Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Makanan Segera meningkatkan risiko Diabetes dan Sakit Jantung

Makanan Segera meningkatkan risiko Diabetes dan Sakit Jantung


Dulu ada seruan memboikot makanan segera seperti McD dan KFC atas alasan kedua-dua syarikat makanan segera ini menyumbangkan keuntungan mereka pada dana Israel. Saya tiada maklumat sahih mengenainya.

 

Di Johor Bahru, McD dan KFC bagaikan cendawan tumbuh. Malah ada yang dibuka 24 jam. Maknanya perniagaan mereka mendapat sambutkan warga JB yang semakin sibuk dan mempunyai kuasa membeli.

 

Saya tidak berasa jengkel atau irihati dengan perkembangan ini. Namun saya hanya berminat mengenai kandungan nutrisi makanan yang dihidangkan.  Jadi skop perbincangan ini, hanya membincangkan mengenai bahaya makanan ringan (fast food) dari sudut nutrisi, tanpa merujuk kepada mana-mana syarikat penyedia ‘makanan ringan’.

 

Bahaya makanan segera telah diketahui umum kerana ia mempunyai kandungan kalori  yang berlebihan dan mempunyai nilai nutrisi yang rendah.

 

 

Baru-baru ini pengkaji di University of Minnesota School of Public Health telah memeriksa tabiat pemakanan penduduk di Singapura dan mendapat bukti baru bahawa pemakanan makanan segera telah meninggikan risiko untuk mendapat  Diabetes Mellitus type 2 dan penyakit  jantung (coronary heart disease).

 

Kajian yang terbaru ini diterbitkan pada 2 Julai 2012 dalam journal Circulation yang dipunyai oleh American Heart Association. Dalam kajian ini mendapati orang yang memakan makan segera walaupun sekali seminggu akan mempunyai risiko yang tinggi sebanyak 20% berbanding dengan orang yang tidak memakan makanan segera, untuk mendapat penyakit-penyakit itu.

 

Bagi yang memakan dua hingga tiga kali seminggu, amalan pemakanan ini akan meningkatkan risiko  sebanyak 50% dan bagi mereka yang memakan empat hingga lima kali seminggu akan mempunyai risiko sebanyak 80%.

 

 

Kajian ini dijalankan oleh School of Public Health bersama National University of Singapore. Kajian ini dilakukan selama 16 tahun dari tahun 1993, dan memeriksa cara pemakanan 52,000 orang kaum Cina di Singapura.

 

Apa yang menarik perhatian pengakji ialah kebanyakan mereka yang mengamalkan makanan segera ini ialah mereka yang muda, berpelajaran tinggi, tidak merokok dan aktif secara fizikal. Seharusnya mereka mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit-penyakit itu. Sayangkan faktor pemakanan mereka tidak menghiraukannya.

 

Seorang pengkaji senior, Dr Mark Pereira, Ph.D., M.P.H., di Jabatan Epidemiologi dan Kesihatan Awam,   School of Public Health menekankan kesan globalisasi apabila orang awam muka meninggalkan makanan tradisi mereka dan tidak lagi bersenam telah menyebabkan peningkatan penyakit-penyakit ini di Asia Tenggara.

 

 

Beliau mengakui bahawa makanan segera yang nebjadi ‘bahan eksport’ Amerika Syarikat ini bukanlah budaya pemakanan yang terbaik untuk diamalkan oleh seluruh dunia.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!