Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran

Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di’cuci’ dengan kaedah dilatation and curettage (D&C).

Namun yang perlu dirawat ialah hati mereka yang sedih dan kecewa akibat keguguran. Saya terpaksa meluang sedikit masa untuk berbincang dan memberikan semangat kepada mereka. Saya lebih kecewa mendengar kata-kata yang seolah-olah tiada lagi masa depan untuk mereka.

“Doktor apalah nasib saya. Saya telah gagal memberikan zuriat untuk suami saya. Saya wanita tak guna!”

”Masihkah suami sayangkan saya walaupun saya gagal untuk meneruskan kehamilan?”

Soalan-soalan ini tidak dapat saya jawab. Namun saya boleh memberikan kata-kata harapan bagi meninggikan semangat. Pembacaan dan kuliah agama terutamanya petikan cerita-cerita para sahabat Nabi s.a.w banyak membantu saya.

Keguguran suatu yang tidak dapat dielakkan

Keguguran (spontaneos abortion) diertikan sebagai keluarnya janin dari rahem sebelum tempuh masanya secara premature, lalu meninggal dunia kerana bayi belum mampu untuk hidup.

Risiko keguguran di peringkat awal kehamilan 20 peratus dari jumlah keseluruhan kehamilan. 80 peratus dari keguguran ini berlaku pada usia kehamilan belum mencecah 3 bulan.

Kebanyakan keguguran disebabkan oleh faktor genetik seperti mana pernah saya tuliskan dalam penulisan saya ”Pendarahan Ketika Baru Hamil”  (https://drzubaidi.com/blog/?p=750)

Musibah sebegini amat dikhuatiri oleh ibu-ibu muda yang belum lagi mempunyai zuriat. Pelbagai pertanyaan, persoalan dan tandatanya yang bermain di kepala. Ditambah lagi perasaan stress, sakit ketika keguguran dan trauma menghadapi musibah itu. Semuanya akan menyebabkan gangguan emosi.

Gangguan emosi yang tidak terkawal akan menyebabkan perasaan sedih, kemurungan, rasa bersalah, marah, dan rasa kegagalan. Apatah lagi jika rakan dan sanak saudara yang bertanya pula tidak berapa sensitif dalam mengolahkan rasa simpati mereka, lalu menjadi bebanan pada perasaan wanita tersebut.

Adakah perasaan sedih itu normal?

Perasaan sedih yang datang ketika musibah melanda adalah suatu yang normal. Nabi s.a.w juga pernah kesedihan ketika kematian anaknya  Ibrahim. Namun kesedihan baginda hanya mengalirkan airmata, dan tidak diiringi ratapan.

Menurut riwayat Anas bin Malik r.a bahawa sebelum Ibrahim menghembuskan nafasnya (yang terakhir) dengan tenang, baginda Nabi s.a.w bersabda sambil menitiskan air mata :

Sesungguhnya mata ini menitiskan air mata dan hati ini bersedih, (namun) kami tidak akan mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami merasa sedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berikan kata-kata perangsang

Mudah untuk kita mengingatkan sahabat yang dilanda musibah supaya bersabar, namun hanya wanita yang menanggungnya merasakan betapa pahitnya kekecewaan dan kesedihan itu. Perasaan ini boleh berlangsung sehingga beberapa lama, berminggu malah berbulan-bulan.

Perasaan ini selalunya begitu kuat pada wanita yang hamil untuk kali pertama. Pertama kali hamil dan kemudiannya keguguran  sepatutnya ditangani dengan hati yang terbuka. Suami harus memainkan peranan memujuk isteri mereka.

Suami tidak seharusnya menyalahkan isteri atas musibah yang berlaku. Keguguran itu adalah qada’  Allah yang telah ditetapkan, namun si suami juga mempengaruhi ’keputusan’ Allah tetapkan semasa proses kehamilan. Jadi sama-samalah bertanggungjawab.

Ada juga suami yang memandang rendah atas kesedihan yang dialami oleh isteri. Setiap kali si isteri menyatakan kesedihan, suami hanya melayannya dengan kata-kata tengking dan cercaan.

Walaupun kesedihan itu tidak harus dilayan, suami harus faham kemurungan yang berlaku adalah akibat perubahan hormon serta merta. Tahap hormon progestrone ketika hamil tiba-tiba saja merudum ke paras yang amat rendah dalam waktu yang singkat akibat dari keguguran itu, menyebabkan wanita itu berasa keliru dan sedih.

Jadi berikanlah berita gembira yang menghiburkan hati si isteri. Kata-kata yang memberikan harapan untuk bertemu semula anak yang dikasihi tentu akan menaikkan semula semangat si isteri.

Antaranya katakan ”Anak kita tidak mati di sisi kita, tetapi menanti di syurga nanti”. Ia adalah ubat yang sangat mujarab untuk mengembalikan semangat untuk isteri terus menghadapi cabaran-cabaran hidup seterusnya.

Satu riwayat hadis oleh Qurrah al-Mizni r.a:

Sesungguhnya Nabi Allah s.a.w apabila duduk, maka sekumpulan dari sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.

Maka Nabi bertanya kepadanya : Kamu cintakannya ?

Jawabnya : Wahai RasuluLLAH ! Aku mencintaimu ( ATAU ) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku.

Maka ( selepas itu ) anaknya meninggal , dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama RasuluLLAH kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya. Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya : Manakah si Fulan , aku tak melihatnya di sini ?

Maka para sahabat memberitahunya : Wahai RasuluLLAH , anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal.

Baginda terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata : Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai ,nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?

Dia menjawab : Wahai Nabi Allah ! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku.

Maka kata Baginda : Maka begitulah keadaannya bagimu.

Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar : Wahai RasuluLLAH , moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua ? Maka jawab Baginda : Bahkan ia adalah untuk kamu semua.

Wallahu a’lam. Semoga hadis ini memberikan berita gembira kepada ibu-ibu yang keguguran anaknya. Namun begitu ada beberapa tips yang boleh membantu si isteri memenangkan hatinya menghdapi musibah ini.

Pertama, fahamilah bahawa ini adalah ketentuan Allah yang mungkin ada hikmah di sebaliknya. Antara hikmahnya telah saya sebutkan dalam penulisan saya ”Pendarahan Ketika Baru Hamil”  (https://drzubaidi.com/blog/?p=750). Keguguran boleh berlaku pada mana-mana wanita yang hamil. Malah dua dari sepuluh kehamilan akan mengalami keguguran tanpa apa-apa sebab yang boleh dielakkan.

Kedua, si isteri haruslah berbincanglah dengan suami secara terbuka dan terus terang mengenai bagaimana keguguran itu memberikan kesan pada emosinya. Dalam perbincangan ini elakkan dari menyalahkan sesiapa atau mencari punca terjadi keguguran itu. Musibah telah berlaku. Apa yang boleh diperbincangkan ialah bagaimana hendak menghadapi tekanan emosi yang sedang berlaku.

Ketiga, berikan masa untuk kelukaan emosi itu dirawat dengan sendirinya. Bagi masa untuk si isteri melayani kegelisahannya. Jangan memaksa diri isteri untuk terus melupakannya. Kelukaan itu akan sembuh dengan lebih baik jika tiada desakan dari luar. Apabila banyak perkara yang berlaku dalam menjalani kehidupan, secara perlahan-lahan kekecewaan itu akan hilang.

Keempat, cuba berbincang dengan majikan untuk mendapatkan cuti rehat. Walaupun secarafizikalnya si isteri kelihatan sihat, namun si isteri perlukan masa untuk untuk melupakan musibah itu. Ambillah sedikit masa untuk meninggalkan rutin biasa.

Kelima, jangan menjangka si suami juga akan merasa kesedihan dengan cara si isteri. Maksudnya si suami mungkin kelihatan tidak terjejas dengan ‘kehilangan’ akibat keguguran itu, namun si suami tetap merasa sedih ’dengan cara lelaki’.

Wanita kemungkinan cuba menghilangkan perasaan sedih dengan meluahkan perasannya kepada orang lain. Sementara lelaki  pula kelihatan ’tidak peduli’ dan seolah-olah ’berhati keras’.

Sebenarnya lelaki juga berasa sedih namun atas perasaan tanggungjawab untuk kelihatan ‘kuat dan teguh’ si isteri mungkin akan tersilap faham. Fahamilah suami/lelaki tidak meluahkan kesedihannya seperti mana yang ditunjukkan oleh si isteri/wanita. Kongsikanlah perasaan itu tetapi berilah kebebasan untuk masing-masing mengatasinya dengan cara tersendiri.

Keenam, jangan memencilkan diri daripada masyarakat. Walaupun mungkin agak sukar untuk menceritakan hal musibah kepada orang lain, namun berkongsi cerita dengan rakan-rakan akan membuatkan wanita akan mudah berasa lega.

Wanita itu akan terkejut apabila ramai rakan sekerja, jiran sekampung dan sanak saudara yang akan bersimpati dan memberikan sokongan. Mereka juga akan berkongsi pengalaman keguguran yang mungkin selama ini wanita itu merasakan hanya dia seorang saja yang diuji dengan musibah itu.

Namun begitu jika terdapat kata-kata yang agak menyakitkan, lupakan dan maafkan saja. Ramai yang mungkin tidak faham perasaan yang dialami oleh seorang wanita yang mengalami keguguran itu. Kata-kata mereka ada kalanya menyakitkan hati.

Namun ada juga yang seakan ikhlas menasihati, namun mereka tidak pandai menyusun kata lalu mungkin nada atau ada perkataan yang menyakitkan hati. Jangan terlalu sensitif dan dont take it personally.

Ketujuh, dapatkan sokongan dan khidmat nasihat dari doktor  atau hospital jika ada menyediakan khidmat kaunselling. Khidmat professional adalah lebih dipercayai dan memberikan nasihat yang berguna.

Ramai yang mendengar nasihat dari jiran-jiran atau kawan-kawan. Mereka memberikan ‘nasihat’ berdasarkan ‘apa yang mereka dengar’ bukan dari ‘apa yang mereka pelajari’. Mereka tidak akan bertanggungjawab atas ‘nasihat’ yang diberikan jika ternyata ‘nasihatnya’ memudharatkan.

Akhir sekali, sebagai orang beriman, kita akan diuji untuk menilai keimanan kita. Hayatilah firman-firman Allah:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo’a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al Baqarah: 286)

Saya percaya jika ayat al Quran ini dibaca berulang-ulang kali terutama selepas solat, ianya adalah ‘ubat penenang’ yang paling mujarab bagi merawat kesedihan kita.

Dengarkan juga kata-kata semangat ini.

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi.”

Allah mengurniakan kesenangan dan memberikan musibah sebagai cubaan untuk menilai kekuatan iman kita.

Ibarat seseorang yang ingin mengenalpasti sesuatu perkara atau benda, sama ada asli atau palsu, maka wajarlah terlebih dulu mengujinya dengan kaedah tertentu. Begitulah keadaannya keimanan yang terselit di dada seseorang, perlu sesekali melalui proses ujian atau cubaan Allah untuk menilai sama ada teguh atau rapuh.

Sama ada kita suka atau tidak, kita akan diuji. Ujian-ujian ini pula datang dengan pelbagai bentuk.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda akan fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)

Jadi anggaplah musibah yang kita terima sebagai satu ujian Allah untuk mengangkat darjat kita atau menghapuskan dosa kita. Kecekalan kita akan menyebabkan kita muncul sebagai insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Wa allahu a’lam.

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

17 comments

  1. Salam Dr..Terima kasih dgn artikel ini. saya hamil 11 minggu. Dah 2 hari ada pendarahan yg sedikit namun blm merujuk dgn doktor. Walaupun ini adalah nak ke 4 namun saya sgt inginkan bayi ini. Saya cukup risau dgn kemungkinan kehilangannya.
    Artikel Dr memberikan satu kelegaan dan membuka kembali minda yg hampir tertutup dgn seribu kebimbangan. InsyaAllah saya berusaha utk menerima apa jua ketentuan Allah krn Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya.
    Jazakallahu khasiran. Moga Allah merahmati Dr.

  2. salam
    terima kasih atas peringatan ini
    entry ini sgt membantu sy..
    sy sudah mengalami 3 kali keguguran
    dan seringkali menyalahkan diri sendiri
    terubat hati bila bace entry dr
    terima kasih

  3. salam dr.saya baru alami keguguran pada 4/1/11 yang lalu.kandungan saya mencecah 15 mggu tapi dr.maklumkan dia dah x dak masa berusia 11 mggu,setelah sebulan br saya sdar perkara itu setelah kuardarah warna koko.esoknya say alami kontraksi disusuli pecah air tuban sampailah “beranak” dalam kereta dlm perjalanan ke hospital.betapa sedihnya hanya allah yg tahu.ini merupakan baby sy ke-4 yg sepatutnya lahir pd bln 6 ni.sy masih lg mengalami breakdown tiada siapa yg tahu.sy akui sepnjg mengandungkannya sy betul2 stress,bermcm2 perkara yg sy hadapi dr keluarga,keja dan segalanya tambahan pula anak kecik sy br berusia 10 bln,tpx penh sekalipun sy mehesal dgn kurniaan allah ini,tapi apa ygsy impikan x tercapai jugak akhirnya dia pegi membawa harapan sy yg meggunung tinggi terhadap dia….dr.camna sy nk ubati lara yg sy hadapi ni, sbb sy mmg x blh hadapinya sbb sy rs separuh jiwa sy dh hilang!!!!!!

  4. Salam Dr.
    Terima Kasih atas artikel ini. Sememangnya telah dapat memulihkan emosi saya setelah keguguran. Mohon izin dari Dr untuk share artikel ini di blog saya. Saya akan link kan blog Dr di artikel yg saya share di blog saya.. Terima Kasih

  5. salam doc,terima kasih atas artikal ini ..semasa membaca bercucuran air mata saya dan tenang hati saya sedikit..doc,saya baru saja keguguran.ini kali-2 saya keguguran…yang saya sedih kedua kali ini..anak saya gugur bila masuk 5bulan…saya begitu sedih dan rasa tertekan….tapi saya redha dengan ketentuan Allah dan percaya ada hikmah sebalik kejadian ini….

  6. Terima kasih kerana artikel ini..mmg tidak dinafikan setiap apa yg berlaku pada kita dan sekeliling kita ada hikmah, peringatan dan pengajarannya..situasi sy, bln lps period sy terlewat seminggu, tanda2 ketidakselesaan diawal kehamilan sprt 2 kehamilan sblm ni dpt sy rasakn..sy dan suami menghrpkan kehamilan ke-3 ini stlh menanti utk 3 thn..mungkin blm rezeki kami, pd hari ke7(period lewat),period sy dtg..rasa kecewa pd mulanya, tp suami hanya menyatakan Alhamdulillah..drp ucapannya,sy fahami bhw ini blm rezeki kami, dan stp yg berlaku itu ada hikmah dan peringatanNYA..InsyaAllah sy ingin pastikan kesihatan diri sy mengizinkan sblm diberikan Allah rezeki memiliki anak ke3 agar kehamilan itu nanti bakal tidak memudaratkan kesihatan kedua2 individu..Wallahuallam..

  7. Slm Dr..,
    Sy baru blk dari hosp.Doc kata saya alami miscarriage.Lg 2mggu repeat scan tp darah keluar mcm period skrg ni.Lower abd pain dan back pain terasa sgt2.Sy tlalu mgharap kndugan yg ke2 ni memandangkan yg prtama pun sy menanti hmpir 10 thn.Tp mgkn bnar kata Doc,apa guna sy mnangis jk yg sy harap2kn ni x seindah apa yg saya impikan klahirannya nti.Jd,biarlah dia pergi wlu sy btl2 trasa amat khilangannya…Smg Allah mberi rezeki yg lbh baik slp ini..

  8. Slm Dr,
    Sy baru sahaja keguguran. Keguguran yg ke-3. Kes pertama kesalahan kami, ke dua n ketiga perkembangan baby x sihat. Hanya Tuhan je yang tahu betapa sedihnya. Walaupun masih boleh mengukir senyuman dengan nurse dan doc pakar, tapi hati tak dapat menipu kesdihan yg dialami. Tipulah kalo kata tak sedih. Jumaat ni follow up lagi dengan doc pakar. Saya tak tahu apa yang harus saya lakukan sekarang, spt kata2 doc tu. Mungkin mulut saya boleh menenangkan, ketawa2 dengan suami, tapi mungkin kesdihan tidak dikongsi bersama.Tapi kadang2 air mata mengalir tiba2. Begitu jg dgn suami walau tangisan tidak mengalir tapi saya tahu kerisauan tetap ada padanya.Itulah ego seorang lelaki…Ya Allah ampunkan dosaku….

    • Salam Doc,
      mmg susah nk menyatakan perasaan sedey bila kita keguguran sy baru keguguran kali ke 2 tiap kali sy nmpk kengkawan yang mengandung sy akan sedey…..tapi sy tetap tahan kesedihan sy sbb sy ada ank yang perlukan sy…tapi smpi skang sy akan fikir2 kenapa sy gugur lagi doc…tapi penerangan doc telah membentu sy…. suma kehendak Allah..die lebih tahu ape yang terbaik untuk sy sekeluarga

  9. salam . Doc , sy keguguran saat kndungan sy masok 4 bulan . Smpurna sifatnya . Lepas 2mgu pantang , sy dn suami bsama . Adakah sy akn hamil smula ?

  10. memang benar,mulut orang tak dapat kita nak tutup..ada yang kata saya tak ada telur…ada yang kata maca..walaupun ada yang bagi positif thinking,namun hanya saya dan suami yang rasa…kami dah berkahwin selama 3thn…namun saya bersyukur suami tidak pernah marah atau salahkan saya…bagi dia,kedua2nya harus berusaha dan jangan berhenti berharap dan berdoa…inilah ujian buat kami..semoga Allah kasihankan kami..insyaallah..

    • cuma ramai yang tak tahu saya mengalami keguguran…andai ada yang bertanya..baru saya akan bersuara…keguguran yang saya alami cukup menyedihkan..ketulan daging tu turun ketika saya hendak buang air kecil..dan suami yang ambil dengan air muka yang tak dapat saya bayangkan….

  11. salam dr,terima kasih atas artikel dr yang sangat bermakna buat tatapan saya,saya sudah dua kali keguguran,saya redha dengan ketentuan Allah kerana yakin Allah Maha Mengetahui atas segala kejadian,cuma,apa yang menyedihkan hati kecil ialah kata-kata orang disekeliling yang seperti kata dr tadi,tidak pandai mengolah rasa simpati kepada kita membuatkan kita lagi rasa terguris dan “lebih sakit”lagi dari proses keguguran itu sendiri,apapun kenalah pandai pujuk diri sendiri dan banyakkan bersabar..

  12. assalam dr.. Terima kasih atas perhatian dan entry khusus ttg hakikat ujian keguguran ini. Benar benar buat hati sy lebih tenang. Dr, 4 hari yg lps kebetulan pd hari lahir suami sy, sy mengalami pengalaman keguguran yg sukar untuk sy lupakan. Saya gugur kali ketiga, dimana kali ni usia kandungan sy 14mggu. Perkahwinan kami masuk tahun ke-5 dan kami masih menanti zuriat pertama. Kandungan kali ni bertahan paling lama dimana keguguran pertama dan kedua waktu masih mggu ke 5-6, tentunya harapan sgt kuat bila sy cukup menjaga kali ni. Kita merancang Allah merancang, namun perancangan Dia adalah yg terbaik untuk kami. Kami redha dan terima dgn hati terbuka, namun kesedihan pasti ada. Namun syukur kami punya anak angkat yg baru berumur setahun, pengubat hati kami ber2. Apapun kami takkan berhenti berusaha, berdoa dan menanti pengganti yg lebih baik drpdNya insyaAllah…

  13. SALAM DR.. PENGALAMAN PERTAMA HAMIL DAN MERASA BAHAGIA WALAUPON HANYA SEKEJAP MEMBERI PENGALAMAN YANG SANGAT BERHARGA, WALAUPON BARU 8 MINGGU USIA KANDUNGAN DAN KEGUGURAN 4 HARI SELEPASNYA.. SANGAT MEMBERI KESAN DALAM HIDUP SAYA, EMOSI SAYA.. PERASAAN TU HILANG SEKELIP MATA, DAN SAYA SANGAT BERSEDIH ATAS APA YG TERJADI AKHIRNYA SETELAH MEMBACA ARTIKEL INI.. HATI SAYA JADI TENANG DAN PASRAH MENERIMANYA.. ADA HIKMAH SETIAP YG TERJADI.. TERIMA KASIH DR.. :)insyaallah

  14. assalamualaikum dr..
    saya bkhwin 31/5/2008 n mgalami kguguran tnpa rasa sakit ( air ketuban pecah bila bangun dr katil)yg pertama 25/8/2008 usia kndungan 3bln masa ni Allah sj yg tau perasaan sy lgpn suami army xde kt cc coz ada tugas luar….dan alhamdulillah sy preggy lg 5bulan lepas tu..tapi takde rezeki lg n keguguran yg kdua usia kandungan juga 3bln pd 25/2/2009 yg ni ada keluar darah n bila g kecemasan perut terus sakit..
    sy da g refer pakar n smpai skrg xde tanda2 nk hamil lg…
    boleh dr terangkan apakah masalah sy?sudah 4thn mntikan zuriat..mohon jwbn..

Leave a Reply to sam'sCancel reply

error: Content is protected !!