Advertorial
Home » Catatan Peribadi » Membantu pesakit dalam penerbangan

Membantu pesakit dalam penerbangan

air flight

 

Saya sering menaiki kapalterbang. Kadangkala terfikir juga, perlukah saya memberikan reaksi dan pertolongan jika berlaku sebarang kecemasan dalam perubatan.

 

Pengalaman saya dalam perjalanan di sebuah bas, ketika menghadiri Perhimpunan Peladang di Segamat beberapa minggu lepas, amat menyedarkan saya hal ini.

 

Seorang rakan di sebelah saya kebetulan mengalami sawan sehingga mukanya menjadi biru. Alhamdulillah saya membantunya menggunakan kemahiran pertolongan cemas yang saya ada.

 

Dalam masa 15 minit, beliau telah sedar semula. Sejam kemudian, ketika bas berhenti, beliau telah turun dan menikmati minuman panas di sebuah R&R.

 

Bagaimana pula jika ia berlaku dalam sebuah penerbangan?

 

Secara purata dalam dunia penerbangan kormesial, kecemasan yang melibatkan perubatan berlaku di atas kapalterbang, berlaku kira-kira 15 kali sehari.

 

Apabila berlaku kecemasan dalam penerbangan, kebanyakan doctor agak keberatan untuk membantu kerana bimbang akan masalah medico-legal yang mungkin dihadapinya.

 

Bayangkan dalam keadaan kecemasan, dengan tiada peralatan yang cukup dan bantuan dari staff sokongan seperti pembantu perubatan dan jururawat, peluang untuk menyelamatkan mangsa mungkin zero.

 

Dan yang paling menyedihkan jika doctor yang membantu terlibat dalam isu saman terhadap syarikat penerbangan itu.

 

Di Amerika Syarikat, terdapat undang-undang yang memberikan perlindungan undang-undang kepada doctor yang membantu ketika berlaku sebarang kecemasan perubatan di luar hospital.

 

Di Malaysia, saya tidak pasti. Adakah doctor yang membantu terlibat sama jika ada proses menyaman syarikat penerbangan, jika ada kematian.

 

Dari sudut etika , doctor mempunyai kewajipan untuk memberi bantuan apabila diminta. Sebelum membantu dalam kapalterbang untuk membantu, dua syarat perlu dipenuhi.

 

Pertama krew penerbangan mesti meminta bantuan, dengan bertanya di sistem pembesar suara, “Adakah terdapat doktor di atas kapal?”

 

Kedua, krew penerbangan berhak memeriksa sama ada seseorang yang mengaku “doctor” itu adalah pengamal perubatan yang sah, mungkin dengan meminta menunjukkan pengenalan diri.

 

Kedua-dua pihak harus bekerjasama dalam membantu mangsa yang berada dalam kecemasan.

 

Jadi mahu tidak mahu saya terpaksa menyediakan mental untuk berkhidmat, walaupun dalam percutian santai.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: