Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Mengapa Rawatan Kesuburan Sering Gagal?
Mengapa Rawatan Kesuburan Sering Gagal?

Mengapa Rawatan Kesuburan Sering Gagal?

Ramai pasangan yang mengalami masalah kesuburan kecewa dengan rawatan kesuburan yang mereka jalani. Mereka kecewa kerana rawatan itu terlalu panjang waktunya, sehingga mengambil masa berbulan-bulan. Ini bermakna mereka terpaksa mengambil cuti bagi setiap hari temujanji, selain ‘letih’ memakan ubat atau disuntik dengan suntikan hormon setiap hari.

Rawatan kesuburan memang mengambil masa yang panjang di samping memerlukan wang yang banyak dan kesungguhan diri. Ia benar-benar menguji hati kita, sama ada ‘kita betul-betul berusaha semaksima yang mungkin’ sebelum menyerahkannya kepada takdir Allah atau kita berpuas hati dengan apa saja ketentuan yang Allah berikan tanpa berusaha.

Rawatan kesuburan bukan seperti rawatan untuk ‘demam dan selsema’ yang mudah dirawat dan cepat menampakkan kesembuhannya.

Saya sendiri melihat ramai pasangan yang berputus asa, terutama di pihak lelaki. Padahal pihak lelaki tidak perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan yang agak sukar berbanding dengan isteri mereka. Sikap ‘tidak kisah’ dan tidak memberikan sokongan juga membuatkan pihak isteri mudah merasa berputus asa dan tidak meneruskan rawatan kesuburan mereka.

Dianggarkan seramai 40% dari pasangan yang menjalankan rawatan kesuburan gagal mendapatkan hasilnya (tidak hamil) kerana faktor-faktor yang disebutkan tadi.

Ada juga pasangan yang sudah menjalani rawatan tetapi tidak juga hamil. Rawatan kesuburan ada kalanya memerlukan lebih daripada satu kali pusingan rawatan, yang sudah tentu akan melibatkan masa yang lebih panjang, wang yang lebih banyak dan kecekalan hati yang padu untuk menjalani suntikan atau prosedur yang menyakitkan. Namun janganlah cepat berputus asa. Berbincanglah dengan doktor yang merawat.

 

Jadi apakah sebabnya rawatan kesuburan itu gagal?

Sebenarnya masalah ketidaksuburan seseorang wanita tidak sama dengan wanita yang lain. Banyak perkara yang menyebabkan masalah ketidaksuburan dan cara rawatannya juga berbeza-beza. Oleh itu banyak prosedur yang harus dilakukan agar mendapat diagnosis yang tepat.

Tanyalah kepada mana-mana wanita yang pernah menjalani rawatan ketidaksuburan ini, tentu mereka akan memberitahu prosedur yang mereka jalani bukanlah suatu kenangan yang indah.

Setelah mendapat diagnosa yang tepat dan berbincang dengan doktor, barulah seseorang wanita dapat mengagak hasil dari rawatan itu. Ini kerana faktor terbesar yang menyebabkan kegagalan rawatan kesuburan ialah bergantung kepada ‘betapa teruknya’ (severity) masalah kesuburan yang dihadapi.

Jika masalah itu disebabkan oleh masalah struktur, sebagai contoh mempunyai rahem yang berbelah atau rahem yang kecil, amat sukar bagi doktor merawatnya. Namun jika masalah kesuburan itu hanya disebabkan oleh masalah hormon yang tidak seimbang, suntikan hormon akan membantu.

Faktor kedua ialah faktor usia. Statistik menunjukkan kebarangkalian untuk hamil bertambah sukar pada setiap tahun apabila seseorang wanita mula memasuki umur 30 tahun.

Sebagai perbandingan, seramai 10% dari wanita berusia 20an mengalami masalah kesuburan, mana kala seramai 25% wanita yang berumur 30an pula mengalami masalah yang sama. Bagi wanita berusia 40an pula seramai 40%. Oleh itu agak sukar untuk merawat masalah ketidaksuburan di usia 40an.

Maka bersegeralah mendapat rawatan kesuburan jika menghadapi masalah kesuburan. Semakin meningkat usia seseorang wanita, semakin sukar untuk dirawat. Bukanlah mustahil untuk wanita yang berusia 40an untuk hamil, tetapi usaha ini memerlukan kesabaran dan doa yang berterusan.

Faktor ketiga ialah masalah ‘misdiagnosis’ ketika pemeriksaan dilakukan oleh doktor yang merawat. Saya selalu menasihatkan agar rawatan kesuburan harus dilakukan di pusat rawatan kesuburan yang diiktiraf, dan bukannya di klinik-klinik biasa.

Oleh itu berhati-hatilah apabila mencuba apa saja rawatan kesuburan. Saya mendapati ramai wanita yang mengadu mereka tidak berjaya menjalani rawatan ketidaksuburan ini kerana mereka hanya melakukannya di klinik-klinik biasa dan dirawat oleh doktor yang tidak berpengalaman.

Ramai juga doktor di klinik-klinik ini yang ‘mengambil mudah’ rawatan kesuburan dengan memberikan ubat subur clomid sebagai percubaan tanpa memanggil semula pesakit untuk dilakukan follow up. Rawatan secara “try and error’ ini adalah suatu yang tidak beretika dan akan mencederakan emosi pesakit kerana mereka akan hilang keyakinan terhadap rawatan yang diberikan doktor.

Saya pernah ditemui seorang wanita yang datang ke klinik seawal 2.00 pagi kerana sakit perut. Kesakitannya amat teruk dan tidak mendapat kelegaan walaupun disuntik dengan ubat penahan sakit.

Saya masih ingat wanita ini kerana beberapa minggu sebelum itu beliau ada meminta saya memberikannya ubat subur clomid. Saya menolak permintaannya kerana beliau tidak menjalani pemeriksaan yang lengkap.

Beliau berkata, beliau mahu mencuba ubat itu setelah mendengar ada seorang rakan telah berjaya hamil setelah mengambil ubat itu di salah satu klinik. Saya tidak melayan permintaannya malah menerangkan kesan sampingan ubat subur itu jika tidak diambil dengan cara yang betul dan tanpa di’monitor’ oleh doktor. Usaha saya hanya mendapat cebikan darinya.

Apabila wanita itu datang pada awal pagi itu dengan sakit perut yang kuat, saya terus mengagak beliau mengalami ‘ruptured ovarian cyst’ akibat mengambil ubat subur clomid tanpa ‘seliakawal’ (monitor) oleh doktor. Diagnosis saya disahkan oleh pakar gynaecologist yang menjalankan pembedahan segera (emergency) terhadap wanita ini melalui surat maklumbalas dari hospital pakar swasta yang saya rujukkan.

Saya mengharapkan agar wanita yang menghadapi masalah kesuburan agar mendapatkan rawatan yang lengkap di mana-mana pusat kesuburan yang diiktiraf. Jika tidak, ada kemungkinan doktor yang memeriksa tidak memberikan diagnosa yang tepat dan ‘terlepas pandang’ terhadap masalah yang kompleks dihadapi oleh seseorang wanita.

Sebagai contoh jika seorang wanita mempunyai masalah ketidakseimbangan hormon yang menjadi punca ketidaksuburannya. Ia dapat dikesan dengan pemeriksaan darah. Namun ada kalanya seorang wanita menghadapi lebih dari satu masalah, sebagai contoh mereka menghadapi masalah saluran fallopian tube yang tersumbat. Sedangkan masalah fallopian tube yang tersumbat hanya dapat dilakukan di hospital atau pusat rawatan kesuburan saja.

Maka jika doktor cuba merawat masalah ketidakseimbangan hormon sahaja, wanita itu tidak mungkin hamil. Ini kerana wanita itu tidak diberikan rawatan yang tepat akibat diagnosis yang tidak lengkap.

Oleh itu sekali lagi saya mencadangkan agar wanita yang sudah berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat selepas setahun mendirikan rumah tangga, agar cepat-cepat melakukan pemeriksaan. Paling baik jika ianya dilakukan di usia muda, iaitu 20an kerana kebarangkalian untuk hamil lebih tinggi.

Janganlah berputus harap dengan ujian Allah. Apabila telah berusaha semaksimanya, terimalah ketentuan takdir Allah hati yang redha.

Wallahu a’lam.

Klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal

Klik sini untuk menambahkan kualiti sperma di dalam air mani

Susunan : Dr Zubaidi bin Hj Ahmad (260611)

14 comments

  1. saya menjalani rawatan kesuburan ketika ingin mgandung kali pertama….alhamdulillah rezeki berpihak kpd saya. kini ank saya berusia 4 thn…
    saya ingin mgandung lg….adakah saya perlu menjalani rawatan tersebut setiap kali ingin ank yg seterusnya?

    • hi Ilyanie..
      salam..
      saya pun begitu juga.
      kini anak berumur 3thn.
      saya suda berkira2 utk menjalani rawatan kesuburan sekali lagi.

      hi Dr..
      apa komen Dr?

  2. salam doktor..saya 34 thn..sudah berkahwin selama 8 thn..masalah saya period yg tk teratur dan perlu mengambil ubat duphaton utk period. saya sudah melakukan Hsg 2x normal..clomid dan injection pun sudah saya cuba di hospital.doktor menyatakan telur saya tidak besar.adakan saya mandul..tolonglah dr saya begitu inginkan anak.

  3. Salmiah Binti Che Ani

    saya berumur 33thn dan sudah 4thn berumahtangga namun belum dikurniakan cahaya mata.berbagai2 cara perubatan talah saya jalani..cuma belum pernah berjumpa doktor pakar.saya menghadapi tekanan di tempat kerja dan tentang masalah mendapatkan zuriat.adakah stress boleh menyebabkn seseorang itu sukar hamil???

  4. salam doktor….
    sy berumur 28 thn dan sudah 2 thn berkahwin, tp masih lg belum dikurniakan cahaya mata. sekarang sy tgh menganbil clomid atas nasihat doktor dan dah masuk cycle yg terakhir. sy cuma nak tahu apakah suplement yg sesuai utk sy ambil untuk menggalakkan tahap kesuburan dan kesihatan badan.

  5. salam doktor…sy dh berkahwin setahun 2 bulan..pada bulan 12 2011 saya keguguran.. sehingga kini msh belum rezeki untuk mengandung..saya pernah buat rawatan di sebuah klinik pakar sakit puan..dn sy disahkan mengalami PCOS…adakah PCOS ini bahaya dan mengurangkan kesuburan…bagaimana untuk merawatnye… doktor x bg ape2 ubat sbb doktor minta selepas 6 bulan dr DNC bru dtg semula untuk ambil pil hormon.. tp sy msh blom berjumpa dktr lg…masalah sekarang haid sy sngat tidak teratur.

  6. salam doktor….saya sudah berumah tangga hanpir 3 tahun……dan masih belum pernah hamil,boleh doktor bagi tau rawatan 2 yang perlu saya lakukan dengan teratur

  7. assalamualaikum dr..
    dr blh tak seseorg wanita itu mngambil makanan tambahan spt asid folic tnpa melakukan pemeriksaan dr terlebih dahulu..

  8. Assalammualaikum dr,saya nak tanya dr berkenaan dengan masalah saya. ada tak rawatan selain pembedahan bagi orang yang salor falopiannya tersumbat. dan ada ke orang lahir dgn salor falopiannya sebelah. saya harap dr. dapat jawab soalan saya dgn menghantarnya ke email saya. terima kasih.

  9. Tq dr zzabidi seteelah 2 thn betungkus lumus buat rawatan kesuburan.kesabaran sy kian menipis.dan rasa putus asa menghampiri.memandangkan rawatan ini mengambil masa yg panjang di tambah pula suami yg bekerja sbg pelaut menyukarkan lg kead kami utk terus fokus kepada rawatan kesuburan.ditambah pula saya yg susah dtg period wpun doc pakar menguji darah n mendapati saya subur.artikel ini bagaimanapun membangkitkan kembali semangat saya utk meneruskan kembali rawatan kesuburan kami.tq.

  10. Radziah Wahab

    Slm
    Saya berumur 41 tahun ni. Saya mempunyai 4 org ank p’puan. Selama 2 thn saya mnjalani rwtn utk mengandung dgn Dr. Roopi(pakar sakit puan di Jln Ipoh) tetapi tidak brhasil. Semasa menjalani rawatan, saya diberi ubat clomid & ubat pencuci sebelum bersama. Sampaikan suami saya pun telah menjalani tahap kesuburannya. Kami didapati tidak mempunyai sebarang masalah tetapi saya masih belum mengandung lagi. Anak saya yg ke4 pun dah 5 tahun. Apa yg perlu saya buat? Period saya teratur

  11. Hamizah begum Mohd Hussein

    Assalamualaikum..saya berumahtangga pada bulan 11 tahun lepas,tetapi saya tak datang bulan selama setahun.saya mula perasan ketidak Hadiran period selepas saya menjalani pembedahan appendiks. Selepas Nikah saya sering sakit perut sebelah kanan.. Saya Ingin jalankan ujian kesuburan Dan saya Ingin menjalaninya di klinik puan. Saya Harap puan dapat memberitahu kos bagi ujian kesuburan Dan di mana klinik puan Serta bila masa yang sesuai untuk menjalaninya..Umur saya 30 tahun.. Saya berharap puan boleh membantu saya..puan boleh hubungi saya di talian 017-6931060..saya Ingin membuat ujian tersebut dengan segera.. Assalamualaikum..

    • Assalamualaikum..saya berumahtangga pada bulan 11 tahun lepas,tetapi saya tak datang bulan selama setahun.saya mula perasan ketidak Hadiran period selepas saya menjalani pembedahan appendiks. Selepas Nikah saya sering sakit perut sebelah kanan.. Saya Ingin jalankan ujian kesuburan Dan saya Ingin menjalaninya di klinik puan. Saya Harap puan dapat memberitahu kos bagi ujian kesuburan Dan di mana klinik puan Serta bila masa yang sesuai untuk menjalaninya..Umur saya 30 tahun.. Saya berharap puan boleh membantu saya..puan boleh hubungi saya di talian 017-6931060..saya Ingin membuat ujian tersebut dengan segera.. Assalamualaikum..

      Wa alaikum mus salam.. saya mencadangkan puan berjumpa dengan Dr Hamid Arshat di 75M plaza Damansara, Bukit Damansara., 50490 Kuala Lumpur, Malaysia. Semoga ALLAH permudahkan usaha puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top