Advertorial

Masalah Seksual Wanita

Banyak pertanyaan berkaitan dengan seksual yang memaksa saya menjawabnya. Saya amat bimbang jika tidak menghiraukan pertanyaan ini, ia akan mengundang kekeliruan akibat mendengar kata-kata teman.

Selama ini kebanyakan masalah seksual ini diajukan oleh kaum lelaki yang begitu sensitif terhadap ‘performance’ mereka. Tetapi banyak juga dari kaum wanita. Mereka adalah penderita senyap.

Kebanyakan mereka bukan saja tidak menikmati malah ada yang terpaksa ‘menyerahkan diri’ pada suami. Cuma saya mengharapkan jika mereka tidak menikmati, sekurang-kurangnya mereka tidak rasa terseksa dengan hubungan bersama suami.

Antara pertanyaan yang saya terima adalah seperti ini…

Dr, saya mahu bertanya … saya sudah berkahwin 5 tahun, saya mempunyai anak  2 orang anak dan saya berumur 29 tahun. Saya tidak pernah rasa nikmat sex itu… dan saya tidak merasakan sex itu sesuatu yang menyeronokkan.. saya hendak tahu, adakah ianya berkaitan dengan khatan saya semasa kecil? Ia dilakukan oleh bidan kampung. Saya bimbang dia mungkin memotong sehingga bahagian clitoris? Macam mana kita nak tahu?? thanks Dr..”

Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu respon terhadap pertanyaan yang diajukan. Masalah seksual wanita tidak boleh dirawat dengan pil, seperti masalah ‘mati pucuk‘ bagi lelaki. Ia memerlukan banyak perbincangan antara suami dan isteri. Jika perbincangan ini gagal, orang ketiga (kaunsellor) harus membantu menyelesaikan masalah ini.

Jika masalah ini amat kronik dan sangat penting bagi isteri, pergilah berjumpa dengan kaunsellor yang berkaitan. Namun ia memerlukan ketabahan bagi wanita untuk menghilangkan perasaan malunya ketika mencerita masalahnya. Si suami harus mempunyai kekuatan, semangat dan rasa mahu membantu isteri. Tidak ramai suami yang mahu mengaku ’gagal memuaskan isterinya’ di bilik tidur.

 

Segalanya bermula dari komunikasi

Bila membaca semula pertanya dari wanita tersebut, saya berasa kasihan tetapi dalam masa yang sama saya tertanya-tanya apakah terjadi pada perkahwinan yang sebegitu? Tiada komunikasi antara suami dan isteri.

Masalah seksual wanita selalunya berpunca dari komunikasi yang gagal antara suami dan isteri. Sebelum seorang doktor memeriksa tahap kesihatan seseorang wanita atau memeriksa anggota seksualnya, pertanyaan yang akan ditanya oleh doktor ialah bagaimanakah hubungan komunikasi antara puan dan suami?

Tanpa komunikasi juga, tentunya suami akan menganggap isterinya telah berpuas hati dan menikmati hubungan suami dan isteri itu. Apatah lagi memang tabiat lelaki apabila sudah mencapai orgasm, tidak lagi memperdulikan perasaan isteri.

Ada juga masalah di mana suami langsung tidak peduli terhadap perasaan isterinya. Ianya suatu musibah. Jika masalah seksual wanita ini mendesak, bolehlah berjumpa dengan peguam syarie untuk berbincang tentang masa depan beliau. (Islam membenarkan isteri meminta cerai jika suami tidak dapat memenuhi kepuasan seksualnya).

Ramai tentu tertanya-tanya apakah tanda-tanda tidak puas dalam hubungan seksual dengan suami. Sebelum menerangkan lebih lanjut, elok juga saya menerangkan makna kepuasan seksual bersama suami atau dinamakan orgasm.

Orgasm bagi wanita adalah suatu fasa dalam hubungan seksual yang mana wanita itu terasa kemuncak keseronokan apabila keseluruhan anggota seksual dan otot pelvis mengecut.

Doktor, adakah saya mengalami menopause apabila saya tidak berminat langsung dengan hubungan seksual bersama suami?” tanya seorang suri rumah berusia 30 tahun.

Masalah seksual wanita bukan saja disebabkan oleh menopause. Maka amatlah tidak relevan jika seorang wanita muda yang masih subur dan produktif menyalahkan dirinya apabila gagal mendapatkan kepuasan seksual.

Saya suka bersama suami, namun di pertengahan hubungan itu nafsu saya terhenti kerana perut saya di bahagian ari-ari, sangat senak. Ianya menyakitkan bagai dirodok-rodok dengan pisau

Untuk merawat masalah seksual wanita, perlu difahami di mana masalah itu berpunca. Pakar seksologi membahagikan masalah ini kepada tiga :

 

Rasa keinginan seksual yang rendah. Biasanya wanita sebegini tidak berminat pada hubungan seksual suami isteri. Dia sekadar ’memberi’ dengan rasa terpaksa dan tidak pernah merasakan keseronokan. Ucapan perkataan yang mengajak ke arah hubungan seksual itu sudah cukup untuk dia berasa ’mual’ dan tidak berminat langsung.

Banyak punca bagi masalah sebegini. Selain dari masalah hormone, pengalaman lepas seperti dirogol atau didera secara seksual akan memberikan pengalaman pahit bagi wanita. Setiap kali disentuh oleh suami, dia tentu akan teringat peristiwa hitamnya dulu.

 

Masalah mengekalkan keinginan seksual. Wanita sebegini mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seksual bersama suami namun sukar untuk kekal ghairah ketika melakukan aktiviti seks bersama suami. Keseronokan tidak dapat dikekalkan akhirnya menyebabkan wanita itu ’menyerah’ sahaja.

Antara sebabnya ialah wanita itu mengalami kesakitan akibat luka di anggota seksualnya atau mempunyai jangkitan kuman di bahagian pelvic. Rasa sakit inilah yang mematikan perasaan seronok dan menghalang menikmati orgasm.

 

Masalah orgasm. Ini adalah masalah yang biasa berlaku. Wanita itu merasa berkeinginan (desire) dan boleh mengekalkannya sepanjang hubungan seksual itu. Namun dia gagal untuk mencapai kepuasan seks walaupun suami telah memberikan rangsangan yang cukup semasa berjima’. Akhirnya dua-dua keletihan.

Perlu diketahui bahawa kepuasan seorang wanita berada di dalam otaknya. Perasaan dihargai dan diperlukan akan mempercepatkan wanita itu mendapatkan orgasm. Oleh itu suami haruslah memberikan sedikit masa untuk isteri mendapatkan perasaan itu.

Sikap terburu-buru suami tentunya akan menghalang isteri mencapai kepuasan seksual. Maka isteri haruslah berkomunikasi ketika melakukan hubungan seksual bersama suami.

”Perlukah saya mendapatkan rawatan? Adakah ia merbahaya pada kesihatan”

Persoalan sama ada perlu atau tidak mendapat rawatan bergantung kepada individu. Jika wanita itu merasakan kepuasan seksual ini adalah isu besar yang boleh menjejaskan hubungan suami isteri, maka isu kepuasan seksual bukanlah suatu isu jenaka.

Ia bukan saja akan menjejaskan kesihatan pada jangka masa yang panjang tetapi juga masalah yang menjejaskan emosi dan menimbulkan stress di antara suami dan isteri.

Saya sudah berjumpa bomoh, alhamdulillah ianya amat berkesan

Untuk mencari penyebab bagi masalah-masalah di atas adalah terlalu sukar. Saya sendiri tidak akan menjawab masalah atau soalan ini secara terbuka melainkan yang dihantar melalui email atau inbox fb saja.

Wanita mempunyai sistem kepuasan seksual yang agak kompleks. Terlalu banyak komponen yang mengambil bahagian. Antaranya fisiologi, emosi, pengalaman buruk (eg dirogol, didera), kepercayaan yang menganggap hubungan seksual adalah kotor, cara hidup yang tidak sihat dan hubungan komunikasi antara suami dan isteri. Mana-mana komponen yang terjejas, keseronokan dan mendapat kepuasan seksual bersama suami juga akan terjejas.

Tidak hairanlah bomoh ‘yang mendengar’ dapat membantu menyembuhkan masalah ini berbanding dengan ‘doktor yang sibuk dan tidak ada masa’ mendengar keluhan pesakit.

Banyak masa yang harus diberikan dalam sesi kaunseling sebegini. Oleh itu tidak banyak doktor yang berkesanggupan merawat masalah ini. Apabila kecewa dengan sikap doktor yang ‘tidak mendengar’, ramai yang beralih kepada medium alternative yang ‘mendengar’ dan perihatin.

Nasihat saya pergilah berjumpa doktor yang baik atau kaunsellor yang berpengalaman. Saya sangat bimbang bila mendengar banyak kes gangguan seksual pada pesakit wanita yang memerlukan rawatan apabila berjumpa dengan bomoh atau pawang.

“Kalau bomoh boleh berikan air jampi, takkan doktor tak boleh beri ubat?”

Semestinya setiap penyakit ada ubat. Kita harus faham, ubat bukan saja bermakna pil yang ditelan atau cecair yang perlu diminum. Ubat juga bermakna apa saja cara selain yang ditelan atau diminum mahu pun disuntik.

Mungkin ia berbentuk nasihat, pantang-larang pemakanan, atau cara hidup yang perlu diubah. Jadi apa-apa ‘ubat’ yang diberikan haruslah berdasarkan puncanya.

Antara punca-punca bagi masalah seksual wanita ialah :

 

Masalah fizikal. Banyak penyakit fizikal yang menggangu keseronokan ketika hubungan seksual bersama suami. Antaranya ialah arthritis, masalah kerap kecing, kepenatan yang melampau (fatigue), sering sakit kepala, masalah saraf yang serius seperti multiple sclerosis.

Terdapat juga beberapa ubat yag mengganggu keseronokan itu. Antaranya ubat untuk merawat kemurungan dan tekanan darah tinggi, dan antihistamines. Oleh itu elok bertanyakan ahli farmasi atau doktor jika ubat yang biasa dimakan menyebabkan masalah seksual.

Masalah fizikal ini hanya dapat diatasi dengan nasihat doktor. Buatlah pemeriksaan bersama doktor wanita kerana pemeriksaan pelvic akan dilakukan untuk memeriksa sama ada keseronokan itu berkurangan disebabkan anggota seksual yang kurang sensitive, kulit semakin kurang elastik atau berparut yang menyebabkan kesakitan.

 

Masalah hormon. Bukan wanita menopause sahaja yang mengalami masalah kekurangan hormone yang seimbang, wanita muda juga mempunyai kemungkinan itu. Tahap hormone estrogen yang rendah menyebabkan perubahan yang negative pada anggota seks wanita.

Antaranya ialah lapisan dalam faraj  menjadi nipis dan kurang elastik. Jika tidak dibantu dengan gel pelincir sebelum melakukan hubungan seksual bersama suami, ia akan menyebabkan kesakitan (dyspareunia), dan ada kalanya mustahil untuk mendapatkan orgasm.

Begitu juga jika baru sahaja melahirkan anak atau ketika menyusukan anak yang mana menyebabkan kekeringan faraj dan boleh mengurangkan keseronokan ketika berjima’.

 

Masalah psikologi. Ada wanita yang mindanya terlalu banyak memikirkan masalah sehingga tidak merasakan keseronokan itu. Selalunya kerunsingan dan kemurungan yang melampau menyebabkan masalah ini. Antara kebimbangan yang difikirkan ialah kebimbangan hamil kerana belum bersedia untuknya atau konfliks yang berpanjangan dengan suami.

”Tak ada jalan lain kah selain buat pemeriksaan doktor dan menghadiri kaunselling. Saya rasa ianya masih belum terdesak” alasan yang diberikan bila saya mencadangkan pemeriksaan yang lengkap.

Mungkin wanita menganggap ianya suatu pengorbanan keseronakan diri untuk suami yang tercinta. Namun semua ’kesengsaraan batin’ dapat dibaca dengan jelas dari riak muka ketika hubungan seksual bersama suami.

Si suami mungkin akan menyangka diri suami tidak lagi hebat seperti dulu atau menyangka si isteri mempunyai hubungan luar dengan lelaki lain. Ini akan mengeruhkan lagi suasana hubungan yang sudah keruh antara suami dan isteri.

Jadi apa yang perlu dibuat jika belum bersedia berjumpa doktor atau kaunsellor untuk berbincang hal ini?

Nasihat saya ialah cubalah berkomunikasi dengan suami dengan cara yang baik. Berbincang dengan jujur agar rasa tidak puas hati dan kekecewaan dapat disampakan dengan jelas. Dapatkan info dari bahan bacaan yang baik berkenaan cara-cara membangkitkan keseronokan isteri.

Cubalah mencari alternatif lain yang mana hubungan seksual itu tidak tergesa-gesa, tidak stress dan lebih menyeronokkan.

Allahu a’lam.

 

Klik sini untuk menambah tenaga dalaman wanita

Klik sini untuk menambahkan kualiti sperma di dalam air mani

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (231210)

6 comments

  1. salam doktor…
    saya berusia 21thn dan suami breusia 32 thn.bru 5bln berkahwin dan mempunyai masalah dalam hubungan kelamin.
    sya mengalami masalah terlalu lambt klimaks dan suami pula terlalu cpt klimaks.masalah ini bermula pada bln ke3 perkahwinan kami.
    sya nk tnya rawatan yang boleh kami jalani bagi menyelesaikan masalah ini.kmi tinggal berjauhan kerana saya msh lg bljr dan setiap kli berjumpa pastinya inginkan hubungan yang baik dan seronok.tp bila masalah ini berlaku pastinya kami kecewa.
    harap doktor bolah membantu sya menangani masalah kami..

  2. Assalamualaikum doktor..menarik btl isu yg doktor cuba kupaskan ni..mmg x dinafikan,ramai wanita diluar sana mengalami masalah seksual..samada tidak puas atau sakit ketika melakukan hubungan kelamin..saya dulu pernah mengalami masalah sebegitu doktor..slps kelahiran pertama,saya tidak berminat untk melakukan hubungn kelamin..tp saya rasa nk mcm menipu diri sendiri je,bila terpaksa berpura2 puas ketika berjima..alhamdulillah suami seorg yg memahami..dia akan tanya kpd sy samada sy berasa puas@ tidk ketika kami bersama..dan semenjak itu,sy mencari alternatif supaya ketika bersama,kami sama2 puas..jd perkara pertama saya buat,kurangkan mengambil minuman berais,kurangkan pengambilan mknan fast food,menjaga pemakanan saya,mengambil produk kesihatan yg natural spt aloe vera dan madu setiap pagi dan minum air rebusan manjakani serta madu untk merapatkan faraj..alhamdulillah,sy mmg seronok setiap kali bersama suami..suami pun gembira dgn perubahan sy dan yg penting,setiap kali bersama,kami boleh buat smpi 2 round lg..hehehe..ni just nk share je ngn pembaca..terpulang kpd pendpt msg2..spt kata doktor,komunikasi mmg penting dlm perkahwinan..sy sendiri suka berbincang dgn suami jika kami ada mslh dgn hubungan kelamin krn sy dan suami sgt terbuka..dihrp dpt membantu ye..tq..:p

  3. salam dr…
    i nk tnyer sal kitaran haid i….
    pada 18/7 ad sdikit darah coklat keluar….mase 2 i da 14 ari lmbat datang period….
    after 2 hari keluar drah coklat,period pown dtg…pstu i demam,cirit birit n sakit kpale n period pown trus xdtg…juz dtg dlm mase 2 hari jer…..pastu bile i kncing je msty kuar drah coklat ckit…..utk pengetahuan dr,sblum haid i ad mkn pil postinor…..

    sila reply sbb i da xtahu nk tnye sape….

  4. Askum Dr..
    Isteri saya menderita kemurungan melampau yg mana nampak dan dengar objek atau bayangan dimana saja sehingga tidak mahu tinggal dirumah sendiri..Kebelakangan ini isteri saya tidak mahu memandang malah menyentuh saya serta melakukan hubungan sex kerana dakwanya berdosa..Kalau saya cuba untuk memaksa isteri saya akan menangis serta menjerit meminta tolong pd jiran menyebabkan saya malu teramat sangat..Kini sudah hampir 6 bulan kami tidak bersama..Saya amat sayang rumahtangga yg dibina selama 11 tahun tetapi isteri saya kini ingin hidup berasingan dgn saya kerana padanya dia merasakan dirinya orang lain iaitu seorang perempuan tua..Tolong lah bantu saya Dr..Terima kasih.

  5. Salam Dr,

    Sy baru berkahwin selama 2 bulan dan masalah yang sy hadapi ialah, semasa persetubuhan, sy tidak merasa apa2 langsung. Adakah ini normal kerana kami baru berkahwin? Semasa suami melakukan seks oral, sy ada rasa nikmatnya. Suami sy ada juga cuba memasukan jari ke dalam faraj sy untuk mencari G-spot tetapi sy masih tidak merasa apa2. Diharapkan Dr boleh beri sy tips2 untuk membantu masalah sy. Terima Kasih.

  6. salam dr..
    saya berumur 27thn..baru 3 bln dlm perkahwinan..saya mempunyai masalah tidak mencapai klimaks manakala suami terlalu cepat klimaks…sebelum bersama,suami memberi rangsangan yang cukup tetapi apabila memulakan perhubungan itu saya dapat merasakan keinginan menurun dah tidak mendapat kepuasaan…saya berharap doctor dapat membantu saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top