Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Mengelak batu karang berulang

Mengelak batu karang berulang

 

 

urine batu

 

“Assalamu alaikum, doctor. Saya pernah mengalami penyakit batu karang lima tahun lepas dan menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang.. Tetapi masalahnya penyakit itu berulang kembali dan saya kerap rasa sakit hingga ke hari ini sehingga mengganggu tidur saya. Ada kalanya sehingga ada darah dalam air kencing saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”
Wa alaikum mus salam.

 

Penyakit batu karang dalam system pembuangan air kecil adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Batu karang itu boleh berada dalam buah pinggang (ginjal), saluran antara ginjal dan pundi kencing atau dalam pundi kencing itu sendiri.

 

Dianggarkan seorang dari lima orang rakyat Malaysia mengalami penyakit ini semasa hayat mereka. Ini kerana antaranya rakyat Malaysia kurang minum air yang cukup, selain factor pemakanan dan keturunan.

 

Penyakit batu karang selalunya berlaku di kalangan lelaki berumur di antara 20 hingga 40 tahun. Wanita boleh mengalaminya tetapi amat jarang berlaku.
Batu karang terbentuk dari mendakan apabila bahan seperti kalsium, oxalate, cysteine atau asid urik di dalam air kencing berada dalam tahap yang tinggi. Lebih-lebih lagi jika kuantiti air kencing sangat sedikit.
Batu karang mulanya bersaiz kecil, kemudianya membesar hingga menjadi batu karang yang besar. Batu karang besar dan tidak dapat dikeluarkan akan menyebabkan rasa sakit kerana tersekat pada saluran air kencing.
Ketika saya bekerja di pusat kesihatan dulu, banyak pesakit yang datang pada waktu malam apabila sudah tidak tahan lagi menderita kesakitan.
Malah ada pesakit lelaki dewasa yang menangis seperti budak kecil kerana tidak dapat menahan rasa sakit apabila penyakit batu karang ini menyerang.

 

Kebanyakan pesakit hanya mendapatkan suntikan penahan sakit untuk mendapat kelegaan pada malam itu, dan seharusnya menjalani pemeriksaan xray bagi mengetahui saiz dan lokasi sebenar batu karang tersebut.

 

Tiada siapa yang dapat menghidari dari serangan penyakit batu karang walaupun penyakit ini dipengaruhi oleh factor pemakanan, keturunan dan jangkitan kuman di saluran kencing.

 

Oleh itu, saya mencadangkan pesakit yang pernah diserang penyakit batu karang agar memeastikan mereka minum air secukupnya. Ini kerana jika terdapat batu karang bersaiz kecil, air kencing yang banyak dapat mengeluarkan batu itu secara normal.

 
Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!