Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Makan tapai ketika hamil

Makan tapai ketika hamil

 

“As salamu alaikum  doktor. Bolehkah saya makan tapai pada usia kehamilan 36 minggu? Ada apa-apa kesan mudarat kepada bayi dalam rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol.

 

Penghasilan alcohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.

 

Agak sukar menentukan berapa banyak alkohol yang dihasilkan. Namun saya menasihatkan puan agar mengambil makanan yang mempunyai alkohol walaupun sedikit semasa hamil sekurang-kurangnya untuk tiga bulan pertama kehamilan puan.

 

Ini kerana tapai mengandungi sedikit alkohol yang dibenarkan, dan sangat cepat sampai bayi dalam rahem melalui plasenta.

 

Bagi wanita yang agak sensitive, memakan tapai menyebabkan kelahiran keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pramatang di akhir kehamilan.

 

Jika puan mengambil terlalu banyak tapai semasa hamil, ia boleh merosakkan sel-sel otak dan system saraf bayi puan.

 

Apabila besar, dibimbangi anak puan akan mengalami masalah pembelajaran dan masalah memori.

 

Jadi jika ambil sedikit saja tapai sesekali, ia tidak memudaratkan, sementara makan dengan banyak akan menyebabkan kemudaratan.

 

WALLAHU A’LAM

 

Rujukan: Falgreen Eriksen HL, Mortensen EL, Kilburn T, et al. 2012. The effects of low to moderate prenatal alcohol exposure in early pregnancy on IQ in 5-year-old children. BJOG 119(10):1191-200.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: