Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout

gout 3

 

“Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.

 

 

Makanan yang menyebabkan gout

Makanan yang menyebabkan gout

 

Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) dalam lendiran sendi dan menyebabkan sendi-sendi tidak dapat dibengkokkan dan ia menyebabkan kesakitan.

 

Selain itu, pembentukan kristal dalam lendiran sendi akan menyebabkan radang sehingga menyebabkan ia menjadi merah bengkak dan panas.

 

Sendi yang sering terlibat ialah sendi pada ibu jari pada kali pertama, namun boleh juga berlaku pada sendi seperti lutut, siku dan tumit.

 

Peningkatan tahap gout yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pembentukan kristal yang lebih besar (dinamakan “tophi”) sehingga mencacatkan sendi itu.

 

Peningkatan uric acid yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan masalah batu karang dan akhirnya kerosakan buah pinggang.

Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga pemakanan seharian dan elakkan makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi.

 

Kurangkan berat badan dan minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!