Masih ceret beret akibat jangkitan rotavirus walaupun telah dibenarkan keluar hospital

MASIH CERET BERET AKIBAT JANGKITAN ROTAVIRUS WALAUPUN TELAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL

 

baby boys

“Salam doc. Saya mempunyai anak saya kecil yang dijangkiti rota virus. Anak saya mengalami muntah yang teruk dan telah dimasukkan ke dalam hospital selama 3 hari. Selepas keluar dari hospital, anak saya masih mengalami ceret beret. Adakah ia normal ? Mohon pencerahan.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Jangkitan rotavirus sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Jangkitan ini merupakan salah satu punca ceret-berit.

 

Bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti dengan jangkitan rotavirus selalunya akan menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya, dan muntah-muntah, sering diikuti dengan sakit perut yang memulas-mulas, dan ceret-birit berair.

 

Mereka juga mungkin mengalami tanda-tanda seperti batuk dan hidung berair.

 

Bayi atau anak kecil berumur 6 tahun ke bawah, perlu dirawat di hospital jika tanda-tanda dehidrasi yang dialami semakin menjadi teruk.

 

Dalam kes anak puan, saya mencadangkan agar puan membawa anak puan jika demam, muntah atau ceret-beretnya semakin teruk. Ini kerana jika tidak dirawat semula (terutama rawatan untuk rehidrasi atau memasukkan air ke dalam tubuh) tidak dilakukan, ia boleh membawa maut.

 

Antara tanda-tanda dehidrasi yang teruk, termasuk:

 

1. menjadi sangat mengantuk dan sukar dikejutkan untuk bangun.

2. mulut sangat kering dan mata menjadi cengkung.

3. menjadi lemah dan tidak berdaya menggerakkan anggota.

4. tiada air kencing (lampin sentiasa kering) selama 12 jam atau lebih.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!