MEMILIH GARAM TERBAIK UNTUK MEMASAK

MEMILIH GARAM TERBAIK UNTUK MEMASAK

 

 

Kita semua tahu kemudaratan garam. Ia akan meningkatkan tekanan darah dan akhirnya menyebabkan masalah kardiovaskular.

Namun kita tidak dapat mengelakkan pengambilannya dalam makanan yang kita makan setiap hari.

Kita meletakkan sedikit garam agar makanan kita menjadi sedap. Tetapi apakah manfaat yang dapat dari pemilihan garam yang terbaik?

Pengambilan makanan yang berproses (makanan yang dibungkus) yang biasa dijual di rak pasaraya besar selalunya mengandungi kandungan garam yang tinggi. Ia telah ada dalam makanan berproses tersebut. Pengambilan garam tambahan sudah tentu akan menyebabkan tahap pengambilan garam (terutamanya sodium) sangat tinggi.

Panduan Kesihatan Eropah dan Ametika Utara mencadangkan orang dewasa tidak mengambil lebih dari 1500 mg sodium setiap hari. Sodium adalah mineral yang menyebabkan rasa masin. Semakin banyak sodium di dalam garam tersebut, semakin masin rasanya.

Sumber garam yang biasa kita perolehi adalah garam laut. Ia dikenali sebagai garam laut (sea salt). Ia boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, kelabu atau merah jambu. Namun itu tidak penting. Yang penting kandungan dalam satu pek garam tersebut.

Garam laut yang terbaik adalah garam yang kurang diproses kerana semakin lama ia diproses semakin kurang kandungan garam-garam penting di dalamnya. Ia juga sebaiknya tidak dicampur dengan pewarna atau pengawet yang bertujuan untuk mewarnai dan mengekalkan bentuk hablurnya.

Setakat ini ramai yang mengatakan Pink Himalayan Salt adalah yang terbaik. Namun cuba perhatikan kandungan sodium, potassium dan magnesium yang tertulis pada label packagingnya.

Garam Bukit pula adalah garam yang diperolehi dari daratan apabila sumber air dari kawasan perbukitan menjadi kering dan meninggalkan garam pada dasar kolam.

Selalunya garam yang berproses sama ada dari laut atau bukit, akan mengalami kekurangan zat iodine. Iodine sangat penting bagi fungsi kelenjar tiroid dan perkembangan fungsi otak.

Namun begitu sumber iodine boleh diperolehi dari sayur-sayuran hijau, rumpair laut (seaweed), susu, ikan dari lautan dan garam laut yang tidak berproses.

Secara kesimpulannya garam yang terbaik adalah garam yang mempunyai tahap sodium yang rendah, tetapi masih mengekalkan tahap potassium dan magnesium yang mencukupi.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!