Advertorial

Mengapa Prosedur IUI Kadangkala Tidak Berjaya

Pengalaman saya bekerja di Jabatan Gynaecology dan Obstetric di sebuah hospital awam di selatan tanah air membantu saya memahami perasaan ramai wanita yang menjadi pesakit untuk mendapatkan rawatan kesuburan.

Saya tidak pasti sama ada masalah ini telah diselesaikan dengan baik atau tidak. Namun lima tahun dahulu ketika saya bekerja di sana, masalah komunikasi antara doktor yang merawat dan pesakit amat lemah.

Pesakit yang amat berharap agar doktor dapat membantu mereka memahami mengapa mereka masih belum dikurniakan anak, dilihat dengan pandangan sepi terhadap tuntutan emosi mereka.

Jadi tidak hairanlah jika ramai di antara mereka yang berputus asa dari mendapat rawatan selanjutnya dari hospital awam. Saya mengharapkan banyak perubahan positif yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, supaya masalah ini dapat diatasi.

Saya menerima pertanyaan yang hampir sama. Cuba lihat email yang diberikan kepada saya.

“Assalamualaikum Dr, terlebih dahulu biar saya mengucapkan ribuan terima kasih atas lahirnya satu website kesihatan yang amat2 berguna untuk pembaca, lebih lagi pembaca seperti saya yang berhadapan dengan masalah untuk hamil.

Saya berumur 35 thn, berkahwin dua tahun yang lepas, mempunyai regular period (28-32 days dan tak pernah miss, hanya 4-5 kali sahaja sejak akil baligh period datang lewat 3 minggu).

Saya telah mencuba IUI di sebuah pusat kesuburan di salah sebuah hospital swasta tepapi tidak berhasil dan tak mahu meneruskan untuk kali kedua. Sebabnya, saya tidak mendapat penjelasan mengenai IUI.

Walau bagaimana pun, pakar di sana mendapati saya mempunyai ‘rahem posisi terbalek’. Setakat ini saya sedang menunggu appointment untuk buat HSG di hospital awam di Putrajaya. Saya terima dugaan ini seadanya walaupun ada kalanya saya sangat tertekan”

Wanita yang redha, Selangor.

 

Saya amat simpati dengan dugaan hidup yang dihadapinya. Bersabarlah dan banyaklah berdoa kepada Allah. Saya sentiasa mendoakan Allah memberikan penyelesaian yang terbaik buat beliau.

Prosedur IUI bermaksud ‘Intra Uterine Insemination’, satu prosedur di mana sperma suami dimasukkan terus ke dalam rahim isteri oleh doktor dengan harapan persenyawaan berlaku dengan mudah dan menyebabkan kehamilan.

Prosedur ini sangat ringkas dan tidak mengambil masa yang lama. Air mani boleh dikumpulkan di klinik dan diisi ke dalam botol selepas ejakulasi. Air mani ini diproses menggunakan kaedah centrifuge bagi memilih sperma yang terbaik. Satu picagari yang mempunyai hujung yang panjang berbentuk tiub yang mengandungi sperma dimasukkan ke dalam rahim melalui cervix.

Prosedur memasukkan sperma dilakukan selepas suntikan hormon bagi menyebabkan berlaku ovulasi. Oleh itu memilih masa yang tepat adalah perkara yang penting.

Dalam prosedur IUI, sperma yang telah dipilih, akan disuntik ke dalam rahem. Doktor akan menggunakan picagari yang mempunyai hujung yang panjang akan dimasukkan ke dalam rahem melalui pembukan pangkal rahem (cervix).

Namun adakalanya prosedur ini tidak berjaya atas beberapa sebab, antaranya apabila rahem dikatakan mempunyai ‘posisi terbalik’.

Selalunya rahem mempunyai posisi anteverted di mana posisinya membengkok ke hadapan menghadap pundi kencing. Dalam ‘posisi terbalek’ (atau disebut retroverted) rahem membengkok ke arah belakang.

Oleh itu kadangkala doktor mengalami kesukaran untuk memasukkan hujung picagari ke dalam rahem. Ini menyebabkan sperma yang disuntik tidak berada dekat dengan fallopian tube.

Bagi mengatasi masalah ini doktor menggunakan alat ‘tenaculum’ bagi menarik pangkal rahem bagi meluruskan sudut antara rahem dan pangkal rahem (cervix). Menggunakan bantuan ultrasound bagi melihat rahem ketika hujung picagari di masukkan ke dalam rahem juga dapat membantu doktor memastikan hujung picagari dimasukkan ke tempat yang betul.

Selain itu ada banyak faktor yang menyebabkan kaedah IUI tidak berjaya. Secara kasar, kadar kejayaan untuk satu kali cuba adalah diantara 15-20%. Jika prosedur IUI tanpa suntikan hormon, kadar kejayaan yang kecil adalah 6% berbanding dengan kejayaan mengunakan suntikan hormon (untuk merangsangkan ovulasi) iaitu 20%.

Faktor-faktor lain ialah

  1. umur wanita itu, semakin bertambah umur, semakin berkurang kesuburannya terutama apabila telah mencapai 35 tahun.
  2. sama ada wanita itu masih mengalami fungsi ovari yang normal dan tidak mempunyai masalah ketidak seimbangan hormon,
  3. terdapat sumbatan pada fallopian tube,
  4. masalah lekatan pada organ pelvic (pelvic adhesion)
  5. masalah air mani suami.

Sperma yang kurang kualiti memberikan kadar kehamilan yang lebih rendah. Faktor bilangan sperma yang aktif adalah sangat penting.

Ini dapat dikesan ketika pemeriksaan air mani suami.

Saya ada menulis mengenainya di http://drzubaidi.com/blog/?p=1877

Oleh itu kadangkala doktor tidak melakukan prosedur ini untuk kali kedua kerana banyak kajian mendapati kebarangkalian untuk wanita hamil untuk kali kedua sangat tidak significant. Namun tidak salah bagi melakukan prosedur ini sebanyak 2-3 kali.

Sekiranya kehamilan masih tidak berjaya, mungkin doktor akan menyarankan prosedur IVF yang lebih kompleks dan mahal.

Wallahu a’lam

 

Klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal

Klik sini untuk menambahkan kualiti sperma di dalam air mani

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (201011)

8 comments

  1. Salam Doktor,
    Saya ada satu masalah mengenai anak saya,dan berharap doktor dapat membantunya.Bermula dari 16 Oct 2011 anak saya berusia 9 bulan telah mengalami demam. dan sembuh keesokkan harinya.tetapi yg menjadi masalahnya sekarang,anak saya kerap menangis sambil menahan sakit diperutnya serta tidak mahu menyusu.dan semalam 19 Oct 2011 saya telah membawanya ke klinik dan doktor tersebut telah membekalkan vitamin dan ubat cacing.

    adakah ia disebabkan oleh cacing?

  2. salam dr. Sy nk tanya rahim terbalik/ke belakang adakah menyukarkan atau menyebabkan potensi utk hamil itu susah? dan apakah kaedah lain selain IUI utk mengatasinya?

  3. salam. dr, sy berminat dgn tulisan dr yg byk beri info berguna kepada kami sbg pesakit. dr, masalah komunikasi antara doktor dgn pesakit yg doktor ceritakan 5 tahun dulu..masih lagi sama. sy salah seorg pesakit pcos, berulang ke gynea hampir 2 tahun..usia makin lanjut..memang benar mereka tidak faham perasaan pesakit..kdg2 apa yg kita dpt dr doktor selepas keluar bilik ialah rasa kecewa dan sakit hati.. bg mereka masalah pesakit bukan masalah mereka. tq doktor..tulisan doktor dpt memberi sedikit semangat buat sy. kdg2 rasa ingin buat aduan juga kerana doktor sekarang kurang merawat dari hatinya berbanding doktor2 dulu..

  4. salam Dr,

    Sy kahwin 3 thn dan 3 kali keguguran. Yg ketiga baru2 ini. Masalah yg ke dua dan ke tiga melalui rawatan kesuburan, pil clomid dan injection hormon untuk memecah telur. Untuk mengandung kali ke-3 kami plan nk buat iui dan telah membuat temujanji dgn doc Pakar OnG. Kandungan pertama kami terjadi secara normal selepas kami nikah (bunting pelamin) tp berlaku atas kesilapan kami, angkat berat. Knadungan jejak 3 bulan. DnC dijalankan di sebuah hospital awam di selatan tanah air. Tapi sy rasa DnC di swasta dan kerajaan amat berbeza. Di swasta memang kita bersama dgn doc Pakar OnG dan nurse yg berpengalaman.
    Berbalik pada IUI, doc sarankan buat IUI kerana 2 kali cubaan secara injection tak berjaya. jadi kami bersepakat buat IUI, tapi apa yg berlaku ketika sperma nk kuarkan, sedikit je yg keluar. Suami sy tak boleh kuarkan sperma dan masukkan ke dlm botol tu. So, nurse suruh balik dan campur sendiri. Alhamdulilah, IUI x jadi saya mengandung, tp x tahan lama sb keguguran lg.
    Sy sebenarnya takut untuk melalui IUI,walaupun org kata x sakit, tp sy dpt bayangkan sakitnya mcm mana. Hehehe…Semoga cptlah dpt peganti yg ke 4 ini, slmt mengandung dan bawa balik baby yg sihat (pinjam kata Doc Pakar OnG sy) hehe…

  5. Puan Emi,
    Pada saya kalo kita pergi kerajaan memang macam tu. Doc tak memahami perasaan kita.
    Pada saya baik pergi swasta dari kerajaan sebab Doc Pakar OnG kita face to face dan kita kerap berjumpa dengan dia. Hampir sebulan dua kali.Cuma kita kena beritahu masalah kita pada dia, apa yg berlaku pada kita dan lain. Memang tak dinafikan kadang2 doc macam tak memahami perasaan kita ni. Dan cakap banyak2. Sy sendiri penah menangis depan doc pakar OnG sy ni masa keguguran baru ini, tak tahan rasanya. Mungkin Doc tu rasa dia salah ckp, dia pujuk2 sy mcm sy lak isteri dia.Dan saya juga pernah keluar je tanpa mengucap salam dengan doc sepeti biasa, dan menghempas pintu. Doc dan suami terpinga2 melihat sy. Bukan sengaja memberontak tapi malas. tapi sy pergi juga dengan doc tu sebab doc tu je senang nk berkomunikasi cuma kita kena pandai tackle dia. Mungkin sb sy da hanpir dua tahun ulang alik tu sebab dia memahami perasaan sy. Ayat dia, awak masih muda lagi. Dan kita bukan nk mengandung, tp nk bawa balik baby. 3 bulan lagi jumpa dia kembali.

  6. boleh sy tahu, berapa kos rawatan ini..

  7. Hai Dr,

    Saya kawin dah hampir 3tahun,kali ni,sy cuba utk buat iui,tapi suami saya punya sperm tak cukup,dalam 1-3 mil saja,
    ada ubat tak utk tambah sperm @ ada cara lain….
    lagi suami kaki rokok??????????????

    • Hai Dr, Saya kawin dah hampir 3tahun,kali ni,sy cuba utk buat iui,tapi suami saya punya sperm tak cukup,dalam 1-3 mil saja, ada ubat tak utk tambah sperm @ ada cara lain….lagi suami kaki rokok??????????????

      Dr Zubaidi: Puan boleh mencuba proxeed, dan membaca manfaatnya di http://drzubaidi.com/blog/?p=3949.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top