Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » masalah tiroid ketika hamil

masalah tiroid ketika hamil

MASALAH KELENJAR THYROID KETIKA HAMIL
“Salam, Dr Zubaidi. Saya mengalami masalah kelenjar thyroid. Adakah ia menjejaskan kehamilan saya? Terima kasih, doktor”
 
 
Walaikumusalam.
 
Masalah kelenjar thyroid yang tidak dirawat dengan baik sudah pasti akan menjejaskan proses kehamilan dan mungkin akan kemudaratan pada bayi dalam rahem.
 
 
Oleh itu sangat penting bagi wanita yang merancang untuk hamil agar melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Ini kerana beberapa sebab.
 
 
Pertama rawatan semasa hamil lebih sukar berbandingkan rawatan sebelum hamil.
 
 
Kedua masalah kelenjar thyroid ini (sama ada kekurangan hormon atau berlebihan hormon) akan menjejaskan kehamilan. Ini bermakna kesihatan ibu dan kesihatan bayi akan terganggu. Malah mereka mungkin mengalami masalah yang serius sehingga menyebabkan kematian.
 
 
Kelenjar thyroid adalah kelenjar yang berada pada leher kita yang berfungsi mengeluarkan hormon yang bertanggungjawab mengawal metabolisme kita dan beberapa organ dalam tubuh kita.
 
 
Masalah thyroid berlaku apabila daya tahan kita melakukan kesilapan menyerang sel-sel dalam kelenjar thyroid. Dan banyak lagi punca yang menyebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik.
 
 
Akhirnya kelenjar akan mengeluarkan hormon thyroid berlebihan (hyperthyroidism) atau tidak mengeluarkan hormon thyroid yang mencukupi (hypothyroidism).
 
 
Sesetengah wanita mengalami maslaah ini sebelum mereka hamil. Ada yang mendapatkan rawatan dan ada yang tidak mendapatkan rawatan. Tetapi mereka sedar bahawa mereka mengalami masalah thyroid.
 
 
Yang malang ialah ada sebahagian wanita yang tidak menyedari bahawa mereka mengalami masalah ini. Keadaan ini dinamakan ‘subclinical hyper/hypo thyroidism
 
Mereka mengalami masalah ini tetapi tiada tanda yang menunjukkan masalah ini, kecuali pemeriksaan darah menunjukkan sama ada kekurangan atau berlebihan hormon dalam darah. Tubuh mereka bekerja keras untuk mengatasi masalah ini agar tubuh kekal sihat.
 
 
Kemhamilan adalah proses semula jadi pada wanita tetapi ia menyebabkan tekanan emosi dan fizikal. Apabila mereka hamil, tubuh tidak mampu lagi bertahan, maka timbullah tanda-tanda masalah kelenjar thyroid. Ramai wanita yang mengalami masalah ini ketika sejak kehamilan pertama.
 
 
Jika puan mengalami masalah hypothyroidism, bayi puan akan berisiko mendapat kecacatan otak atau sekurang-kuranganya mempunyai tahap IQ yang rendah. Ini kerana hormon thyroid sangat penting bagi perkembangan otak dan saraf sejak dari dalam alam rahem lagi.
 
 
Jika puan mengalami masalah hyperthyroidism, puan lebih mudah untuk mendapat masalah seperti tekanan darah tinggi ketika hamil dan preeclampsia.
 
Banyak lagi kemudaratan yang mungkin berlaku. Saya hanya memberitahu beberapa saja.
 
Kebanyakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor adalah selamat. Namun saya mencadangkan puan buatlah pemeriksaan berjadual dan menurut nasihat doktor yang merawat.
 
 
Semoga bermanfaat dan semoga Alllah permudahakan urusan puan.
 
#HealthDrZubaidi

Dapatkan Vitamin E , Minyak Kelapa Dara, Ekstrak Kacip Fatimah  dari wakil kami.

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: