MASALAH YANG MUNGKIN BERLAKU KETIKA MENGURUSKAN PEMAKANAN MELALUI TIUB

MASALAH YANG MUNGKIN BERLAKU KETIKA MENGURUSKAN PEMAKANAN MELALUI TIUB

Bagi ibubapa yang mengalami stroke yang besar, mereka tidak mampu menguruskan diri sendiri. Malah mereka mungkin tidak mampu menelan. Mereka memerlukan bantuan tiub yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mendapat bekalan makanan. Makanan yang dicadangkan adalah susu khas yang penuh dengan nutrien.

Antara masalah yang sering timbul adalah:

1. Tiub makanan tersumbat. Ini disebabkan tiub makanan tidak dibersihkan. Cara membersihkan tiub ini adalah dengan mengalirkan 20-30 ml air kosong sebelum dan selepas pemberian susu atau ubat.

Hancurkan ubat sehingga lumat dan cairkan dalam air sebelum diberi melalui tiub. Ubat diberi berasingan & tidak boleh dicampurkan dengan bancuhan formula susu.

2. Pesakit muntah. Ini disebabkan oleh isipadu susu yang diberikan terlalu banyak. Ini dapat diatasi dengan membancuh mengikut sukatan dan beri sedikit demi sedikit mengikut toleransi pesakit.

3. Pesakit mengalami cirit-birit. Ia berlaku disebabkan oleh aliran susu terlalu laju, atau susu basi atau tercemar atau susu terlalu pekat. Ini dapat dikurangkan dengan mengalirkan susu dengan perlahan. Pegang picagari susu berhampiran dengan kepala pesakit.

Sediakan susu dengan air yang bersih dan berikan susu yang segar dan dibancuh setiap masa. Jangan simpan baki susu melebihi 4 jam. Simpan dalam peti sejuk. Untuk mengelakkan bancuhan yang berlebihan, bancuh susu mengikut sukatan dan keperluan.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!