Advertorial
Home » Doktor Menjawab » melakukan hubungan seks ketika haid boleh hamil

melakukan hubungan seks ketika haid boleh hamil

MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM (SEKS) KETIKA HAID BOLEH MENYEBABKAN KEHAMILAN

 

 

Selamat sejahtera, Dr Zubaidi. Saya mahu pencerahan sedikit dari doctor dan saya harap doktor boleh membantu saya. Bolehkah seorang wanita itu hamil selepas melakukan hubungan seks ketika datang haid kerana suami saya terpancut dalam ketika saya dalam haid. Mohon pencerahan doktor. Saya bimbang. Terima kasih.

 

SELAMAT SEJAHTERA

 

Sama ada sepasang suami isteri sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata atau cuba untuk menjarakkan kehamilan, apa yang penting ialah dengan mengetahui hari subur seorang wanita.

 

Hari subur ini dapat dikenalpasti dengan melakukan catatan berkaitan dengan kitaran haid. Tandakan atau lorekkan pada kaledar pada hari-hari ketika kedatangan haid. Ini membantu seorang wanita mengira hari subur.

 

Jika mahu berusaha mendapatkan cahaya mata, mereka boleh melakukan hubungan seks pada hari-hari itu. Jika mahu menjarakkan kehamilan, mereka boleh mengelakkan melakukan hubungan seks pada hari-hari itu.

 

Selalu orang beranggapan bahawa seorang wanita yang melakukan hubungan seks ketika sedang datang haid tidak mungkin hamil. Yang sebenarnya ialah kebarangkalian untuk hamil itu nipis tetapi ia tetap ada kemungkinan. Bukannya zero.

 

Untuk memahami ini, cuba kita perhatikan bagaimana kehamilan berlaku.

 

Kehamilan berlaku apabila benih lelaki (sperma) bertemu dengan benih wanita (ovum).  Apabila ovum dilepaskan dari ovari, ovum boleh hidup antara satu hingga dua hari. Manakala sperma pula boleh hidup selama tiga hari.

 

Kitaran haid yang biasa adalah 28 hari. Ia bermula pada hari pertama kedatangan haid. Kebanyakan wanita akan mengalami ovulasi (kelenjar ovari membebaskan ovum) kira-kira pada hari ke 14, iaitu hari ke 12 hingga ke 14 atau mungkin ke 16. Pada masa ini jika ovum bertemu sperma, maka berlakulah persenyawaan dan kehamilan.

 

Namun begitu tidak semua wanita mempunyai kitaran haid selama 28 hari. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 35 hari, ovulasi (hari subur) berlaku pada hari ke 21. Sementara wanita yang mempunyai kitaran haid 21 mempunyai hari subur pada hari ke 7.

 

Ini bermakna selepas saja haid kering, wanita-wanita ini terus berada dalam hari-hari subur. Jika air mani yang mengandungi sperma dipancutkan ketika hari-hari terakhir haid, (sperma boleh hidup selama tiga hari), persenyawaan boleh berlaku.

 

Satu lagi kadang kala wanita mudah keliru dengan darah yang keluar kerana menyangka ia adalah darah haid, padahal ia adalah darah yang keluar semasa ovum dikeluarkan dari ovari (ovulasi). Darah ini dinamakan pendarahan ovulasi. Ia berlangsung sehari dalam kadar yang sedikit. Pada masa itu adalah hari paling subur bagi wanita. Jadi persenyawaan boleh berlaku jika hubungan intim dilakukan dan menyebabkan kehamilan.

 

Secara kesimpulannya, bagi kebanyakan wanita mempunyai antara 28-30 hari, jika melakukan hubungan seks pada hari haid, ia tidak menyebabkan kehamilan. Kebarangkalian untuk hamil jika hubungan seks dilakukan pada hari pertama atau kedua haid adalah hampir zero, namun apabila dilakukan pada hari-hari kerakhir haid, kebarangkalian untuk hamil bertambah dengan syarat wanita itu mempunyai kitaran haid yang pendek.

 

Jika wanita yang mempunyai kitaran haid wanita itu pendek (kitaran haid selama 21-24 hari) dan melakukan hubungan seks pada hari-hari akhir datang haid, kemungkinan untuk hamil masih ada.

 

Selain itu jangan terkeliru antara darah haid dengan darah ketika ovulasi. Pendarahan ovulasi ini menandakan seorang wanita berada dalam hari paling subur. Melakukan hubungan intim pada hari itu boleh menyebabkan kehamilan.

 

Bagi orang Islam, melakukan hubungan intim (vaginal seksual) pada hari kedatangan haid adalah ditegah dan haram.

 

Semoga bermanfaat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: