Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Membawa Anak dalam Kereta

Membawa Anak dalam Kereta

 

baby carseat

 

“Assalamu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya dan suami tinggal berjauhan. Dia tinggal di Melaka dan saya tinggal di KL. Kami ada anak berumur 2 tahun. Jika saya ingin memandu berjumpa dengan suami dan membawa anak saya, bolehkan saya letakkan dia di tempat duduk di sebelah saya. Untuk pengetahuan doctor, kereta saya mempunyai system air-bag. Mohon pencerahan”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya bersimpati dengan puan yang terpaksa melakukan pemanduan yang jauh bersama anak.

 

Sistem beg udara dalam kereta boleh menyelamatkan nyawa penumpang yang berada di sebelah pemandu, tetapi ia sangat bahaya kepada bayi jika diletakkan di tempat yang sama.

 

Dalam kajian yang dilakukan di UK menunjukkan bahawa dalam tempoh 10 tahun lepas beg udara telah menyelamatkan lebih daripada 1,500 kematian dalam kemalangan jalan raya.

 

Tetapi kanak-kanak tidak boleh diletakkan di sebelah pemandu terutamanya  jika kereta puan mempunyai sistem beg udara.

 

Ini kerana beg udara akan mengembung serta-merta semasa kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan pada tubuh badan mereka walaupun dalam kemalangan jalan raya yang perlahan.

 

 

Tempat yang paling selamat untuk kanak-kanak  dan bayi di bawah 12 ialah di tempat duduk belakang dengan menggunakan kerusi khas (car seat) yang sesuai untuk mereka dan menghadap ke belakang.

 

Tempat duduk kanak-kanak  dan tali pinggang keledar yang digunakan mestilah sesuai mengikut umur dan berat badan mereka.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: