Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » MENAMBAH PENGAMBILAN PROTEIN DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

MENAMBAH PENGAMBILAN PROTEIN DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

MENAMBAH PENGAMBILAN PROTEIN DAPAT MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Protein adalah makronutrien yang penting untuk kesihatan tubuh. Dalam kajian yang dilakukan, ia membantu kita berasa kenyang dengan lebih lama dan ini membantu mengurangkan berat badan.

Dalam kajian yang diterbitkan jurnal Frontiers in Endocrinology, diet yang tinggi protein menyebabkan kita rasa kenyang lebih lama, memberikan lebih banyak tenaga, meningkatkan pembinaan otot dan mengekalkan berat badan yang lebih lama.

Dalam kajian lain yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, menunjukkan jumlah kalori yang sama tetapi dari sumber yang berbeza dapat memberikan tindakbalas menghasilkan tenaga yang berbeza.

Maksudnya kita kurangkan pengambilan kalori dari karbohidrat tetapi mengekalkan tahap kalori dengan meningkatkan pengambilan protein. Dengan ini tubuh tidak menyimpan lebihan tenaga sebagai lemak.

Pengambilan protein yang dicadangkan adalah 1.8-2.9 gm dalam setiap kg berat tubuh.

Selalunya kita dicadangkan mengambil 0.8 gm protein dalam setiap kg berat tubuh. Untuk yang rajin bersenam, dicadangkan mengambil 1.2-1.7 gm/kg berat badan.

Oleh itu saya mencadangkan agar kita menggantikan makanan berproses dan karbohidrat berlebihan dengan makanan yang kaya dengan protein.

Cuma jangan mengambilnya berlebihan. Jangan tinggalkan sayur dan buah kerana ia adalah sumber fiber dan nutrien yang terbaik.

Cuba pelbagaikan sumber protein seperti ikan dan telur. Jangan ambil terlalu banyak daging dan ayam. Protein dari sumber tumbuhan juga bagus seperti kekacang dan soya (tempeh dan tauhu), susu dan produk susu.

Mengubah cara pemakanan adalah sebahagian dari cara menurunkan berat badan. Ubah cara hidup kita sangat penting.

Lakukan aktiviti fizikal (bersenam) dengan banyakkan berjalan kaki, kekal rehidrasi dengan minum air secukupnya, tidur yang mencukupi, kawal stress dengan lebih baik dan ambil suplemen yang diperlukan.

Jangan lupa pengambilan lemak sihat dari minyak zaitun yang juga membantu kita lambat lapar dan meningkatkan penghasilan tenaga.

Saya amalkan dua sudu minyak zaitun OLIVIE 30 PLUS pagi dan malam.

Semoga bermanfaat.

#pemakanansihatdrzubaidi

Bacaan:

  1. Dietary Protein and Energy Balance in Relation to Obesity and Co-morbidities
    Mathijs Drummen, Lea Tischmann. Front Endocrinol (Lausanne). 2018; 9: 443.
  2. A high-protein total diet replacement increases energy expenditure and leads to negative fat balance in healthy, normal-weight adults. Camila L P Oliveira, Normand G Boulé, etc.
    The American Journal of Clinical Nutrition, Volume 113, Issue 2, February 2021, Pages 476–487,

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: