Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Makanan untuk minda anak-anak

Makanan untuk minda anak-anak

 

Fresh tasty vegetables isolated on white

 

Otak adalah organ terpenting dalam tubuh. Otak  terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan.
Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih  fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Bahagian kiri otak pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu yang kritis. Otak kiri lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik.
Pada usia lima hingga enam tahun anak-anak  sedang berada pada  usia pra sekolah. Kebiasaannya,  besar daripada otaknya sudah diterokai.
Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. Setiap saraf dan sel otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di dalam kelas.
Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori jangka panjang membantunya terus meneroka dan mengembangkan kebolehannya untuk mempelajari sesuatu yang baru.
Pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran anak-anak .  Sesetengah makanan dipercayai berupaya membantu meningkatkan fungsi minda.
Si manja perlu dibekalkan dengan makanan yang kaya antioksidan yang dapat  meningkatkan  memori, mengekalkan koordinasi dan pergerakan motor dan keseimbangan tubuh.

 

Selain itu, sajian yang kaya minyak omega 3 seperti ikan lautan sejuk, badam, keju, beras perang, walnut, minyak canola, bijan. Selain itu kekacang dan telur yang diperkaya kandungan omega 3 juga adalah opsyen terbaik.
Makanan yang berkarbohidrat juga diperlukan dalam kuantiti yang sederhana dalam diet mereka. Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat kompleks seperti oat, yogurt, roti gandum penuh dan aprikot kering adalah contoh karbohidrat kompleks yang digalakkan untuk menajamkan minda anak-anak.
Makanan yang kaya choline seperti telur dan kekacang amat penting untuk otak membina memori. Vitamin A yang banyak didapati dalam buah-buahan sayuran berdaun hijau gelap, jingga dan kuning membantu mengoptimumkan keupayaan minda untuk mengingati.

 

Pemakanan seperti ini dapat  membantu anak-anak  mendapat minda untuk cerdas. Selain itu,  otak mereka juga sedang ‘bersenam’ dengan melakukan aktiviti bermain. Otak yang aktif akan mudah untuk menerima seberapa banyak maklumat yang berguna. Hal ini juga meningkatkan keyakinan diri dan memperkaya pengalaman mereka.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!