Advertorial
Home » hubungan intim » MASALAH TEKANAN DARAH MENGGANGGU KEBOLEHAN EREKSI LELAKI

MASALAH TEKANAN DARAH MENGGANGGU KEBOLEHAN EREKSI LELAKI

MASALAH TEKANAN DARAH MENGGANGGU KEBOLEHAN EREKSI LELAKI
 
Masalah ereksi adalah masalah seksual yang menyebabkan lelaki tidak boleh melakukan fungsi seksualnya kerana tidak mendapat tahap ereksi maksima. Ini mengakibatkan zakar tidak mampu mengekalkan reksi pada yang masa yang sepatutnya.
 
Masalah ereksi ini boleh disebabkan beberapa faktor, antaranya kerosakan pada sistem reproduksi akibat penyakit kronik seperti diabetes, mengalami gangguan karena stress yang berlebihan sehingga menyebabkan kemurungan, kegemukan dan kadar hormon testosteron yang semakin menurun.
 
Salah satu puncanya ialah akibat mengalami masalah tekanan darah tingg i (hypertension).
 
Dari sebuah kajian yang pernah dilakukan, kebanyakan lelaki yang mengalami masalah hypertension mengalami masalah ereksi.
 
Masalah tekanan darah tinggi disebabkan secara langsung oleh saluran darah yang menyempit dan mengeras. Antara saluran darah yang terlibat adalah saluran darah pada zakar yang tidak mempu mengembang sehinggakan zakar tidak mampu mengeras.
 
Ubat yang diberikan untuk merawat masalah tekanan darah juga mengganggu seorang lelaki mendapat reksi yang maksima.
 
Antara ubat yang mungkin mengganggu ereksi adalah:
 
1. Pil diuretik yang menyebabkan seseorang itu rasa mudah membuang air kecil. Pil ini akan menyebabkan rasa ingin terkencing dalam masa yang singkat sehingga fokus dan rangsangan untuk zakar kekal mengeras.
 
2. Pil beta blocker seperti atenolol dan pronolol. Memang diketahui sejak lama dulu, pil-pil ini menyebabkan gangguan ereksi.
 
Bagi pesakit hypertension yang mengalami masalah ini, mereka boleh berbincang dengan doktor dan mendapat ubat yang lain seperti ubat dalam kumpulan Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors, Calcium channel blockers, dan Angiotensin II receptor blockers.
 
Berbincanglah dengan doktor bagi mendapat solusi dengan lebih baik.
 
#HealthDrZubaidi
 
Sumber:
 
Web MD. How High Blood Pressure Leads to Erectile Dysfunction. https://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/high-blood-pressure-erectile-dysfunction.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: