Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » masa sesuai makan pil tambah darah

masa sesuai makan pil tambah darah

BILA MASA SESUAI MAKAN PIL TAMBAH DARAH

 

Assalamualaikum doktor. Ingin pencerahan dan nasihat.

Saya sedang mengandung 5 bulan dan Hb saya ialah 10.4, bacaan yang agak rendah. Bulan rejab akan tiba rabu ini. Dan saya ingin berpuasa. Saya musykil kerana, pil itu perlu dimakan semasa perut kosong utk mendapat penyerapan yg baik. Sebelum ini, saya makan pil iron sebelum tidur. 

Terima kasih.

 

WAALAIKUMMUSSALAM

Pil zat besi (iron) sering diberikan kepada pesakit atau wanita hamil yang mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah. Selalunya ia dikesan apabila seseorang individu menjalani pemeriksaan darah dan didapati bacaan tahap Hb (hemoglabin) rendah.

Masa yang terbaik bagi pesakit untuk mengambil pil ini adalah ketika perut kosong, kerana ia diserap dengan baik semasa perut kosong.

Namun, pil ini boleh menyebabkan sakit (kekejangan) perut, loya dan cirit-birit bagi sesetengah orang.

Saya mencadangkan agar pun mengambil pil ini dengan sedikit makanan untuk mengelakkan masalah ini. Susu, pil kalsium dan antasid TIDAK BOLEH diambil bersama dengan pil ini kerana ia menghalang penyerapan yang baik.

Semoga bermanfaat.

 

Lawati facebook kami dengan klik

–> NEEDS VENUE SDN BHD

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!