Hukum mengecilkan Payudara

HUKUM MENGECILKAN PAYUDARA

“TERDAPAT GAMBAR-GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT”

Jarang-jarang kita mendengar wanita yang mahu mengecilkan saiz payudara mereka. Tentu ada yang tersenyum atau melabelkan mereka sebagai “mengada-ngada”.  Ini kerana ramai wanita yang mempunyai saiz yang kecil mahu menambahkan saiz payudara mereka.

Namun terdapat wanita yang ditakdirkan mempunyai saiz payudara yang terlalu besar berbanding dengan saiz tubuh mereka. Mereka mengalami perasaan rendah diri dan mengalami masalah fizikal yang tidak tertanggung. Pelbagai ubat yang telah dicuba sehingga mereka terpaksa merelakan untuk menjalani pembedahan.

Antara pertanyaan yang saya terima:

“ Assalamualaikum doctor, saya berumur 23 tahun..saya mempunyai masalah iaitu payudara jatuh sejak umur 13 tahun lagi. Ini kerana ketika awal pertumbuhan payudara saya malu dan sentiasa jalan bongkok. Pada masa itu saya fikir dengan cara itu payudara saya tidak akan kelihatan.Selepas itu baru saya sedar bahawa cara saya itu salah dan menyebabkan bentuknya seperti  org sudah beranak ramai.

Beberapa tahun yang lalu saya ada menggunakan beberapa produk di pasaran yang mendakwa katanya boleh menegangkan payudara. Produk ini menyebabkan payudara saya menjadi ruam dan gatal, dan saya rasa semakin buruk.

Saya juga selalu disindir oleh rakan-rakan kerana bentuk payudara saya yang ketara besar dan saya menanggung kesakitan. Saya terfikir satu satunya cara ialah melakukan pembedahan mengecilkan payudara. Tetapi saya ingin minta pendapat doc ini kerana payudara saya ketara kelihatan besar sedangkan badan saya kecil. Saya juga mengalami sakit belakang kerana menyokong berat payudara saya. Saya berharap doktor dapat memberi nasihat dan cadangan. Terima kasih doktor..”

Saya mempunyai pengalaman ketika bekerja di hospital besar di bahagian pembedahan, seorang wanita yang mengadu sakit pada payudara akibat saiznya besar dan terlalu berat. Akibat saiznya tidak sesuai dengan saiz tubuhnya, dia mengalami masalah sakit belakang dan bahu kerana tulang belakangnya terpaksa bekerja lebih kuat untuk berdiri tegak. Kesakitan pada payudara menggangu tidur beliau.

Setelah mencuba beberapa ubat yang dibeli di kedai sengseh dan farmasi , kesakitan payudaranya masih tidak berkurangan, akhirnya konsultan pakar bedah saya mencadangkan agar pembedahan untuk mengecilkan payudara dilakukan.

Masalahnya setelah pembedahan dilakukan, beliau masih mengadu sakit kerana saya percaya “payudara beliau tidak cukup dikecilkan”. Berkemungkinan doktor yang melakukan pembedahan itu bimbang jika pembedahan itu akan menyebabkan payudara wanita itu menjadi “terlalu kecil”. Masalahnya berapa banyak tisu payudara yang harus dibuang atau dlm bahasa mudah, saiz yang bagaimana hendak dikecilkan.

Bagi mengelakkan masalah ini, saya cadangkan pesakit berbincang dengan doktor tentang saiz payudara yang sesuai bagi dirinya agar kesakitan dapat dikurangkan atau dihilangkan. Jika pembedahan telah dilakukan dan wanita itu mengadu saiz payudaranya terlalu kecil, sudah tentu akan menyebabkan ‘satu lagi masalah’ untuk membesarkan saiz payudara itu pula.

Tetapi jika pembedahan mengecilkan payudara tidak dilakukan, saya bimbang jika wanita itu hamil dan menyusukan anak, saiz payudaranya bertambah besar dan bertambah berat, lalu menjejaskan kesihatan saudari secara keseluruhan.

Adakah dibenarkan syarak?

Kebanyakan ulama membenarkan pembedahan ini dengan beberapa syarat.

Jika payudara seorang wanita bersaiz sangat besar dan menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung, sudah tentu beliau dibenarkan menjalani pembedahan kosmetik untuk mengecilkan payudara selagi mana pembedahan itu tidak terdedah kepada bahaya demi kesihatannya.

Hal ini perlu dipastikan dengan pakar perubatan yang berwibawa sebelum dia membuat sebarang keputusan. Pembedahan sebegitu hanya diizinkan jika ia dilakukan sebagai rawatan perubatan untuk memulihkan keadaan kesihatan dan mengembalikan payudara kepada saiz yang lebih sesuai bagi mengurangkan kesakitan.

Pembesaran payudara tidak harus dilakukan untuk meningkatkan kecantikan semata-mata apatah lagi ia mengubah ciptaan ALLAH. Dalam hal ini, ia pastinya tidak diizinkan oleh ALLAH. ALLAH berfirman:

“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku).  Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.”

(Surah al-Nisa’: 118-119)

Sesiapa saja yang terlibat dalam pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan semata-mata, termasuk doktor, jururawat dan pembantu bilik bedah  juga tergolong dalam celaan sebagaimana hadith riwayat Ibn Masud r.a. di mana dia mendengar Rasul ALLAH s.a.w. mencela perempuan yang mencabut bulu kening dan sesiapa yang menjarakkan gigi atas alasan mengejar kecantikan. Merekalah yang mengubah ciptaan ALLAH.

Jadi wanita yang mempunyai saiz payudara yang terlalu besar selalunya akan mengalami tekanan fizikal dan emosi sehingga tidur dan mengganggu rutin seharian dibenarkan melakukan pembedahan mengecilkan payudara mereka. Bayangkan seorang jika berat payudara mencapai satu kilogram setiap satu, tentu ia menyakitkan dada dan pinggang kerana cuba menegakkan posisi tubuh.

Pembedahan mengurangkan saiz payudara atau disebut “breast reduction surgery” akan membantu mereka yang mengalami masalah seperti ini.

Sebab utama bagi pembedahan ini ialah masalah fizikal:

  1. Mengalami sakit belakang, tengkuk dan bahu akibat berat payudara
  2. Sakit kepala
  3. Rasa kebas di bahagian tangan dan lengan
  4. Bahu berbekas kerana tali bra menampung berat payudara
  5. Posisi duduk yang membongkok teruk akibat berat payudara
  6. Ruam pada kulit dada di bahagian bawah payudara

Masalah gangguan emosi pula:

  1. Rasa rendah diri
  2. Rasa bentuk tubuh tidak menarik dan buruk
  3. Rasa bentuk badan yang tidak seimbang
  4. Kemurungan
  5. Mengalami kesukaran mencari saiz baju yang sesuai
  6. Sukar untuk melakukan pergerakan dan beriadah

Jenis pembedahan yang dilakukan

Terdapat satu kaedah pembedahan yang terbaru dinamakan “scarless breast reduction”. Dalam pembedahan ini, hanya satu belahan kecil berukuran 1cm. Parut belahan ini akan sembuh selepas 2-3 bulan dan akan hilang jika diurut secara perlahan-lahan.

Dalam prosedur ini, satu tiub getah (cannula) dimasukkan ke dalam tisu payudara melalui belahan yang kecil itu agar lemak-lamak payudara disedut keluar. Lemak yang dikeluarkan pada purata 800cc akan mengecilkan saiz payudara. Kulit payu dara yang masih kenyal (elastic) akan mengecut dan menjadikan payudara yang bersaiz kecil itu menjadi seperti normal. Hanya tisu lemak saja yang dikeluarkan dan tidak mengganggu tisu payudara (glandular tissues) yang bertanggungjawab menghasilkan susu.

Selepas itu tisu puting (areola) akan dinaikan pada purata enam sentimeter untuk menyesuaikankan pada payudara yang bersaiz baru. Oleh itu kejayaan pada pembedahan ini bergantung kepada kekenyalan kulit payudara. Ini bermakna wanita muda lebih mendapat manfaat kerana kulit mereka lebih kenyal.

Teknik “scarless breast reduction” juga sesuai untuk mebaiki ketidakseimbangan saiz (asymmetrical) pada payudara apabila sebelah payudara mempunyai saiz yang lebih besar dari yang sebelah yang lain. Apabila ketidakseimbangan saiz ini terlalu ketara berlaku pada remaja perempuan, ia memberikan perasan rendah diri dan mengalami kerisauan apabila menghadapi perkahwinan nanti. Teknik ini lebih sesuai kerana ia tidak meninggalkan parut yang jelas.

Pembedahan dengan teknik lama

Pembedahan menggunakan teknik lama memerlukan belahan (incision) yang lebih besar iaitu 12 inci dan menyebabkan parut akan kelihatan lebih jelas. Dua belahan akan dilakukan, satu belahan sepanjang bahagian bawah payudara dan satu lagi belahan dari puting (nipple) hingga ke bawah payudara. Pembedahan ini mempunyai risiko pendarahan, jangkitan kuman, berkemungkinan menyebabkan bentuk yang buruk, risiko untuk tidak boleh mengeluarkan susu dan kerosakan pada kulit payudara dan puting.

Kelebihan teknik “Scarless Breast Reduction” berbanding  teknik lama

  1. Penyembuhan lebih cepat : ramai yang sembuh dalam masa tiga hari.
  2. Bentuk payudara bertambah baik.
  3. Tiada parutan yang jelas
  4. Boleh menyusukan anak
  5. Deria rasa masih dikekalkan di kawasan puting (nipple)
  6. Kos pembedahan yang lebih murah.
  7. Sesuai bagi pesakit seperti diabetes mellitus, hypertension, myasthenia, multiple sclerosis, atau asthma.

Jadi nasihat saya kepada mereka yang ingin mengecilkan payudara mereka atas sebab kesihatan, haruslah berbincang dengan doktor agar hasil pembedahannya memuaskan. Selain itu wanita itu juga harus dirujukkan ke kaunselor bagi merawat emosinya yang mengalami tekanan perasaan.

Pembedahan ini bukanlah satu pembedahan yang mudah kerana bukan saja melibatkan fizikal tetapi emosi dan perasaan pesakit yang mengalami rasa rendah diri dan kesakitan yang sukar diukur, bergantung kepada individu yang mengalaminya. Ada pesakit yang telah menjalani pembedahan merasa puas hati kerana kesakitannya telah hilang, tetapi ada juga yang bertambah kecewa kerana kesakitan yang dialami tidak berkurangan atau bentuk dan saiz payudaranya tidak memuaskan setelah pembedahan.

Wallahu a’lam.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Rujukan:

  1. Chao JD, Memmel HC, Redding JF, Egan L, Odom LC, Casas LA.  “Reduction mammaplasty is a functional operation, improving quality of life in symptomatic women:  a prospective, single-center breast reduction outcome study”. Plastic and Reconstructive Surgery.  December 2002. 110(7):  1644-52.
  2. Choban P and Heckler R.  “Increased incidence of nosocomial infections in obese surgical patients.” American Surgeon. 1995.  61(11):  1001-1005.

10 comments

  1. Assalamualaikum.

    Dr Zubaidi,

    Berapa kos pembedahan bagi ‘Scarless Breast Reduction’? Dan di hospital manakah yang perlu dirujuk?

    Mohon jawapan. Terima kasih.

  2. saya ingin mengecilkan payudara
    saya jadi bolehkah saya pergi ke hospital kerajaan dan berapakah kosnya?

  3. di hospital mana boleh dibuat rawatan ini. scarless breast reduction. terima kasih

  4. Assalamualaikum,

    Dr Zubaidi.

    Berapa kos pembedahan bagi Scarless Breast Reduction? Dan di hospital manakan yang perlu dirujuk.

    sgt2 memerlukan jawapan.terima kasih

  5. Assalamualaikum.

    Dr Zubaidi.

    Berapakah kos pembedahan bagi “Scarless Breast Reduction”? dan di hospital manakah yang perlu dirujuk?

    Jawapan Dr amat sy hargai.

    Terima Kasih.

  6. Assalamualaikum,

    Hospital manakah yang patut saya rujuk dan berapakah anggaran kos pembedahan “Scarless Breast Reduction”

    Jawapan doktor sangat saya perlukan. Terima kasih.

  7. Assalamu’alaikum,

    Diharap Doktor dapat meluangkan sedikit masa untuk membalas soalan2 di sini.

    Saya juga perlukan info2 tambahan seperti kos pembedahan, hospital/doktor mana yang perlu dirujuk dan sebagainya.

    Terima kasih.

    • Assalamu’alaikum, Diharap Doktor dapat meluangkan sedikit masa untuk membalas soalan2 di sini. Saya juga perlukan info2 tambahan seperti kos pembedahan, hospital/doktor mana yang perlu dirujuk dan sebagainya. Terima kasih.

      DrZubaidi: Insya ALLAH saya akan membantu puan. Boleh email berkaitan biodata puan kepada saya di drzubaidiahmad@gmail.com.

  8. saya ingin tahu di hospital mana saya boleh lakukun pembedahan ini dan berapa kosnya..

    • “saya ingin tahu di hospital mana saya boleh lakukun pembedahan ini dan berapa kosnya..”

      DrZubaidi: boleh saya tahu daerah dan negeri puan tinggal sekarang, umur, berat dan tinggi dan saiz bra puan supaya dapat saya bincangkan dengan pakar bedah yang berhampiran tempat puan. Mohon emailkan ke drzubaidiahmad@gmail.com

Leave a Reply

error: Content is protected !!