Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Memberi susu botol pada bayi sebelum tidur

Memberi susu botol pada bayi sebelum tidur

baby bottle 2

 

“Salam doctor. Saya banyak kejadian tersedak susu berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Saya ingin bertanya, bahayakah kalau kita membiarkan anak kita minum sendiri dalam botol susu. Kadang kala saya tertidur ketika menemankan anak saya  yang berumur setahun ketika dia menyusu botol sebelum tidur di atas katil. Mohon pencerahan”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Memberi bayi puan susu dalam botol ketika dia berada di dalam katil, telah menjadi amalan ramai ibu dan pengasuh ketika memujuk bayi mereka untuk tidur.

 

Walau bagaimanapun , meninggalkan botol dalam mulut bayi ketika beliau hendak tidur, bukanlah amalan yang baik.

 

Ia boleh menyebabkan bayi puan mengalami kerosakan gigi. Membiarkan bayi puan minum dalam botol ketika berbaring juga boleh meningkatkan risiko bayi puan mengalami tercekik dan jangkitan kuman pada telinga .

 

Jika puan mahu memberi bayi anda botol susu formula sebelum dia pergi untuk tidur pada waktu malam, pastikan puan bersama anak puan ketika itu.

 

Oleh itu saya menasihatkan jika anak puan telah berumur setahun, cuba usahakan memisahkan waktu tidur dengan waktu menyusu.

 

Pastikan anak-anak puan dilatih untuk membersihkan gigi mereka, (sekurang-kurangnya berkumur atau minum 5-10ml air kosong) sebelum tidur.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: