Mengapa Suami Bermalasan di Rumah

Dalam tubuh lelaki terdapat hormon kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki.

Hormon ini bukan saja penting bagi menyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki, tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing, menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang serta mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami.

Hormon testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormon testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya, malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya, tidak kreatif dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga.

Oleh itu jika isteri perhatikan, suami yang bersemangat dan bersyahwat dalam kamar tidur adalah juga bersemangat melakukan kerja-kerjanya di luar rumah. Lelaki yang bersungguh-sungguh di luar rumah juga merupakan lelaki yang bertanggungjawab di dalam rumah.

Hormone testosterone mempunyai kitaran tersendiri. Kepekatan hormon testosterone tinggi di awal pagi dan semakin menurun menjelang petang. Oleh itu jangan terperanjat jika di awal pagi suami mudah mendapat penile erection. Kekerasan zakar itu disebabkan oleh hormone testosterone yang semakin meningkat dalam tubuhnya.

Manakala ramai lelaki yang menjadi letih bila memasuki waktu senja. Ini bukan disebabkan pengaruh jin, tetapi hormonnya yang semakin menurun. Jadi suami selalunya tidak bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah apabila balik rumah.

Apatah lagi jika banyak tugasan di tempat kerjanya yang memerlukan tenaga fizikal dan mental. Jadi janganlah menganggap suami malas dan tidak membantu.

Walaupun ia adalah suatu tindakan yang tidak wajar, isteri kena faham kitaran hormon ini. Jika tidak ini akan menyebabkan ketegangan dalam keluarga. Suami akan bertambah stress dan menyebabkan hormonnya menjadi menurun, dan tidak lagi bermaya di dalam kamar tidur.

Apatah lagi jika isteri bermasam muka ketika mengkritik tindakan suami yang kepenatan. Harus difahami, kepekatan testosterone akan meningkat jika dia merasakan bahawa dia puas dan berjaya melakukan kerja dengan sempurna.

Suami akan rasa puas apabila merasakan dia adalah seorang suami yang hebat dan melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan baik.

Jadi cuba fikirkan apa akan jadi jika suami melihat muka isteri yang masam sedang membebel ketika dia sedang berehat setelah pulang dari kerja. Suami akan terus menjadi lebih tertekan dan hormon testosterone akan menjadi lebih rendah.

”Abang ni asyik lepak depan TV je. Tak membantu saya langsung. Saya penatlah..”

Kata-kata seperti ini akan membuatkan suami berasa gagal.

 

Bagaimana isteri boleh membantu suami?

Jika perlukan bantuan melakukan kerja-kerja di dalam rumah, mintalah bantuan dengan senyuman dan pujian. Pujilah suami melambung sebelum meminta bantuannya.

”Abang yang hensem, tolong saya cuci pinggan …”

Suami mana yang tidak cair jika isteri dengan nada yang lembut, menggoda dan memuji dirinya. Tentu dia segera akan melompat terus dari sofa dan meluru ke dapur untuk membantu isterinya.

Elakkan muka masam ketika meminta bantuan suami. Muka yang manis akan menaikkan hormone testosterone suami dan secara tidak langsung akan memberikan ’tenaga ekstra’ pada suami. Lupakan ’tongkat ali’. Senyuman isteri adalah yang terbaik untuk meningkatkan hormone suami, secara tidak langsung akan membantu isteri di rumah.

Wallahu’alam.

 

Susunan: Dr Zubaidi b Hj Ahmad (280312)

11 comments

  1. Saya seorang isteri yang panas baran. Mungkin lepas ini saya akan mencuba menjadi lebih lembut kerana sering berlaku ketegangan dalam rumahtangga disebabkan sikap saya. Sering saya merasakan suami saya seorang yg pemalas bila dia susah nk membantu dalam soal kerja rumah dan anak2. Seolah2 dia tidak menghargai jasa baik saya dan tidak pedulikan kesusahan saya sebagai isteri. Tetapi manusia bernama lelaki ni mmg kurang pemerhatian dan pemikiran. Kalau nk suruh dia buat atau faham sesuatu perkara, kena cakap dgn jelas sejelas jelasnya barulah dia nak faham..klu x jgn haraplah, lepas tu nk kena ckp baik2 n lyn dgn lemah lembut mcm budak2..klu x cepat sgt merajuknyer(sama cm perangai kakak yg umo 4 tahun..letih juga kan? hehehe…

  2. untongla suami2…doktor da tlg bg kan alasan saintifik…
    baru je mlm td baran pasal isu ni..haha..anyway..gud info..tQ doktor!!

  3. artikel yang baik… kene buat research di malaysia ni Dr..

  4. Salam. Saya anak sulung dan suami anak bongsu. Awal berkahwin suami nampak rajin dan boleh diharap. Bile dah ada anak dua suami saya memang cukup malas. dah tak boleh disuruh. kalau hari minggu tengok TV sambil baring dari pagi sampai ke malam. bile disuruh sidai kain cakap sampai 3 kali pun masih tidak bergerak. kalau makan pulak pinggan sendiri pun tidak mampu nak basuh. hanya basuh tangan aje. apatah lagi nak suruh tolong buat keja lain macam melipat, menyapu, basuh kereta, bersihkan bilik air, kemas rumah dll. sekarang saya mengandung dah 6 bulan. saya ada minta dia menolong buat kerja rumah. sampai sekarang masih macam tu.

    hari minggu kadang dia bosan ajak keluar gi pasaraya. tapi saya dah separuh badan rasa tak berdaya nak berjalan disebabkan banyak kerja2 rumah nak dibuat. yea lah hari lain bekerja balik lepas magrib.

    saya tak tau nak cakap ape. mungkin sebab di anak bongsu jadi tak biasa buat kerja rumah.

  5. Assalamualaikum Dr…..
    I after dgn Dr…..and suka sgt dgn topic ini.Alhamdulillah saya dikurniakan suami yg loving ,caring,pandai serba serbi dan paling penting taat pd perintah Allah….
    Alhamdulillah dgn membaca topic ini dan topic kenapa lelaki/suami tidak ingat tarikh….saya lebihmemahami sitat lelaki bergelar suami….
    Kerana walaupun suami baik dan bagus….sometimes saya rasa sikit x puas hati hanya kerana suami saya seorang yg workhaholic……dia terlalu kuat bekerja……x penat ke…siang malam bekerja….terlalu committed pd kerja …namun dia x pernah abaikan saya dan anak2….
    Seperti yg Dr tulis….Lelaki yg bersungguh2 di luar rumah juga akan bertanggungjawab di dalam rumah juga…..mmg tepat ditujukan pd suami saya…..

    • Assalamualaikum Dr…..
      I after dgn Dr…..and suka sgt dgn topic ini.Alhamdulillah saya dikurniakan suami yg loving ,caring,pandai serba serbi dan paling penting taat pd perintah Allah….
      Alhamdulillah dgn membaca topic ini dan topic kenapa lelaki/suami tidak ingat tarikh….saya lebihmemahami sitat lelaki bergelar suami….
      Kerana walaupun suami baik dan bagus….sometimes saya rasa sikit x puas hati hanya kerana suami saya seorang yg workhaholic……dia terlalu kuat bekerja……x penat ke…siang malam bekerja….terlalu committed pd kerja …namun dia x pernah abaikan saya dan anak2….
      Seperti yg Dr tulis….Lelaki yg bersungguh2 di luar rumah juga akan bertanggungjawab di dalam rumah juga…..mmg tepat ditujukan pd suami saya…..

      Dr Zubaidi: Alhamdulillah semua ia terus bermanfaat,

  6. Saya sayang istri saya. Umor dia tua 4 bulan dari saya. Sekarang kami 58 tahun. Istri saya sudah tidak mahu hubungan sex dengan saya. Tiap pagi testron saya memuncak. Keinginan sex saya masih ada. Adakah wanita 58 tahun sudah tidak mahu sex lain atau sebab lain.

    • Saya sayang istri saya. Umor dia tua 4 bulan dari saya. Sekarang kami 58 tahun. Istri saya sudah tidak mahu hubungan sex dengan saya. Tiap pagi testron saya memuncak. Keinginan sex saya masih ada. Adakah wanita 58 tahun sudah tidak mahu sex lain atau sebab lain.

      Dr Zubaidi: Wanita yang mendekati menopause atau telah menopause tidak mempunyai libido (nafsu berkehendakkan seks) seperti lelaki. Mereka harus dibelai dan dipujuk rayu dahulu, lebih lama berbanding dengan usia mereka ketika muda. Banyak bersabar, tuan. Insya ALLAH keharmonian dapat dikekalkan.

  7. Salam Dr..

    Al-Hamdulillah, suami saya sangat rajin. Dari kemas rumah, membasuh, menjaga anak, masak, semua tak jadi masalah dengan dia. Bila saya tanya kenapa buat semua, jawapannya dia dah terbiasa dari kecil. Sampai kadang-kadang saya sendiri tak tau nak buat apa. Dia selalu kata dia tak sampai hatitengok saya penat layan kerena anak-anak. Anak2 umur dari 3 bulan hingga 7 tahun. Tapi yang tak seronok, ada yang tuduh saya Queen Control & main bomoh. Sedih la sampai kadang-kadang saya tak bagi dia buat kerja rumah especially kalau ada guest. Kami sama-sama kerja, lebih parah gaji saya lagi besar dari dia, so bertambah-tambahlah orang mengata. Memang dari segi financial lagi banyak saya keluarkan, tapi kami masing-masing faham dan saya tak berkira. Namun, pasal mulut orang tu kami pun boleh bergaduh especially kalo among family yang masuk campur..

  8. isteri yg tension

    say tension sgt dh 2tahun saya berkahwin tetapi suami saya masih belum berubah menjadi suami yang bertanggungjawab….. sepanjang berkahwin saya lah yang menjalankan tanggungjawab suami & isteri…. suami hanya men games tido makan .. men games tido makan…. kmudian berlagak dgn hasil titik peluh isteri.. berjoli dengan kekawan… isteri yg penat berkerja ttp dier hanya bersuka ria…..

    PENATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
    TENSIONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

  9. Assalam Dr,

    Saya sangat faham dengan pekerjaan suami saya yang sangat santai walaupun dia bekerja shif. Yang menjadi masalahnya, dia sentiasa malas tak kira sebelum pergi kerja, selepas balik kerja atau hari tak bekerja. Dari baru kahwin, ada anak seorang hinggalah anak 3 orang perangai malasnya makin menjadi-jadi. Saya pernah terfikir hendak menuntut cerai kerana tak tahan dengan perangainya yang hanya pandai mengarah tetapi tidak membantu. Dia masih memberi nafkah zahir, tetapi tidak nafkah batin.

    Terima kasih Dr.

Leave a Reply to lyaCancel reply

error: Content is protected !!