apa yang berlaku kepada mereka sepatutnya menjadi cabaran dan ujian, dianggap sebagai penghalang.

 

Kita lebih suka menipu diri kita dan menerima hakikat kegagalan kita dengan menyalahkan orang lain..

 

3. Kita menipu diri kita dengan mengaggap bahawa kita tiada pilihan lain, kecuali menerima. Padahal cara terbaik menangani kegagalan dan kekecewaan adalah dengan MEMILIH UNTUK BERUBAH.

 

Kita lebih suka menganggap bahawa kita dilahirkan untuk gagal, kecewa dalam rumahtangga, tidak berjaya dalam pekerjaan kerana kita menyangka kita tiada pilihan.

 

Padahal banyak kali disebut bahawa hidup ini adalah pilihan, dan kita bertanggungjawab atas pilihan kita.

 

Pilihan kita untuk berubah, dan pilihan kita untuk kekal tidak berubah.

 

Jangan menipu diri kita dengan menganggap bahawa kita tiada pilihan, sedangkan kita mampu melakukan perubahan yang besar dan yang kecil, bergantung kepada hasil yang kita inginkan.

 

Ramai yang bertanya saya, bagaimana mahu belajar dalam ilmu perubatan sedangkan terlalu banyak yang perlu diingat, terlalu banyak perlu dibaca dan terlalu banyak yang perlu dihadamkan dalam pemikiran.

 

Jawaban saya ialah berubah untuk menjadi lebih fokus, lebih rajin dan lebih berazam untuk berjaya.

 

Memilih untuk tidak menyerah kalah..

 

4. Kami takut apa yang orang lain akan berfikir daripada kita. Walau pun kita gagal dan berada dalam kedukaan akibat kegagalan, kita rela untuk tidak membuat perubahan.

 

Semasa saya belajar dulu, saya pernah gagal dalam satu subjek kerana saya tidak fokus. Apa yang saya lakukan ialah saya memaksa diri untuk berubah. Saya akan ke perpustakaan antara 8pm-12.00midnight (iaitu apabila pustawakan terpaksa menghalau pelajar untuk balik ke asrama).

 

Saya tidak peduli ada rakan yang menyindir saya sebagai ulat buku, mat librari atau apa saja gelaran.

 

Akhirnya di peperiksaan akhir di mana hampir 25% pelajar Melayu Malaysia yang gagal, saya telah lulus walaupun terpaksa mengulangi peperiksaan matapelajaran yang saya gagal. Saya bekerja lebih untuk berjaya, malah saya menganggap bahawa kegagalan matapelajaran lalu sebagai satu sebab untuk saya bekerja keras dari orang lain.

 

Jawaban saya pada rakan yang memerli saya “Kau orang bolehlahlah ambil 3 subjek saja, aku terpaksa ambil 4 subjek. jadi kena belajar lebih masa”

 

Masalah kita ialah kita malu melakukan perubahan yang baik kerana bimbang dikata orang.

 

Jangan malu menjadi diri kita sendiri kerana akhirnya kita yang bertanggungjawab pada diri kita.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: