Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

 

 

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran.

Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids.

Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil?

 

Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Jangan berputus asa mencari kesembuhan kerana ia sebahagian dari tawakal.

 

Kitaran haids akan berhenti apabila sesorang wanita mula hamil. Selepas melahirkan anak atau mengalami keguguran, kitaran haids yang normal tidak datang serta merta.

 

Mereka akan mengalami fasa pendarahan nifas selama 40 hingga 60 hari. Dalam waktu ini rahem akan mengecut dan kembali kepada saiz yang normal. Pada minggu pertama pendarahan nifas agak banyak, dan semakin berkurangan apabila memasuki minggu kedua setelah melahirkan. Pada minggu terakhir ia akan menjadi kekuningan dan menjadi sedikit sebelum darah nifas berhenti.

 

Apabila berhenti, menjadi kewajiban muslimah untuk mengerjakan solat dan puasa.

 

Namun kitaran haids tidak akan datang segera pada bulan berikutnya. Wanita yang tidak menyusukan anaknya akan kedatangan haids selepas tujuh hingga sembilan minggu. Sementara wanita yang menyusukan bayi mereka akan mengalami kedatangan lebih lewat antara enam hingga setahun.

 

 

Perkara yang sama berlaku pada wanita yang keguguran. Mereka mungkin  akan mengalami pendarahan nifas yang mungkin lebih pendek, bergantung umur kehamilan sebelum keguguran. Maknanya jika mereka keguguran di awal kehamilan, maka tempuh pendarahan itu mungkin lebih pendek.

 

 

Untuk beberapa kitaran haids yang awal, wanita yang melahirkan anak atau keguguran akan mendapati bahawa kitaran haids mereka tidak kembali seperti biasa. Bilangan hari dan kuantiti darah haids yang keluar mungkin tidak sama seperti kitaran haids sebelum mereka hamil.

 

Untuk mendapat kitaran haids yang normal seperti kitaran haids sebelum hamil, akan mengambil masa yang lebih lama kerana wanita-wanita sedang mengalami perubahan hormone dan tubuh mereka sedang mengatur semula ketidakseimbangan ini. Namun ini semua bergantung pada individu.

 

 

Jadi jika darah haids yang keluar sama ada terlalu sedikit, terlalu banyak, hanya beberapa hari atau berpanjangan sehingga melebihi 15 hari adalah menjadi kebiasaan pada beberapa bulan selepas keguguran atau melahirkan anak.

 

 

Namun begitu jika keadaan ini berulang selama enam bulan selepas keguguran atau melahirkan anak, saya nasihatkan agar berjumpa dengan doctor pakar supaya dapat diperiksa punca sebenar masalah ini.

 

 

Selalunya doktor akan memberikan ubat hormon tambahan bagi membantu wanita seperti ini mendapat semula kitaran haids mereka yang normal. Ubat yang selalu diberikan berbentuk pil pencegah kehamilan yang mengandungi kandungan hormone yang rendah. Bagi wanita yang menyusukan anak, pengambilan pil ini haruslah mendapat nasihat doktor dahulu.

 

 

Kitaran haids yang tidak menentu seperti ini bukanlah suatu yang berbahaya, walau pun mungkin agak mengecewakan. Nasihat saya jika kitaran haids tidak normal selepas enam bulan melahirkan anak atau keguguran, berjumpalah dengan doctor untuk pemeriksaan.

 

 

Wallahu a’lam.

 

 

 

 

  9 comments for “Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

  1. Siti
    21/10/2012 at 7:18 pm

    Assalamualaikum wbt doc, saya turut mengalami kitaran haid yg tidak teratur. Maksud sy
    Disini ialah, jumlah kitaran menstrual sy sgt tidak menentu.. Ada tikanya
    37,35,27 hari.. Sy sedang berusaha utk hamil lagi, bagaimana utk sy kira
    Hari yg berlaku ovulasi?

  2. Ain
    09/12/2012 at 3:38 pm

    Assalamualaikum doc.. sy inginkan kepastian berkenaan kitaran haid dan waktu subur..

    bulan lps iaitu pada 06/11/12 sy telah keguguran semasa kandungan berumur 12 minggu.. sy mendapatkan rawatan di hosp sg.buloh dan tidak melakukan d&c oleh kerana keseluruhan janin telah keluar dgn sendiri.. slps itu sy berpantang spt biasa dan darah nifas keluar selama 14 hari..

    baru2 ini sy didatangi haid iaitu pd 05/12/12, tapi jumlah hari kedatangan haid ni cuma 3 hari shj iaitu darah haid berhenti keluar 07/12/12 pd waktu mlm.. jadi sy keliru di sini utk menentukan bilakah hari subur sy sblm dtg haid yg seterusnya kerana sy terlalu inginkan anak memandangkan sy telah 2 tahun berkahwin.. ada tak cara utk sy tentukan waktu subur sy memandangkn sy tak pasti kitaran haid sy slps ini berapa hari? adakah berisiko tinggi sekiranya sy hamil slps ini berikutan sy baru shj keguguran pd bln lepas? mohon penjelasan dari doc.. terima kasih byk2..

    • 09/12/2012 at 3:43 pm

      “Assalamualaikum doc.. sy inginkan kepastian berkenaan kitaran haid dan waktu subur.. bulan lps iaitu pada 06/11/12 sy telah keguguran semasa kandungan berumur 12 minggu.. sy mendapatkan rawatan di hosp sg.buloh dan tidak melakukan d&c oleh kerana keseluruhan janin telah keluar dgn sendiri.. slps itu sy berpantang spt biasa dan darah nifas keluar selama 14 hari.. baru2 ini sy didatangi haid iaitu pd 05/12/12, tapi jumlah hari kedatangan haid ni cuma 3 hari shj iaitu darah haid berhenti keluar 07/12/12 pd waktu mlm.. jadi sy keliru di sini utk menentukan bilakah hari subur sy sblm dtg haid yg seterusnya kerana sy terlalu inginkan anak memandangkan sy telah 2 tahun berkahwin.. ada tak cara utk sy tentukan waktu subur sy memandangkn sy tak pasti kitaran haid sy slps ini berapa hari? adakah berisiko tinggi sekiranya sy hamil slps ini berikutan sy baru shj keguguran pd bln lepas? mohon penjelasan dari doc.. terima kasih byk2.. “

      Dr Zubaidi: Untuk mengira hari subur, kitaran puan haruslah dalam keadaan yang teratur. Dalam pada masa sama, puan juga boleh hamil apabila puan telah mengalami kitaran haid walaupun tidak teratur.

  3. siti
    10/12/2012 at 4:55 pm

    as salam dr..saya br lepas berhennti mengambil pil hormon setelah mengambilnya selama setahun setengah dan kini berusaha untuk hamil anak ketiga..sejak berhenti mengambil pil hormon tersebut,kitaran haid saya menjadi tidak menentu..adakah ini suatu yang normal?

    • 11/12/2012 at 1:37 pm

      “as salam dr..saya br lepas berhennti mengambil pil hormon setelah mengambilnya selama setahun setengah dan kini berusaha untuk hamil anak ketiga..sejak berhenti mengambil pil hormon tersebut,kitaran haid saya menjadi tidak menentu..adakah ini suatu yang normal?”

      Dr Zubaidi: puan telah mengambil pil hormon terlalu lama, dan telah menyebabkan kebergantungan puan terhadap pil hormon sintetik itu. Saya mencadangkan puan mengamlakan kacip fatimah sebagai alternatif.

  4. Farra
    16/02/2013 at 4:17 pm

    Dr, sy telah melakukan d&c pd 24/12/12 ketika kndungan berusia 8 minggu setelah discan & mendapati jantung telah tiada lg, setelah d&c, darah nifas keluar selama 2 hari shj.Dr menyatakan yg sy akn haid dlm ms 3-6 minggu tetapi sehingga hr ini sy masih belum haid. Sy yakin sy tdk mengandung kerana dr menasihatkn tidak hamil selama 3 bln. Adakah ianya sesuatu yg normal kerana rata2 mereka yg keguguran akan haid selepas sebulan. Mohon penjelasan dr.

    • 18/02/2013 at 7:09 pm

      Dr, sy telah melakukan d&c pd 24/12/12 ketika kndungan berusia 8 minggu setelah discan & mendapati jantung telah tiada lg, setelah d&c, darah nifas keluar selama 2 hari shj.Dr menyatakan yg sy akn haid dlm ms 3-6 minggu tetapi sehingga hr ini sy masih belum haid. Sy yakin sy tdk mengandung kerana dr menasihatkn tidak hamil selama 3 bln. Adakah ianya sesuatu yg normal kerana rata2 mereka yg keguguran akan haid selepas sebulan. Mohon penjelasan dr.

      Dr zubaidi: Apabila seorang wanita mengalami keguguran, berlaku kecederaan pada rahem beliau. Jika dilakukan D&C maka berlakulah kecederaan berganda. Apabila seorang wanita hamil dan secara tiba-tiba berlaku keguguran, berlaku ketidakseimbangan hormon. Ini menyebabkan puan datang haid.

  5. MustArd
    19/02/2013 at 12:34 am

    Assalammualaikum Dr. Zubaidi, Setahun yang lalu saya telah menjalani pembedahan membuang fibroid secara laser dan doc pakar tersebut memberikan saya suntikan sebanyak dua kali untuk tidak datang period (mengikut kata doc tu, darah haid adalah sumber makanan fibroid untuk terbentuk semula,maaf jika saya salah faham). Masalahnya sekarang, saya masih tidak didatangi haid setelah lebih 6 bulan dan bulan 5/2013 akan genap setahun saya tidak datang haid. Saya ada membuat pemeriksaan semula dan doc cakap lapisan darah haid tu sudah ada tapi badan saya tidak produce enough hormon (saya tak berapa pasti atau faham tentang nie) untuk trigger haid tu untuk keluar. Doc sarankan saya jalankan rawatan, tapi saya cakap nak tengok dulu (mungkin sebab kesan suntikan tu belum habis) kerana sebelum membuat pembedahan, kitaran haid saya sangat konsisten dari zaman anak dara lagi. Buant pengeahuan Dr, saya baru setahun berkahwin. Harap Dr. dapat memberikan sedikit pendapat tentang ni dan syorkan apa yang patut saya lakukan? Terima kasih Dr. Assalammualaikum =)

    • 19/02/2013 at 9:43 am

      Assalammualaikum Dr. Zubaidi, Setahun yang lalu saya telah menjalani pembedahan membuang fibroid secara laser dan doc pakar tersebut memberikan saya suntikan sebanyak dua kali untuk tidak datang period (mengikut kata doc tu, darah haid adalah sumber makanan fibroid untuk terbentuk semula,maaf jika saya salah faham).

      Masalahnya sekarang, saya masih tidak didatangi haid setelah lebih 6 bulan dan bulan 5/2013 akan genap setahun saya tidak datang haid. Saya ada membuat pemeriksaan semula dan doc cakap lapisan darah haid tu sudah ada tapi badan saya tidak produce enough hormon (saya tak berapa pasti atau faham tentang nie) untuk trigger haid tu untuk keluar.

      Doc sarankan saya jalankan rawatan, tapi saya cakap nak tengok dulu (mungkin sebab kesan suntikan tu belum habis) kerana sebelum membuat pembedahan, kitaran haid saya sangat konsisten dari zaman anak dara lagi.

      Buat pengetahuan Dr, saya baru setahun berkahwin. Harap Dr. dapat memberikan sedikit pendapat tentang ni dan syorkan apa yang patut saya lakukan? Terima kasih Dr.

      Wa alaikum mus salam

      Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah puan.
      Menurut email puan, puan mengalami masalah fibroid dan telah dibuang melalaui pembedahan. Untuk pengetahuan puan fibroid boleh berulang dan membesar. Fibroid juga akan mengganggu kesuburan. Wanita yang mempunyai fibroid apabila hamil, mempunyai risiko besar untuk keguguran di awal kehamilan. Bagi masalah fibroid puan, doctor di hospital telah memberikan suntikan hormone yang menyebabkan puan tidak mengalami haid. Walaupun ia bertujuan untuk merawat fibroid, suntikan itu telah membuatkan puan tidak subur. Dalam beberapa kes, pesakit yang menjalani rawatan untuk fibroid mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur sepanjang hayat.
      Saya selalu mencadangkan kepada pesakit saya agar tidak menggunakan pil-pil hormone ini dulu dan mencuba ekstrak KACIP FATIMAH, kerana pil-pil hormone selalunya memberikan kesan sampingan yang serius jika diambil secara berpanjangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *