Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Mengapa Anak Saudara Saya Dimasukkan ke Wad Neonatal Unit Hanya sebentar Saja?

Mengapa Anak Saudara Saya Dimasukkan ke Wad Neonatal Unit Hanya sebentar Saja?

 

NICU

 

“Salam doctor. Baru-baru ini anak saudara saya telah dilahirkan pramatang 32 minggu. Bayi yang dilahirkan hanya 2.5kg. Yang menjadi kemusykilan saya ialah kenapa anak saudara saya itu hanya dimasukkan ke wad neonatal unit hanya beberapa hari saja. Boleh mendapat penjelasan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Neonatal Unit (NNU) yang disediakan oleh hospital menyediakan sekumpulan pakar yang terlatih bertugas secara 24 jam bagi menjaga bayi baru dilahirkan yang mengalami komplikasi kelahiran atau mengalami penyakit sejak dalam rahem atau dilahirkan secara pramatang.

 

Mereka yang terlibat dalam penjagaan NNU ini ialah:

 

  1. Jururawat yang terlatih dalam penjagaan bayi neonate.
  2. Jururawat kanan yang mengendalikan urusan NNU yang dipanggil ‘siater’ yang bertindak sebagai pengurus NNU.
  3. Doktor perunding pakar kanak-kanak (Neonatologist), yang mengetuai penjagaan bayi neonatal.
  4. Doktor pakar yang lain , seperti pakar bedah.
  5. Doktor-doktor bukan pakar sama ada senior atau junior.
  6. Pakar fisioterapi untuk membantu perkembangan bayi neonate.
  7. Juru x-ray.
  8. Pakar pemakanan yang memberi nasihat mengenai pemakanan bayi.
  9. Ahli farmasi.
  10. Jururawat biasa yang membantu jururawat terlatih dalam neonates.

 

Kebanyakan hospital mempunyai dasar yang membenarkan lawatan 24 jam sehari untuk ibu bapa untuk melawat bayi-bayi mereka.

 

Terdapat beberapa tahap penjagaan yang ada dalam unit neonatal ini, bergantung kepada keperluan bayi tersebut.

 

  1. Neonatal Intensive Care Unit (NICU) untuk bayi yang mengalami masalah yang serius.
  2. High-Dependency Care Unit (HDCU), untuk bayi yang tidak perlu berada dalam NICU tetapi yang masih memerlukan rawatan yang kompleks.
  3. Special Care Unit (SCU), untuk bayi yang dilahirkan secara pra-matang atau bayi yang mengalami masalah yang kurang serius atau untuk bayi yang lebih sihat selepas mendapat rawatan di NICU atau di SCU.

 

Ada juga bayi yang dirawat secara sementara di incubator untuk pemerhatian sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

 

Tidak semua hospital mempunyai unit neonatal yang lengkap. Oleh itu ada kalanya bayi yang difikirkan perlu mendapat rawatan yang lebih rapi terpaksa dipindahkan ke hospital lain yang mempunyai unit penjagaan yang lebih rapi.

 

Dalam kes anak saudara puan, mungkin keadaan kesihatan dia yang tidak serius dan hanya memerlukan pemerhatian bagi menentukan dia tidak mengalami masalah apabila berada di rumah.

 

WALLAHU A’LAM

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: