“As salamu alaikum, doctor. Baru-baru ini adik saya mengadu sukar bernafas dan mudah penat. Beliau merasa seolah-olah “tidak cukup oksigen” apabila berjalan dan menaiki tangga. Sesekali beliau mengalami batuk terutama apabila beliau baring di atas katil. Jadi sekarang beliau terpaksa tidur secara duduk di kerusi. Rakan-rakan saya memberitahu bahawa adik saya mengalami paru-paru berair. Betulkah doctor?”
Wa alaikum mus salam.
Paru-paru berair merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru, sama ada pada tisu paru-paru atau pun lapisan antara paru-paru dengan lapisan dalam dinding dada.
Ini menyebabkan tisu paru-paru (parenchyma atau alveolar) atau rongga plueral dipenuhi dengan cecair.
Paru-paru berair berpunca dari pelbagai keadaan, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Kanser paru-paru juga boleh menyebabkan paru-paru berair.
Biasanya pesakit akan mengadu mengalami batuk, sakit dada, mungkin demam, dan sukar bernafas apabila melakukan kerja-kerja ringan.
Diagnosa awal dapat dilakukan menggunakan xray dada dan kemudiannya menggunakan beberapa pemeriksaan lain seperti darah dan pemeriksaan fungsi paru-paru.
Oleh itu jika seseorang mengalami rasa sukar bernafas, mudah penat dan mengadu “tidak cukup oksigen” apabila melakukan aktiviti ringan, harus segera berjumpa doctor, dan mendapat pemeriksaan yang lengkap.
Wallahu a’lam.