MENGELAKKAN GASTRIK PADA ORANG BERPUASA

Bagi mengelakkan gastrik (acid reflux) pada orang yang berpuasa, beberapa langkah perlu diambil bagi mengelakkan muntah lendiran masam, kembung perut, mudah sedawa dan sedu.

 

1. Elakkan makan secara banyak sekali gus.


2. Jangan berbaring atau bersandar selepas makan.


3. Banyakkan minum air sebelum makan makanan yang berat


4. Jangan makan dekat dengan waktu tidur


5. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bawang putih, bawang merah, makanan pedas atau makanan berlemak


6. Elakkan minum minuman bergas (berkarbonat), kopi, atau teh pekat.


7. Kurangkan atau hentikan tabiat merokok.


8. Berbincang dengan doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat cair darah aspirin, dan ubat tahan sakit seperti ibuprofen, atau ponstan.

 

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!