Advertorial
Home » Doktor Menjawab » mengapa demam ketika hamil berbahaya

mengapa demam ketika hamil berbahaya

MENGAPA DEMAM KETIKA HAMIL BERBAHAYA?

 

pregnant fever 3

“Salam doktor. Adakah demam ketika hamil berbahaya kepada bayi dalam rahem. Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Di awal kehamilan, demam yang rendah(kurang dari 103 darjah Fahrenheit atau 38.6 darjah Celcius) mungkin tidak menjadi masalah.

Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Ia bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman.

Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan akhirnya menyebabkan kecacatan janin dalam rahem atau mungkin keguguran.

Walau bagaimana pun pada di akhir kehamilan apabila bayi dalam rahem telah terbentuk sepenuhnya, maka demam tidaklah menjadi satu isu yang besar, kecuali demam itu beserta dengan tanda-tanda lain seperti ruam, keluar darah atau lendiran busuk dari faraj, yang mungkin menandakan ada jangkitan dalam rahem.

wallahua a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!