Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » MENGAPA MENGANTUK SELEPAS MAKAN?

MENGAPA MENGANTUK SELEPAS MAKAN?

MENGAPA MENGANTUK SELEPAS MAKAN?

 

 

Hormon melatonin adalah hormon yang menyebabkan kita berasa mengantuk dan hormon serotonin menyebabkan kita berasa tenang. Kedua-dua hormon ini penting untuk memulakan rasa mengantuk untuk tidur.

Ada beberapa makanan yang merangsangkan penghasilan hormon-hormon ini.

Jadi kita rasa lebih mengantuk jika makanan di makan pada waktu tengah hari.

Setengah individu mungkin berasa sedikit mengantuk. Manakala setengah individu yang lain mungkin memerlukan tidur sebentar kerana terlalu mengantuk.

1. NASI PUTIH

Nasi putih adalah karbohidrat yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi. Ini bermakna penyerapan gula dengan cepat dan merangsangkan pengeluaran insulin dengan banyak. Kedua-dua gula dan insulin merangsangkan penggunaan asid amino tryptophan untuk menghasilkan hormon melatonin.

2. SUSU DAN PRODUK SUSU

Susu mengandungi mineral kalsium dan gula yang merangsangkan kalsium menukarkan tryptophan kepada melatonin.

3. IKAN

Beberapa jenis ikan seperti tuna, salmon, sardin, tongkol, cencaru, bawal dan keli mempunyai vitamin B6, yang merangsangkan pengeluaran hormon melatonin.

4. BUAH PISANG

Pisang kaya dengan tryptophan dan magnesium yang menyebabkan kita tidur dengan lebih lena kerana membantu penghasilan hormon serotonin dan melatonin.

5. KACANG

Kacang seperti kacang walnut, kacang tanah, kacang hazelnut, dan kacang gajus, kaya dengan magnesium dan tryptophan, jadi merangsangkan pengeluaran serotonin dan melatonin.

6. DAGING AYAM

Daging ayam mempunyai asid amino tryptophan yang tinggi. Jadi ia penghasilan hormon serotonin dan melatonin.

7. BIJIRAN PENUH

Makanan bijirin penuh seperti barli, oats, beras perang, beras rebus, roti mil penuh, pasta mil penuh dan biskut mil penuh juga menggalakkan metabolisme tryptophan untuk menghasilkan melatonin. Ia juga mempunyai magnesium bagi memberikan tidur yang lena.

8. BAYAM

Bayam kaya dengan kalsium dan vitamin B6 yang membantu penghasilan melatonin.

9. BUAH KIWI

Buah kiwi juga dapat menghasilkan hormon serotonin. Memakan buah kiwi sebelum tidur dapat membantu kita untuk tidur, mendapat tempoh tidur yang lebih lama dan kualiti tidur yang baik.

10. BUAH CERI

Buah ceri kaya dengan vitamin B6 dan magnesium. Ia membantu penghasilan hormon melatonin.

Jadi pilihlah makanan yang terdapat nutrien kalsium, kalium, magnesium, tryptophan, dan vitamin B6 mampu memberikan rasa mengantuk dan tidur yang berkualiti pada waktu malam. Dan kurangkan pengambilannya (terutama nasi putih) di waktu siang.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: