Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Mengalami sakit kepala, loya, pedih hulu hati, sakit perut dan berat badan menyusut dalam masa 2 minggu

Mengalami sakit kepala, loya, pedih hulu hati, sakit perut dan berat badan menyusut dalam masa 2 minggu

MENGALAMI SAKIT KEPALA, LOYA, PEDIH HULU HATI,  SAKIT PERUT DAN BERAT BADAN MENYUSUT 2 KG DALAM MASA 2 MINGGU

 

weight loss

 

“Assalammualaikum Dr.  Saya ingin bertanya kepada doctor, isteri saya baru sahaja mengalami haid pada 28.12.2014.  Pada 09.01.2015 sehingga la kini dia mengalami loya, sakit kepala, pedih hulu hati dan sakit perut  seperti mahu haid.  Sejak 09.01.2015 dia kurang selera makan dan kini beratnya turun sebanyak 2kg.  Pada 14.01.2015 dia beritahu saya ada keputihan berlaku.  Dalam keadaan dan situasi ini,apa sedang berlaku terhadap isteri saya.  Saya mohon Dr dapat membantu.  Maklum balas dari doctor  saya dahului dgn jutaan terima kasih. “

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Terlalu sukar saya memberikan pandangan mengenai masalah yang isteri saudara hadapi.  Banyak info yang saya perlu ketahui sebelum saya membuat sebarang komen.

 

Gejala yang beliau hadapi seperti  mengalami loya, sakit kepala, pedih hulu hati dan sakit perut  seperti mahu haid, adalah tanda-tanda yang terlalu umu, di mana ia boleh disebabkan oleh banyak masalah kesihatan atau penyakit.

 

Namun apa yang menarik perhatian saya, bahawa isteri saudara mengalami masalah kehilangan berat badan yang agak ketara dalam masa yang singkat.

 

Kehilangan berat badan tanpa sebab, atau tanpa mengamalkan apa-apa diet secara banyak dan ketara dalam masa yang pendek boleh disebabkan pelbagai penyakit yang serius

 

Penurunan berat badan  melebihi 10 peratus daripada berat badan yang biasa dalam tempoh sebulan, adalah suatu yang membimbangkan.

 

Sebagai contoh, 10 peratus penurunan berat badan dalam seseorang yang adalah 100 kilogram adalah 10 kilogram dalam masa sebulan.

 

Penurunan berat badan dipengaruhi oleh pengambilan kalori dalam pemakanan, tahap aktiviti, kesihatan secara keseluruhan, umur, kadar penyerapan nutrient ketika makan, dan faktor-faktor ekonomi dan sosial.

 

Apa yang sangat membimbangkan, selalu penurunan yang mendadak disebabkan oleh penyakit kanser yang boleh berlaku pada mana-mana bahagian dalam tubuh kita.

 

Oleh itu pemeriksaan doctor amatlah perlu, bagi menyaring seseorang yang mengalami masalah penurunan berat badan yang mendadak ini , agar rawatan terhadap penyakit yang tersembunyi dapat diberikan dengan cepat dan sempurna.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: