Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Meningkatkan berat badan bayi

Meningkatkan berat badan bayi

 

baby on weighing scale 2

 

“Salam doctor, saya mempunyai seorang bayi baru berumur 3 bulan. Masalanya bayi saya mengalami berat badan. Semasa dilahirkan berat bayi saya hanya 2.84kg, selepas berumur sebulan beratnya naik 3.8kg, kemudian ketika berumur 2 bulan, berat bayi saya meningkat kepada 4.1kg saja. Hanya meningkat 300gm saja. Sekarang bayi saya berumur 3 bulan dan beratnya hanyar 4.4 kg saja. Mohon pendapat doctor untuk penambahan berat badan anak saya”

Wa alaikum mus salam.

Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya bayi akan mengalami pengurangan berat badan pada beberapa hari selepas dilahirkan.

Kemudian bayi akan mengalami penambahan berat badan yang secara perlahan-lahan.

Secara pengiraan mudah, berat badan seorang bayi akan meningkat 2 kali ganda berat dari berat badannya selepas dilahirkan apabila mencapai umur umur 5-6 bulan, dan kemudian meningkat kepada 3 kali ganda apabila meningkat umur 12 bulan.

Bagi meningkatkan berat badan bayi puan, saya menasihatkan puan agar memberikan susu badan sekerap yang mungkin mengikut keperluan bayi. Jangan cuba menghadkan keperluan bayi untuk menyusu.

Puan boleh berikan susu kepada bayi puan setiap 3 hingga 4 jam sehari, iatu kira-kira antara 8-12 kali dalam 24 jam.

Puan perlu peka kepada keperluan bayi untuk menyusu apabila bayi puan menunjukkan tanda-tanda seperti
1. mulut terbuka mencari susu,
2. menghisap jari,
3. menangis,
4. tangan bayi puan meraba kea rah payudara puan
5. atau susu puan akan keluar sendiri dari payudara puan

Jika bayi puan menyusu setiap jam dan masih kelihatan tidak kenyang,cuba perhatikan cara puan memberikan susu. Mungkin posisi penyusuan ketika mendakap bayi puan pada payudara tidak dilakukan dengan betul.

Posisi yang tidak betul akan menyebabkan bayi puan akan mudah berhenti dengan cepat walaupun masih lagi kelaparan.

Jika puan mengalami masalah ini, puan harus mendapatkan nasihat secara professional dari jururawat yang pakar dalam penyusuan bayi, selalunya ada di mana-mana hospital.

Seorang bayi yang diberi cukup susu akan kencing antara 6-8 kali dalam sehari. Bayi puan juga akan membuang najis (berak) beberapa kali sehari.

Selain dari mendapatkan susu ibu yang banyak, puan perlu memastikan bahaya puan mengambil diet pemakanan yang seimbang serta minum air yang secukupnya.

Susu ibu sangat berkhasiat dan sangat sesuai untuk tumbesaran bayi pada 6 bulan pertama. Selepas berumur 6 bulan, bayi puan boleh diberikan makanan pepejal yang lembut, selain diberikan susu ibu.

Walau bagaimana puan, saya sangat mengesyorkan agar puan memberikan bayi puan susu ibu selama 2 tahun, sama ada dengan diberikan bersama dengan makanan lembut separa pepejal atau memberikan pemberian susu ibu saja secara eksklusif.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!